• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti

Adam Hamid Pernah Diberitahu Tipis Untuk Hidup, Keluarga Jadi Pembakar Semangat

Adam bersyukur kerana masih diberi peluang kembali bernafas dan bangkit

by Jash Lee
November 13, 2021
Foto: OHBULAN

Foto: OHBULAN

127
KONGSIAN
Share on Facebook

Adam Hamid dikenali ramai sebagai seorang pelakon.  Setelah sekian lama di dalam industri seni, kini dia merupakan antara  pengarah yang cukup disegani ramai.

Pernah Diberitahu Peluang Untuk Hidup Tipis

Mengimbas kembali pada 9 Julai 2017, Abdul Hamid Bin Jarnail Karamdin atau nama komersialnya Adam Hamid pernah menggemparkan industri apabila dia telah dimasukkan ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) kerana jangkitan kuman pada paru-paru dan pernah dimaklumkan bahawa peluang untuk hidup amat tipis. Namun setelah beberapa tahun berlalu, Adam bersyukur kerana masih diberi peluang kembali bernafas dan bangkit serta masih aktif dalam menghasilkan karya-karya terbarunya.

via Instagram Adam Hamid

Menurut Adam, dia amat bersyukur kerana telah diberi kesembuhan dan kesihatan yang baik dari penyakitnya. Pada pertengahan 2019, Adam telah membuat kemunculan semula selepas ujian demi ujian yang telah diharunginya. Pada awal tahun 2020, figura ini mula mengarah semula dan telemovie pertama arahannya berjudul ‘Kifarah’ untuk slot RTM.

Selepas itu, Adam sekali lagi mengarahkan drama 26 episod yang berjudul ‘My Sweetheart Hannan’ dan penggambaran dijalankan di Romania dan Malaysia. Sekali lagi diberi ujian, selepas selesai sahaja penggambaran di Romania dan setelah pulang ke Malaysia, negara kita pula diisytiharkan ‘lockdown’ dan segalanya tergendala dan terpaksa bercuti panjang. Namun disebalik itu, terdapat hikmah nya yang tersendiri seperti yang didedahkan Adam kepada Murai.my baru-baru ini.

via Ig

Benarkah Adam Tinggal Bersama Keluarga?

“Ya saya masih tinggal dengan keluarga dan Insyaallah untuk selama-selamanya kerana saya perlu menjaga kedua ibu bapa saya kerana mereka sudah berumur, dan Alhamdulillah mak ayah saya juga masih sihat cuma sakit-sakit biasa seperti sakit lutut dan mak pula perlu buat pemeriksaan bulanan seperti biasa. Alhamdulillah” 

Pernah Terlantar Sakit, Adam Sudah Sihat Sepenuhnya Atau Masih Menjalani Rawatan Susulan?

“‘Ya saya masih lagi perlu menjalani rawatan susulan seperti pemeriksaaan darah setiap 6 bulan dan doktor masih lagi perlu memantau tahap kesihatan saya. Namun saya amat bersyukur kerana jika kita pernah diuji dengan kesakitan, kita lebih menitikberatkan soal kesihatan. Jika tidak, kita pasti akan mengambil mudah tentang tahap kesihatan kita sendiri.”

Siapakah Yang Selalu Memberi Kata-Kata Semangat Buat Adam?

“Dah tentu Mak Abah saya, adik beradik saya dan anak angkat saya yang selalu menjaga saya, banyak memberi kata-kata semangat untuk saya terus kuat dan sembuh seperti sediakala.  Kalau saya pergi dulu, siapalah yang akan menjaga mak ayah saya?

“Disebabkan itu, saya perlu kuat untuk melawan penyakit saya dan sihat. Saya juga bersyukur kerana anak angkat saya seorang yang sangat bertanggungjawab. Dialah yang menjaga saya sepanjang saya di hospital, pagi petang menjaga dan menemani saya. Kawan-kawan saya juga banyak memberi semangat, berdoa dan melakukan solat hajat untuk saya. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas jasa baik semua.”

via Vanilla Daily

Perbezaan Penggambaran Sebelum Pandemik Dengan Sekarang?

“Sebelum penggambaran, saya akan memastikan semua team telah mendapatkan dua dos suntikan vaksin dan menjalani ujian saringan Covid-19 seperti yang disarankan oleh pihak Kerajaan. Pada saya, perkara ini agak mencabar namun kita perlu patuh dan ikut dengan keadaan norma baharu. Saya juga akan memastikan semua krew yang terlibat mengikut SOP yang telah ditetapkan.”

via WA

Adam Tidak Peduli Soal ‘Followers’ Pelakon 

“Saya langsung tidak menitikberatkan soal seseorang pelakon itu mempunyai pengikut yang ramai atau tidak. Ini kerana saya lebih mementingkan kualiti berbanding kuantiti.

Pada saya, walaupun pengikut setiap pelakon sedikit, tetapi jika mereka berbakat, dia tetap akan menerima mereka berlakon . Pengikut yang ramai dan rupa hanya satu bonus. Yang penting, setiap pelakon yang berlakon di bawah arahan saya perlu bersedia, berdisiplin dan pada yang sama, pandai menjaga tingkah laku semasa berada di set.”

via WA

“Untuk menjadi seorang pelakon yang berjaya, mereka harus bersedia dalam setiap aspek dari segi watak yang diberikan, skrip, pakaian dan sebagainya. Penting untuk kita mengkaji setiap watak atau karakter yang diberikan. Bukan hanya sambil lewa. Sebenarnya perlu ada persediaan kerana ianya penting untuk memajukan diri. Pelakon perlu melakukan pembaharuan, dapat membezakan setiap watak yang diberikan agar tawaran yang diterima sentiasa ada dan berterusan,” kata Adam lagi.

Mengenai karier seni nya, Adam baru sahaja selesai menjalani drama 20 episod untuk slot RTM yang berjudul ‘Ratu Lori’ dibawah syarikat Tenview Production. Kata pengarah ini juga, tawaran untuk mengarahkan drama  tersebut seumpama ‘rezeki terpijak’ kerana sebelum itu  ianya diberi kepada pengarah yang lain.

Rezeki Allah tiada siapa yang tahu, dia akhirnya berpeluang untuk memikul tanggungjawab mengarahkan drama ini.

“Alhamdulillah, sudah termaktub ada rezeki saya di situ. Saya juga bersyukur kerana masih diberi peluang dan kepercayaan walaupun ramai yang dah tahu tentang keadaan kesihatan saya sebelum ini,” katanya.

Untuk info, Adam  merupakan seorang pelakon dan pengarah  berdarah kacukan Melayu-Cina-Pakistan serta berasal dari Kelantan. Dia memulakan kerjayanya sebagai seorang pelakon dalam drama sitkom ‘Sayang DiSayang’ sejak usianya 18 tahun lagi dan pernah berlakon dalam lebih 30 buah drama.  Manakala telemovie pertama arahannya adalah pada tahun 2001 yang berjudul  ‘Cinta Penyair’.  Kini dia telah mengarahkan lebih daripada 50 buah drama.

Kami di Murai.My mengharapkan agar Adam Hamid terus sukses dalam apa juga bidang yang diceburi dan sentiasa diberi kesihatan yang baik.

adamhamidpelakonPengarah
https://lomp.at/d0wrj
Share51Tweet32SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Fesyen

Borneo Fashion Week 2025 Labuh Tirai Dengan Penuh Meriah

by Naddy Joe
October 15, 2025

 Borneo Fashion Week (BFW) 2025 melabuhkan tirainya dengan penuh gemilang dan bergaya selepas dua hari diraikan pada 10 dan 11...

Read more
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Sebak Saat Bersama Tun Hasmah

Terdahulu, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza yang menangis ketika menyanyi sambil diiringi violin yang dimainkan oleh Tun Dr...

Read more
by Noah Ab
September 4, 2025
Foto - @folkative (IG)
Indonesia

[VIDEO] Dari Dunia Nyanyian & Politik, Krisdayanti Kini ‘Terjun’ Ke Dunia Wushu Wakili Indonesia!

Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba Krisdayanti mewakili Indonesia untuk sukan wushu? Sangat mengejutkan! Baru-baru ini tular beberapa foto...

Read more
by Nurul A.
October 15, 2025
Lokal

Amy Mastura Tolak Konsert Solo & Gegar Vaganza, Akui Lebih Selesa Perlahankan Karier Seni

Dengan tujuh album rakaman sejak 1994, Amy Mastura mengakui belum bersedia untuk mementaskan konsert solo atau persembahan berskala kecil seperti...

Read more
by Puteri Alia
September 8, 2025
Lokal

Anak Tiara Jacquelina & Arwah Hani Mohsin Sah Isteri Abang Saef Hud, Majlis Pernikahan Eksklusif Jadi Tumpuan

Anak kepada pelakon terkenal Puan Sri Tiara Jacquelina dan Allahyarham Hani Mohsin, iaitu Hani Kamila atau lebih dikenali sebagai Mila...

Read more
by Puteri Alia
August 9, 2025
Lokal

[VIDEO] Masih Ramai Yang Sayangkan Fazura-“Apa Pun Jadi, Kami Di Side Beliau”

Fazura merupakan seorang pelakon dan juga penyanyi, beliau yang berasal dari Negeri Pahang itu telah mewujudkan satu jenama pakaian dan tudung...

Read more
by Noah Ab
August 15, 2025
Lokal

Iqbal Zulkefli Buat Wasiat Sebelum Ditidurkan Untuk Jalani Pembedahan Hidung & Tanam Rambut

Usahawan sensasi, Iqbal Zulkefli sempat memohon maaf kepada semua pihak sebelum ditidurkan untuk menjalani dua pembedahan iaitu rhinoplasty (pembedahan hidung)...

Read more
by Naddy Joe
October 27, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

Perkongsian pasangan pempengaruh terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Durian Kimchi mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Rina...

Read more
by Naddy Joe
August 12, 2025
Lokal

Datin Shahida Sindir Netizen Suka Jaja Isu Rumah Tangga, Pesan Doakan Saja Yang Baik

Usahawan dan bekas anggota kumpulan Solehah, Datin Seri Shahida tampil menasihatkan orang ramai agar tidak mencampuri urusan rumah tangga orang...

Read more
by Puteri Alia
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Netizen Suka Dengar Aisha Retno ‘Speaking English’- “Please Jadikan Dia DJ Radio”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Aisha Retno yang menjawab pertanyaan menggunakan bahasa inggeris dengan lancar dan sedap didengar....

Read more
by Noah Ab
October 7, 2025
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  2. 2

    [VIDEO] Dato Seri Vida Tunjuk Barangan Di Bilik Tidur Cik B, Buatkan Ramai Teruja

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

  4. 4

    [VIDEO] Sesi Fitting Baju Resepsi Amira Othman & Fattah Amin, Buatkan Ramai Teruja

  5. 5

    Kenapa Aktres Jelita Ini Tolak Tawaran Berlakon Bersama Shah Rukh Khan?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem