Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Pernah Cecah 80Kg, Syura Badron Dedah Rahsia Dapatkan Badan Langsing & Ramping

by Soph Azz
November 7, 2023
Foto - Teh Tarik Kaw

Foto - Teh Tarik Kaw

Share on Facebook

Siapa saja yang tak cemburu atau menginginkan badan seperti penyanyi Syura Badron. Bukan setakat ramping, malah langsing seperti anak dara.

Suatu ketika dulu, Syura pernah berkongsikan yang dia menghadapi masalah berat badannya yang mencecah 80kg.

Agak-agaknya apalah yang dilakukan oleh Syura sehingga berat badannya turun mendadak, membuatkan bentuk badannya menjadi idaman kebanyakan wanita.

Menolak dakwaan melakukan pembedahan, ini rahsia kurus Syura yang boleh kita amalkan;

Lebih gemar amalkan diet yang sihat 

Untuk pengetahuan kamu, berat Syura yang pernah mencecah 80kg, berjaya dihilangkan sebanyak 32kg selepas melakukan diet yang sihat. Keinginan untuk menurunkan berat badannya adalah kerana faktor usia dan penampilannya pada khalayak ramai.

View this post on Instagram

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

“Niat hendak kurangkan berat badan bukan saja sebab rasa badan tak sihat. Lebih menyedihkan, sampai kalau pergi ke mana-mana pun Syura pernah terdengar orang cakap, ‘Syura ke tu? Eh, bukanlah. Besar sangat tu'”.

Sepanjang empat tahun berusaha menurunkan berat badannya, pelbagai jenis diet dilakukan oleh Syura. Antaranya adalah diet Keto, intermittent fasting, diet Atkins dan Warrior Diet.

View this post on Instagram

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

  • Diet Keto: Syura amalkan makanan yang berprotein seperti sayur, ikan, daging, telur dan kaju.
  • Warrior Diet: ‘Berpuasa’ selama 20 jam daripada makan dan lebihan empat jam membolehkan Syura makan.

Selain daripada itu, Syura turut ‘berpantang’ dalam pengambilan air manis. Katanya selepas mengawal pengambilan air manis, beratnya turun sebanyak 500-600G dalam masa seminggu.

View this post on Instagram

A post shared by Syura badron official (@syurabadron)

Kongsinya lagi, sekiranya craving untuk minum air manis, dirinya akan rasa sedikit sahaja dalam sehirup dua air tersebut.

Nasihat Miss Murai, kamu nak lakukan diet apa pun, pastikan buat kajian terlebih dahulu untuk lihat sama ada ianya sesuai atau tidak dengan keadaan badan serta kesihatan. Selamat beramal~

petua kurus syura badronsyura badrontips kutus syura badron
https://lomp.at/5015u
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

  5. 5

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara