Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Pernah Cipta Rekod! 10 Yang Menarik Mengenai Dr Noor Hisham Abdullah

by Khai Azfar
April 17, 2020
20
KONGSIAN
Share on Facebook

Ketika ini, nama Datuk Dr Noor Hisham Abdullah antara yang menjadi perhatian dalam dan luar negara. Bukan sahaja kerana memegang mandat yang besar dan berwibawa, malah penampilan yang sentiasa kemas dan tenang dalam berkongsi sebarang maklumat mengenai perkembangan semasa wabak COVID-19 ini dipuji oleh rakyat Malaysia.

3 Doktor Terbaik Dunia

Tidak hairanlah Dr Noor Hisham diiktiraf sebagai antara 3 doktor terbaik di dunia dalam menangani situasi Covid-19. Menurut laporan CGTN, Noor Hisham adalah antara tiga doktor terulung peringkat global dalam perang menentang Covid-19 selain pakar penyakit berjangkit Amerika Syarikat (AS), Dr Anthony Fauci dan Ketua Pengarah Kesihatan New Zealand Ashley Bloomfield.

10 Yang Menarik Mengenai Dr Noor Hisham Abdullah 

Bagi mengenang jasa dan berbangga dengan pencapaian figura ini, Murai.my tampilkan beberapa fakta menarik mengenai wira negara ini yang dipetik dari pelbagai sumber.

Berasal Dari Keturunan Cina 

Berumur 57 tahun, Dr Noor Hisham berasal dari sebuah keluarga susah berketurunan Cina dan pernah tinggal di sebuah flat di Jalan Loke Yew, Kuala Lumpur.

Diambil Sebagai Anak Angkat

Ketika berusia 13 tahun, Dr Noor Hisham diambil sebagai anak angkat oleh sebuah keluarga Melayu.

Presiden Dan Ketua Pengarah 

Merupakan seorang pakar bedah dan Ketua Pengarah Kesihatan di Kementerian Kesihatan Malaysia sejak 2013. Beliau juga merupakan Presiden Majlis Perubatan Malaysia.

Pakar Bedah 

Menyandang jawatan sebagai Pakar Bedah Umum pada tahun 1994 sebelum bertugas sebagai Pakar Bedah Umum Hospital Putrajaya pada 2004.

Mempunyai Pelbagai Kelulusan 

Mempunyai kelulusan Ijazah Sarjana dalam bidang Surgeri dan Ijazah Doktor Perubatan daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Pernah melanjutkan pengajian dalam bidang Pembedahan Endokrin serta melakukan latihannya di beberapa universiti di Adelaide dan Sydney, Australia.

32 Tahun Dalam Bidang Perubatan 

Mula menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Perubatan pada Ogos 1988.

Dr Noor Hisham menyandang jawatan sebagai Ketua Jabatan Pembedahan Payudara Endokrin dan Pembedahan Am di hospital sama sebelum bergelar Pakar Perunding Bedah Kanan Hospital Putrajaya pada 2007.

Cipta Sejarah Malaysia 

Rakyat Malaysia pertama diberi kepercayaan memegang mandat Pengerusi Jawatankuasa Pembedahan Global, Persatuan Pembedahan Antarabangsa (ISS) bagi sesi 2017 hingga 2021.

Pada 3 April 2020, Dr Noor Hisham dipilih menyertai sekumpulan saintis dunia untuk membuat kajian memerangi pandemik Covid-19.

Wajah Yang Dinantikan Rakyat Malaysia

Sejak sebulan yang lalu, setiap hari sekitar pukul 5 atau 5.30 petang, rakyat Malaysia akan ternanti-nantikan sidang media Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang dikendalikan oleh beliau sendiri bagi mengetahui perkembangan semasa kes Covid-19 di seluruh negara.

Tolak Gelaran Wira Negara 

Dalam nada merendah diri, beliau menolak gelaran wira negara kerana menurutnya ketika ini bukan tentang dirinya sebaliknya keutamaan harus diberikan bagi memerangi Covid-19

“Sekarang ini bukan tentang saya, tetapi apa kami boleh lakukan terhadap Covid-19. Jadi pada saya tak penting (gelaran wira negara), yang penting adalah perkhidmatan,” katanya kepada media

Anak Ikut Jejak Langkah 

Mempunyai seorang anak lelaki yang mengikut jejak langkahnya sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan di negeri pantai timur tanah air.

Dr Noor Hisham Abdullah
https://lomp.at/3f2gf
Share17Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

PMX Terharu Dapat Duit Raya Daripada Kanak-Kanak-“Terbit Rasa Sayu & Kasih..”

by Naddy Joe
April 14, 2026

Perkongsian Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen yang menyentuh hati ketika dalam perjalanan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Ramai Tak Sangka Ustaz Viral Seleweng Dana RM12.3 Juta- “ Dulu Tengok TikTok Dia Rasa Tenang…”

  4. 4

    Nak Cuba Je, Tapi Jadi Cemas!  Warga Emas Tersangkut Dalam Kasut Getah Cetus Gelak Tawa

  5. 5

    Reaksi Jejai Bila Ditanya Nak Kahwin Semula Dengan Nora Danish Buat Ramai Terkejut

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara