Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Dihina ‘Rupa Tak Boleh Jual’, Remy Ishak Dedah Detik Pedih Awal Karier

by Puteri Alia
September 23, 2025
Share on Facebook

Bukan mudah untuk berdiri di tempatnya sekarang, pelakon Datuk Remy Ishak mengakui perjalanan seninya penuh dengan penolakan dan cabaran sebelum berjaya meraih kedudukan sebagai salah seorang aktor disegani di Malaysia. Remy atau nama sebenarnya Mohammad Zalimei Ishak, 43, mendedahkan dia bermula dengan menghadiri banyak sesi uji bakat, namun hampir semuanya berakhir dengan kekecewaan.

“Alhamdulillah, saya bermula daripada uji bakat. Banyak tempat saya pergi, semua kena reject. Bukan sekali dua tapi berterusan kena tolak. Alasan utama mereka cakap saya tiada rupa. Ketika itu zaman pan-Asia, orang cari muka kacukan seperti Danny X-Factor, Diana Danielle. Muka Melayu tidak diberi peluang,” katanya dalam sebuah program audio siar.

Lebih perit, Remy turut berkongsi pengalaman ditegur seorang penerbit terkenal yang menolak bakatnya hanya kerana rupa tidak menepati standard komersial. “Saya pernah ditegur seorang penerbit, sampai sekarang saya masih ingat. Malah, saya pernah bertemu dia semula. Katanya saya boleh berlakon, tapi rupa tidak boleh jual. Itu kata-kata yang benar-benar menguji semangat saya. Sebab itu saya tidak pernah masuk pertandingan seperti Hero Remaja, kerana saya sedar saya tiada rupa,” jelasnya lagi.

Kisah jujur itu segera menarik perhatian ramai di media sosial. Rata-rata netizen kagum dengan ketabahan bapa seorang anak ini yang tidak mudah menyerah meskipun sering ditolak mentah-mentah pada awal kariernya. “Kalau rupa Remy Ishak pun dikata tidak lepas, apatah lagi aku. Padahal dia dah cukup kacak,” seloroh seorang netizen.

Ada juga yang melihat Remy sebagai bukti jelas bahawa bakat lebih berharga berbanding wajah semata-mata. “Kalau ikut penerbit dulu, memang kita takkan nampak dia jadi hero sekarang, tapi dia kacak je, cuma waktu itu memang kacukan mendominasi,” komen seorang peminat.

[VIDEO] Gelagat Anak Remy Ishak Melepas Rindu Di Airport, Netizen Terharu!

Tidak kurang juga yang menyifatkan Remy sebagai contoh terbaik seorang artis yang berjaya kerana kerja keras dan dedikasi, bukan kerana paras rupa semata. “Patutlah ramai hormat dia. Mesti penerbit tu tak senang duduk sekarang tengok kejayaan Remy,” ujar seorang pengikut di ruangan komen.

Kini, selepas lebih dua dekad dalam industri, Remy berdiri sebagai bukti hidup bahawa penolakan tidak menentukan takdir, sebaliknya semangat juang dan bakatlah yang akhirnya membuka jalan kepada kejayaan.

remy ishak
https://lomp.at/hvffz
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Zain Saidin & Aaisyah Dhia Rana Pergi Bazar Ramadan, Curi Perhatian Netizen!

by Naddy Joe
February 23, 2026

Perkongsian aktor, Zain Saidin mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen dia dan anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana mengunjungi bazar Ramadan...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Berita

Fizo Omar Kongsi Momen Beli Hadiah Hari Lahir Maryam, Netizen Terhibur!- “Daddy Dulu Botol Mineral Je..”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Perkongsian aktor dan usahawan, Fizo Omar mencuri perhatian peminat selepas berkongsi momen bersama anak sulungnya, Wan Maryam. Kongsi Fizo Omar...

Read moreDetails
Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara