Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Hilang Berhari-Hari Disorok Bunian, Tom Ceritakan Semula Detik Penemuan Dirinya Yang Dijumpai Tidur Dalam Semak

by Puteri Alia
September 11, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Tom mendedahkan pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila pernah hilang berhari-hari dipercayai disorok ‘bunian’.

Berkongsi kisah misteri itu menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, memberitahu ketika kejadian, dia masih kecil dan ia berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

“Masa berumur tiga tahun, Tom pernah hilang beberapa hari di kampung di Kuala Kangsar. Keluarga cakap Tom kena sorok dengan bunian. Tak tahulah sama kisah ini betul atau tidak.

“Tapi apa yang Tom ingat, masa tu Tom berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

“Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk Tom yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

“Mereka semua pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom sudah tak ingat apa-apa,” tulisnya.

Tambah penyanyi lagu Redha ini, dia hanya mengetahui insiden yang berlaku selepas ahli keluarganya kecoh dengan kehilangannya.

“Tom hanya sedar bila nenek menangis melihat orang kampung hantar Tom balik depan rumah. Cuma, yang hantar bukanlah perempuan tadi, tapi makcik dan pakcik tua di kampung.

“Mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu.

“Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam. Emak Tom ada juga cerita kejadian ini pada suami, Fuad Rahman,” coretnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 ini turut memuat naik gambar seolah memberi gambaran perkampungan bunian yang diceritakannya itu.

Tom
https://lomp.at/gckvl
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ridzokumura Kongsi Momen Anak Sahur Tanpa Ibu Di Sisi, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 19, 2026

Perkongsian usahawan dan pempengaruh terkenal, Ridzokumura mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak lelakinya, Sky Taizo Okumura yang menikmati...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Anak Azah Aziz Cakap Melayu, Netizen Terhibur!-“French Sangat Ni..”

by Naddy Joe
March 9, 2026

Perkongsian pelakon, Azah Aziz mencuri perhatian netizen selepas berkongsi gelagat anak lelakinya, Justin Leroy yang cuba berbahasa Melayu, baru-baru ini....

Read moreDetails
Foto - @hrisbismail (IG)
Lokal

PU Riz Balas Kritikan Tak Beri Teguran Pada Keluarga- “Simpan Kurang Cerdik Pada Diri Sendiri”

by Nurul A.
February 11, 2026

Pendakwah bebas, PU Riz tampil memberi penjelasan susulan kritikan orang ramai yang mendakwa dirinya tidak lantang memberi teguran kepada ahli...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Gelagat Matin Bersihkan Kubur Arwah Siti Sarah, Netizen Sebak!

by Naddy Joe
February 13, 2026

Perkongsian ibu tiri kepada Allahyarhamah Siti Sarah Raisuddin  iaitu Siti Fatimah Suberi mencetuskan rasa sebak netizen selepas berkongsi momen anak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

  5. 5

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara