Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Hilang Berhari-Hari Disorok Bunian, Tom Ceritakan Semula Detik Penemuan Dirinya Yang Dijumpai Tidur Dalam Semak

by Puteri Alia
September 11, 2023
Share on Facebook

Penyanyi Tom mendedahkan pernah melalui pengalaman menyeramkan apabila pernah hilang berhari-hari dipercayai disorok ‘bunian’.

Berkongsi kisah misteri itu menerusi hantaran di Instagram Story (IGs), Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, memberitahu ketika kejadian, dia masih kecil dan ia berlaku di kampung halamannya di Kuala Kangsar, Perak.

“Masa berumur tiga tahun, Tom pernah hilang beberapa hari di kampung di Kuala Kangsar. Keluarga cakap Tom kena sorok dengan bunian. Tak tahulah sama kisah ini betul atau tidak.

“Tapi apa yang Tom ingat, masa tu Tom berada di sebuah perkampungan, pasirnya berwarna putih bersih, rumahnya dekat-dekat antara satu sama lain dan bumbungnya bentuk segi tiga.

“Rumahnya kecil sahaja dan pintunya ditolak dari bawah ke atas dan diperbuat daripada daun. Penghuninya semua perempuan dan mereka sambut dan pujuk Tom yang sedang menangis ketakutan ketika itu.

“Mereka semua pujuk dan dukung Tom sambil ajak menyanyi dengan mereka. Selepas itu, Tom sudah tak ingat apa-apa,” tulisnya.

Tambah penyanyi lagu Redha ini, dia hanya mengetahui insiden yang berlaku selepas ahli keluarganya kecoh dengan kehilangannya.

“Tom hanya sedar bila nenek menangis melihat orang kampung hantar Tom balik depan rumah. Cuma, yang hantar bukanlah perempuan tadi, tapi makcik dan pakcik tua di kampung.

“Mereka nampak Tom sedang tidur dalam semak. Sampai sekarang Tom dan keluarga tak boleh lupa kejadian itu.

“Benar atau tidak Tom kena sorok dengan bunian, wallahualam. Emak Tom ada juga cerita kejadian ini pada suami, Fuad Rahman,” coretnya lagi.

Menerusi perkongsian itu, bekas peserta Gegar Vaganza musim ke-9 ini turut memuat naik gambar seolah memberi gambaran perkampungan bunian yang diceritakannya itu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tom
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khiana.smith (IG) / @khianasmith (TikTok)
Spotlight

Hidap Jangkitan Otak Di Bali, Influencer Australia Hampir Berdepan Maut

by Nurul A.
November 4, 2026

Influencer kecergasan Australia, Khiana Smith didakwa sedang bergelut dengan jangkitan otak yang sangat serius ketika bercuti di Bali, Indonesia. Wanita...

Read moreDetails
Kim Soo Hyun
Spotlight

Kim Soo Hyun ‘Ugut’ Mahu Saman Netizen?

by Nurul A.
October 16, 2026

Aktor Korea Selatan, Kim Soo Hyun melalui agensinya, Gold Medalist, mengambil keputusan untuk mengenakan tindakan undang-undang terhadap pihak yang menyebarkan...

Read moreDetails
Spotlight

Nak Sambut ‘Hari Malaysia’ Depan TV? Ini 3 Program Khas RTM TV2 Pada 16 September

by Phic ARMAN
September 15, 2026

Semangat menyambut Hari Kebangsaan pada 31 Ogos mungkin sudah berlalu, tetapi aura cintakan Malaysia tidak sepatutnya berhenti di situ. Daripada...

Read moreDetails
Foto - @evertts_gomes (IG)
Spotlight

‘Shipping’ Sampai Buat Fanfic, Evertts Gomes Tegur Peminat KUDRAT

by Nurul A.
October 1, 2026

Pelakon Evertts Gomes menjadi tumpuan ramai selepas memberi teguran tegas kepada segelintir peminat drama "KUDRAT 1986: High Council". Menerusi klip...

Read moreDetails
Perancis
Spotlight

Protes Atau Jenayah? Kedai Mewah Di Perancis Tanggung Kerugian Besar

by Nurul A.
October 19, 2026

Beberapa rumah fesyen mewah, termasuklah Louis Vuitton, Dior, Celine dan Hermès di Perancis telah menanggung kerugian besar selepas diserang oleh...

Read moreDetails
Spotlight

Diva M Kini Divo M, Apa Sebenarnya Di Sebalik Pertukaran Nama Ini?

by Phic ARMAN
November 4, 2026

Nama Diva M mungkin sudah biasa dalam kalangan pengikut media sosial, namun kini beliau tampil dengan identiti baharu sebagai Divo...

Read moreDetails
Foto - Utusan Tun Dr Siti Hasmah
Spotlight

Tun Dr. Siti Hasmah Meninggal Dunia Pada Usia 100 Tahun

by Nurul A.
September 28, 2026

Pagi ini, seluruh Malaysia dikejutkan dengan berita pemergian tokoh wanita negara, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Berita tersebut disahkan oleh...

Read moreDetails
Spotlight

Naik Ambulans Untuk Hadiri Konvokesyen, Muhammad Afiq Terima Anugerah Khas

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Perjalanan dua hari dengan ambulans dari Arau, Perlis, ke Banting, Selangor, sebelum meneruskan perjalanan ke Kemaman, Terengganu, menjadi pengorbanan sepasang...

Read moreDetails
Spotlight

Siap Bawa Buku Nota Ketika Bersanding! 7 Perkara Curi Perhatian Di Resepsi Syed Saddiq & Bella Astillah

by Phic ARMAN
October 19, 2026

Majlis resepsi perkahwinan Ahli Parlimen Muar, YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah nyata mencuri perhatian ramai. Bukan...

Read moreDetails
Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  2. 2

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara