Monday, August 4, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Lokal

Pernah Kalahkan Cristiano Ronaldo, Mawi Cari Semula Syiling Cetakan Wajahnya

by Nurul A.
August 4, 2025
Foto - MawiWorld (FB)

Foto - MawiWorld (FB)

Share on Facebook

Jika kamu ingat, suatu ketika dahulu penyanyi Mawi pernah mencetuskan fenomena apabila dia memenangi tempat pertama dalam rancangan nyanyian, Akademi Fantasia Musim Ketiga pada tahun 2005.

Mawi atau nama sebenarnya Asmawi Ani telah menjadi ikon paling popular dalam kalangan anak muda ketika itu, apabila ramai yang mahu meniru gaya fesyen sehingga ke gaya rambutnya. Dia juga telah menjadi rebutan beberapa syarikat produksi dan pelbagai produk berjenama yang mahukan dia sebagai duta mereka.

View this post on Instagram

A post shared by MAWI (@cahayaasmawi)

Bukan itu sahaja, Mawi juga menjadi ‘kegilaan’ ramai apabila dia mula menghiasi wajah hadapan majalah terkemuka sehinggalah wajah dicetak menjadi medal dan token seperti syiling.

Melihatkan zaman kegemilangan Mawi, memang tak dinafikan kepopularannya telah membuatkan dia masih kekal relevan sehingga ke hari ini.

View this post on Instagram

A post shared by MAWI (@cahayaasmawi)

Dan terbaru, Mawi telah meluahkan keinginannya untuk memiliki koleksi paling ‘rare’ iaitu syiling yang mengandungi cetakan wajahnya. Menerusi hantaran di Instagram, Mawi mendedahkan dia sanggup membeli syiling tersebut jika dijual pada harga yang tinggi.

“Nak tanya, siapa ada simpan coin Mawi ni? Tolong DM saya ok! Saya nak beli.”

View this post on Instagram

A post shared by MAWI (@cahayaasmawi)

Selain daripada itu, Mawi juga ada memuat naik beberapa hantaran di akaun Instagram miliknya, mencari dan mahu membeli barangan yang dijadikan sebagai koleksi peminat Mawi suatu ketika dahulu seperti kad top-up daripada syarikat Hotlink hingga ke lencana yang memaparkan gambarnya bersama Allahyarham Nik Abdul Aziz.

View this post on Instagram

A post shared by MAWI (@cahayaasmawi)

Sekadar info, Mawi pernah mengatasi rekod pencapaian Christiano Ronaldo iaitu bintang bola sepak Portugal, di mana mereka berdua pernah mempunyai syiling dengan cetakan wajah tersendiri.

Berdasarkan sumber, kerajaan Portugal telah melancarkan pengeluaran duit syiling khas bernilai €7 euro (RM33) dengan cetakan wajahnya bersama perkataan “CR7” di atasnya.

Bagi peminat Mawi, ada tak kamu simpan merchandise penyanyi ini?

Status Konsert Jadi Tanda Tanya, Mawi Pilih Untuk Diam Diri
Asmawi Anicristiano ronaldomawi
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  3. 3

    Ini Cara Guna RM100 SARA Sebelum 31 Disember. Jangan Terlepas!

  4. 4

    “Ramai Kurang Senang, Kami Tidak Menyiarkan Episod Tersebut”- Asyraf Khalid

  5. 5

    Uqasha Tepis Dakwaan Gelaran ‘Datuk’ Adik Ipar Dibeli, Dedah Status Kerabat & Sumbangan Hartanah

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem