Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Pernah Mempunyai Album! Ini Kisah Mimi Peri Yang Tidak Diketahui Ramai

by Khai Azfar
November 1, 2019
Share on Facebook

Jika di Malaysia kita punyai ramai selebriti media sosial yang menghiburkan pengikut dengan gelagat mereka tersendiri, di Indonesia pun tidak kurang hebatnya. Ini termasuklah mengenai selebriti Ahmad Jaelani atau lebih dikenali sebagai Mimi Peri. Menariknya mengenai figura ini, dia bukan sahaja popular di Indonesia, malah turut dikenali peminat di Malaysia.

Kisah Mimi Peri 

Sering kali menggayakan dengan busana yang aneh dan ada kalanya menghiburkan pengikut Instagram dengan nyanyiannya, siapa sangka Mimi Peri punyai kisahnya tersendiri. Berikut kami tampilkan beberapa trivia mengenainya yang diperoleh dari pelbagai sumber.

Mempunyai Sebuah Album

Siapa sangka disebalik nyanyiannya yang sering kali dikecam di platform, Mimi Peri pernah mempunyai sebuah album berjudul Turun Ke Bumi.

Album yang dihasilkan pada tahun 2017 itu mempunyai tiga buah single iaitu Syahdu Perawan, Naraketek dan Cocol Manja. Tidak terkecuali, dalam tahun yang sama, Mimi turut menghasilkan sebuah lagi single, Salam Sapa Manja. Persoalannya kini, adakah dia sengaja menyanyi secara sumbang di Instagram?

Pernah Bekerja Sebagai Buruh Bangunan

Sebelum popular, Mimi pernah bekerja keras bagi menyara kehidupannya bersama keluarga. Percaya atau tidak, Mimi pernah bekerja sebagai seorang buruh bangunan suatu ketika dahulu.

Malah sebelum menjadi buruh, dia mengambil upah mengangkat air sebanyak 20 hingga 30 galon air setiap hari. Dengan pekerjaan itu, dia memperoleh pendapatan sebanyak hampir RM180 sebulan.

Topik Berkaitan [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

Diugut Bunuh Oleh Adik Beradik Sendiri

Benar!Kerana perwatakannya gemar menjadi seorang perempuan pada awal pembabitannya, Mimi pernah diugut bunuh oleh adik beradiknya sendiri.

Namun itu dahulu, kini apa yang dilakukan oleh Mimi semata-mata untuk keluarga. Buktinya, dengan pendapatan kini sebagai selebriti media sosial dia berjaya mengubahsuai rumah keluarganya dan membantu membiayai rawatan ibunya yang digelarnya sebagai Emak Ratu Clarion.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
mimi peri
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Tolonglah Normalkan Diri Jadi ‘Anjing’ JPJ”- Zhiddin Aziz Perjelas Maksud Istilah Digunakan

  2. 2

    Baby Shima ‘Bidas’ Zhiddin Aziz Selepas Dihina Di Media Sosial?-“Saya Alhamdulillah Tak Ciplak Karya Orang…”

  3. 3

    Beacon Resort Dekat KL Ini Buat Ramai Mahu Pergi, Tak Sangka Seindah Ini!

  4. 4

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  5. 5

    Luahan Nasib Anak Mona Fandey Yang Ramai Tidak Tahu-“Terpaksa Telan Air Liur Ayahnya?”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara