Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Telan 20 Biji Pil Panadol Ketika Zaman Gelap, Zamani Berharap Kesilapannya Itu Dijadikan Iktibar

by Puteri Alia
August 29, 2023
Share on Facebook

Penyanyi popular, Zamani mengakui pernah menelan 20 biji pil panadol ketika berdepan episod hitam dalam hidupnya sebelum ini.

Zamani yang juga penyanyi kumpulan Slam berkata, dia berharap kesilapan yang dibuat itu dapat dijadikan iktibar buat semua.

“Maaf cerita, saya mahu perkara ini jadi ikhtibar. Semua orang ada lalu zaman mereka tunggang terbalik. Waktu itu saya rasa diri saya macam ‘useless’ (tak berguna). Rasa hidup macam tak ada guna.

“Pada waktu itu semuanya diuji. Dari segi kerjaya, arwah mak saya pergi, kereta hilang dan banyak lagi. Saya percaya sebab benda ini datang, mesti ada kita tersilap atau apa.

“Jadi pada waktu itu, saya fikir memang tak boleh. Nak kelar tangan ke? Saya memang patut bersyukur, patut minta ampun dengan perbuatan itu kan?” katanya ketika ditemubual dalam satu program hiburan.

Zamani berkata, ketika itu dia seperti tidak berfikir panjang dan mengakui menemui jalan buntu selepas diduga dengan ujian bertimpa-timpa.

Zamani juga berharap kesilapannya tidak diulangi oleh mana-mana individu.

“Selepas tersedar, saya bersyukur masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Malah, saya menjadikan apa yang berlaku sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan diri.

“Kaji balik masalah-masalah yang saya hadapi ketika itu, selesaikan secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, rezeki pun semakin masuk. Kuncinya adalah kita harus yakin saja,” katanya.

Zamani
https://lomp.at/3q5lr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

Noor Kartini Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Neelofa Yang Ke-37-“Mama Bangga Melihat Anakku…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Usahawan terkenal Noor Kartini mencuri perhatian peminat selepas menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir anak perempuannya yang merupakan selebriti dan...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Berita

“Kami Kini Dalam Proses Berpisah…”-Marissa Dania

by Naddy Joe
April 1, 2026

Personaliti media sosial dan anak perempuan kepada pelakon, Abby Abadi iaitu Marissa Dania tampil bersuara bahawa dia dan suami, Aslam...

Read moreDetails
Berita

Nedim Akan Lindungi Nora Danish Habis-Habisan, Nafi Dakwaan Belum ‘Move On’

by Naddy Joe
March 5, 2026

Bekas suami kepada pelakon, Nora Danish iaitu Nedim Nazri tampil bersuara selepas tindakannya mempertahankan Nora Danish yang dikecam di Threads...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

  5. 5

    Ziana Zain Sudah Menamatkan Zaman Jandanya Dengan Seorang Ustaz? Peminat Terkejut Mengapa Kahwin Diam-Diam

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara