Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Pernah Telan 20 Biji Pil Panadol Ketika Zaman Gelap, Zamani Berharap Kesilapannya Itu Dijadikan Iktibar

by Puteri Alia
August 29, 2023
Share on Facebook

Penyanyi popular, Zamani mengakui pernah menelan 20 biji pil panadol ketika berdepan episod hitam dalam hidupnya sebelum ini.

Zamani yang juga penyanyi kumpulan Slam berkata, dia berharap kesilapan yang dibuat itu dapat dijadikan iktibar buat semua.

“Maaf cerita, saya mahu perkara ini jadi ikhtibar. Semua orang ada lalu zaman mereka tunggang terbalik. Waktu itu saya rasa diri saya macam ‘useless’ (tak berguna). Rasa hidup macam tak ada guna.

“Pada waktu itu semuanya diuji. Dari segi kerjaya, arwah mak saya pergi, kereta hilang dan banyak lagi. Saya percaya sebab benda ini datang, mesti ada kita tersilap atau apa.

“Jadi pada waktu itu, saya fikir memang tak boleh. Nak kelar tangan ke? Saya memang patut bersyukur, patut minta ampun dengan perbuatan itu kan?” katanya ketika ditemubual dalam satu program hiburan.

Zamani berkata, ketika itu dia seperti tidak berfikir panjang dan mengakui menemui jalan buntu selepas diduga dengan ujian bertimpa-timpa.

Zamani juga berharap kesilapannya tidak diulangi oleh mana-mana individu.

“Selepas tersedar, saya bersyukur masih diberikan peluang untuk meneruskan kehidupan. Malah, saya menjadikan apa yang berlaku sebagai ruang untuk memperbaiki kesilapan diri.

“Kaji balik masalah-masalah yang saya hadapi ketika itu, selesaikan secara perlahan-lahan. Alhamdulillah, rezeki pun semakin masuk. Kuncinya adalah kita harus yakin saja,” katanya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Zamani
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Dolly Parton
Spotlight

Ratu Muzik Country, Dolly Parton Meninggal Dunia Pada Usia 80 Tahun

by Nurul A.
August 26, 2026

Penyanyi lagenda muzik country, Dolly Parton dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 80 tahun. Berita pemergiannya itu diumumkan oleh ahli...

Read moreDetails
Foto - Netflix
Filem

Treler ‘Operation Safed Sagar’ Di Netflix Cetus Adrenalin Penonton!

by Nurul A.
July 31, 2026

Psst... Filem ini diinspirasikan oleh kisah Skuadron Golden Arrows yang belum pernah diceritakan. Pada musim panas 1999, ketika Perang Kargil...

Read moreDetails
Pengiran Raabi'atul Adawiyyah (@kisahduniadotcom -IG)
Spotlight

4 Fakta Pengiran Raabi’atul Adawiyyah, Menantu Sultan Brunei Yang Ditarik Gelarannya

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita pelucutan status diraja Pengiran Raabi'atul Adawiyyah. Berita pelucutan tersebut berkuat kuasa serta-merta atas titah...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (IG)
Spotlight

“Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak”- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

by Nurul A.
July 27, 2026

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran berkaitan provokasi dan tanggungjawab seorang bapa di platform...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Lokal

[VIDEO] Rakyat Turun Beri Sokongan, Syed Saddiq Luah Rasa Terharu- “Anda Menggerakkan Perjalanan Ini”

by Nurul A.
July 17, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali mencuri perhatian apabila mencatatkan kejayaan awal dalam misi Larian Kesyukuran Muar...

Read moreDetails
imzoo
Spotlight

Penyanyi imzoo Lancar Single Kolaborasi “waiting for u” Bersama will hyde

by Nurul A.
August 4, 2026

Penyanyi dan penulis lagu Korea, imzoo melancarkan kolaborasi antarabangsa pertamanya, "waiting for u" bersama penyanyi dan penulis lagu Australia, will...

Read moreDetails
Cristiano
Spotlight

Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

by Nurul A.
August 3, 2026

Bintang bola sepak Portugal, Cristiano Ronaldo bakal berkahwin dengan kekasih hatinya, Georgina Rodriguez. Bintang itu dikatakan akan berkahwin pada hujung...

Read moreDetails
Foto - @erling (IG)
Spotlight

Selain Model Rusia, Pempengaruh Malaysia Ini Juga Dikatakan Mirip Erling Haaland

by Nurul A.
July 8, 2026

Pemain bola sepak Norway, Erling Haaland menjadi tumpuan selepas seorang model Rusia, Anastasia Kostromitina didakwa memiliki wajah yang sangat mirip...

Read moreDetails
Yobe Crafted x ALPHA
Spotlight

Beraksi Di Cawangan Tuah 1895 BBC, Peminat Teruja ALPHA Jadi Duta Pertama Yobe Crafted

by Nurul A.
September 4, 2026

Yobe (Yoghurt Beku) Malaysia, jenama yogurt sejuk beku dan pencuci mulut tempatan baru-baru ini melancarkan Yobe Crafted, cawangan berkonsep baharu...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara