Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

PERTAMA Bersama Syamel, Cipta Detik Istimewa Bersama Peminat Pada November Ini

by Naddy Joe
November 5, 2025
Share on Facebook

Penyanyi, Syamel, bersedia mencipta detik istimewa bersama peminatnya melalui persembahan sulung bertajuk “PERTAMA — A New Journey Together With Me, Syamel”.

Acara yang sarat dengan kehangatan dan keintiman ini akan berlangsung pada Sabtu, 22 November 2025, bertempat di Nero Event Space, PJPAC, 1 Utama E.

Bakal Cipta Detik Indah Bersama Peminat

Menurut Syamel, konsert itu bakal mencipta detik-detik indah yang akan kekal dalam ingatan, sebuah perjalanan muzik yang intim dan penuh makna bersama peminat setianya.

“Jom kita cipta momen baru bersama di PERTAMA — permulaan perjalanan baru saya, dan sesi istimewa yang sangat intimate bersama peminat, terutamanya Syamelovers.

Sokongan anda adalah tenaga di sebalik setiap langkah saya. Terima kasih kerana menjadi sebahagian daripada cerita ini,” katanya.

Berpeluang Selami Dunia Syamel Dengan Lebih Dekat

PERTAMA bukan sekadar persembahan, tetapi sebuah pengalaman eksklusif yang membolehkan peminat menyelami dunia Syamel secara lebih dekat, termasuklah:

  • Sneak peek projek terbaru yang bakal menambah warna dalam perjalanan seninya.
  • Live Q&A session, peluang untuk bertanya dan berinteraksi secara langsung dengan Syamel.
  • Merchandise eksklusif, kenang-kenangan yang melambangkan ikatan
    istimewa antara artis dan peminat.

Harga tiket untuk acara ini ialah RM148 (tidak termasuk yuran tiket RM4).

Jualan tiket sudah mula dibuka pada Isnin, 3 November 2025, jam 12 tengah hari dan boleh diperoleh melalui platform ONETIX.

View this post on Instagram

Acara ini dianjurkan oleh SAH Entertainment, dengan kerjasama Universal Music Malaysia, menandakan satu langkah baru dalam evolusi seni Syamel, di mana setiap nada dan lirik mengajak peminat merasai detik penuh emosi dan kenangan yang tak terlupakan.

Untuk maklumat lanjut dan kemaskini, ikuti @sahentertainment.my dan
@universalmusic_my di media sosial.

Jangan lepaskan peluang!

[VIDEO] Aksi Lucu Ernie Zakri & Syamel Sebelum Buat Persembahan, Netizen- "Ni Rupanya Ritual Diorang"
syamel
https://lomp.at/nx2o8
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Ammar Alfian Tegur Wanita-wanita Yang Berangan Mahu Lelaki ‘Provider’- “Munafik Tahap Maksima!”

by Phic ARMAN
March 13, 2026

Baru-baru ini, pelakon tempatan Ammar Alfian tidak menahan diri untuk berkongsi pendapatnya tentang isu hubungan cinta dan tingkah laku sesetengah...

Read moreDetails
Lokal

A. Aida Anggun Bertudung, Rakan Selebriti & Peminat Titip Rasa Syukur

by Naddy Joe
March 3, 2026

Penerbit terkenal, Datuk A. Aida mencuri perhatian netizen dan rakan selebriti selepas berkongsi penampilan terkininya di media sosial, baru-baru. Menerusi...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Gossip

Janna Nick Tampil Mohon Maaf, Undang Pelbagai Reaksi Netizen-“Diam Lebih Baik…”

by Naddy Joe
January 27, 2026

Pelakon, Janna Nick tampil membuat permohonan maaf disebabkan hantarannya yang boleh mencetuskan spekulasi mana-mana pihak. Permohonan maaf tersebut dibuat selepas...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara