• Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home IbuBapa

Pertama Kali Nak Jadi Ibu? Jangan Gelabah & Cuba Ikut Tips Pantang Dr. Amalina Yang Ini…

by Soph Azz
March 21, 2023
Foto - @dramalinabakri (IG)

Foto - @dramalinabakri (IG)

22
KONGSIAN
Share on Facebook

Mana-mana wanita yang pertama kali bergelar menjadi ibu, pasti teruja dan menikmati setiap momen istimewa serta manis sepanjang mengandung.

Di sebalik kegembiraan dan menghitung kelahiran bayi dalam kandungan, ada juga ibu-ibu yang berasa tak senang duduk dan gelabah. Mana taknya, pertama kali menjadi ibu pasti buatkan kamu terfikir bagaimana proses pantang, boleh dan mampu ke kamu melaluinya sambil menjaga anak?

Daripada kamu gelabah overthink, cuba kamu bertenang dan ikut beberapa tips pantang oleh Dr. Amalina berikut…

Pastikan makan makanan sihat & seimbang 

Sebelum mengandung, semasa atau selepas bersalin, penting untuk kamu ambil makanan sihat dan seimbang. Cuba perbanyakkan makan sayur-sayuran dan buah-buahan. Pada masa yang sama, kurangkan garam, gula dan minyak dalam makanan.

Foto – Eating Well

Yang paling penting, mula makan secara bersederhana untuk kekalkan berat badan ideal dan elak daripada berat badan naik dengan mendadak. Barulah senang nak capai berat badan idaman ketika berpantang.

Minum air dengan cukup 

Ketika berpantang, banyakkan minum air kosong setiap hari atau sekurang-kurangnya 2-3 liter. Jika boleh, sepanjang tempoh berpantang ini cuba kurangkan minum air manis seperti milo, air bergas dan sebagainya.

Kerap lakukan senaman ringan 

Sekiranya bersalin secara normal tanpa sebarang komplikasi, kamu boleh lakukan senaman ringan sebaik sahaja kamu bersedia. Antara senaman ringan yang disyorkan oleh Dr. Amalina adalah:

Foto – Eat This, Not That
  • Berjalan kaki untuk elak daripada terbentuknya darah beku.
  • Senaman kegel untuk kuatkan otot pelvis.
  • Senaman perut untuk kempiskan dan kencangkan semula perut.

Kalau berlakunya pendarahan (lochia) yang teruk atau bertukar warna (merah jambu atau merah terang), kamu berkemungkinan telah lakukan senaman yang berlebihan. Bagi senaman berimpak tinggi pula, tunggu sehingga 6 minggu selepas bersalin untuk lakukannya.

Kurangkan beraktiviti seperti biasa 

Bila berpantang, kamu tidak boleh lakukan aktiviti atau rutin harian seperti biasa. Kamu dinasihati untuk kurangkan beraktiviti dan banyakkan berehat. Saranan Dr. Amalina, kamu juga perlu pakai compression TED stocking untuk elak daripada pembentukan darah beku.

Wajib jaga bahagian intim (perineum)

Basuh dengan air dari depan hingga ke belakang. Dan pastikan kamu lap sehingga kering ye. Sekitar 3-4 jam, kamu juga perlu menukar pad bersalin.

Foto – Talented Ladies Club

Kalau kamu bersalin secara C-section pula, bersihkan dan lap luka sehingga kering setiap hari, pastikan pakai pakaian longgar dan seluar dalam jenis kapas. Jangan lupa untuk ambil ubat tahan sakit jika perlu.

“Jaga kebersihan dan mandi setiap hari. Ambil laxatives jika perlu untuk elak sembelit.”

Tangguh dahulu hubungan seks sehingga…

Penting! Elakkan berhubungan seks dengan pasangan ketika berpantang atau sehingga darah lochia berhenti. Atau pun sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin. Miss Murai syorkan, tunggu sehingga tempoh pantang kamu habis ye.

Beri perhatian lebih pada kesihatan mental 

Foto – @dramalinabakri (IG)

Semasa berpantang, jangan terlalu tertekan dengan sekeliling kamu. Apa yang perlu kamu buat, nikmati perjalanan sebagai seorang ibu dengan gembira. Untuk menjaga kesihatan mental, dapatkan sokongan daripada suami dan juga keluarga.

Semoga bermanfaat!

dr amalinatips berpantang sendiritips dr amalinatips pantang
https://lomp.at/4v47t
Share9Tweet6SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

IbuBapa

Nicol David Organisation Melancarkan ‘Ibu Legends Summit’ Pertama di Malaysia

by Aphit J.
October 19, 2025

Lebih 250 ibu dari pelbagai latar belakang berkumpul dalam Ibu Legends Summit pertama anjuran Nicol David Organisation (NDO), menjadikannya antara...

Read more
Foto - @dramalinabakri (IG)
IbuBapa

Pertama Kali Nak Jadi Ibu? Jangan Gelabah & Cuba Ikut Tips Pantang Dr. Amalina Yang Ini…

Read more
by Soph Azz
March 21, 2023
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Shah Rukh Khan Umum Tiada Pesta Deepavali, Peminat Luah Rasa Kecewa

  2. 2

    [VIDEO] Tutorial Tudung ‘Ala Brunei’ Dari Fazura Raih Perhatian Ramai-“Cantiknyaaa”

  3. 3

    4 Golongan Terima MyKad RM200 Pada Oktober Ini- Jom Semak Nama Anda Tersenarai Tak?

  4. 4

    [VIDEO] Peminat Puji Sikap Nelydia Senrose-“Tak Pernah Cerita Masalah Di Media Sosial”

  5. 5

    [VIDEO] Telatah Lucu Elly Mazlein Merajuk Kena ‘Palau’ Dengan Suami, Cetus Rasa Terhibur Netizen & Rakan Selebriti!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem