Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Pesakit Bermain Gitar Ketika Otak Dibedah

by Phic ARMAN
March 7, 2017
Share on Facebook

Di Brazil, seorang lelaki yang mengalami ketumbuhan tumor di otak terpaksa menjalani pembedahan. Namun apa yang menghairankan ketika pembedahan berlangsung, dia boleh bermain gitar.

Lelaki bernama Rolden Batista yang berusia 40 tahun ini telah diberi pilihan oleh doktor samaada mahu dibedah dengan memberi suntikan bius ataupun dibiarkan dalam keadaan sedar ketika pembedahan.

Namun Rolden dimaklumkan oleh doktor bahawa peluang untuk pembedahan ini berjaya lebih cerah jika pesakitnya menjalaninya dalam keadaan sedar. Maka Rolden memilih untuk tidak dibius.

“Doktor telah memberi idea kepada saya bermain gitar ketika pembedahan dijalankan,” katanya

Ahli bedah menjelaskan membiarkan pesakitnya dalam keadaan sedar dan malah memintanya bermain alat muzik dan bernyanyi merupakan cara terpantas untuk mengetahui samada mereka telah membuat kesalahan selama prosedur. Jika pesakit tidak boleh menghafal lagu, maka ketika itu juga doktor akan ‘memperbaiki’ bahagian otak yang mengawal gerakan, pertuturan dan rangsangan sebelum terlambat.

Hal sebegini bukan pertama kali pernah dilakukan, sebelum ini penyanyi tenor kenamaan yang berasal Slovenia, Ambroz Bajec-Lapajne juga menjalani pembedahan dalam keadaan sedar. Ketika pembedahan berlangsung, Ambroz membawakan salah satu karya komposer Franz Peter Schubert bertajuk ‘Gute Nacht’.

https://www.youtube.com/watch?v=85jBf2AI3hI

Sumber

Error happened.
gitarotak muzikpembedahan
https://lomp.at/15iut
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara