Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 8, Bakal Disertai ‘Nama-Nama Besar’?

Ramalan peserta GV8 berdasarkan petunjuk beberapa penyanyi popular selain daripada ramalan peminat

by Khai Azfar
November 8, 2021
Share on Facebook

Tidak lama lagi rancangan realiti popular, Gegar Vaganza akan kembali untuk musim yang kelapan (GV8) . Malah beberapa ‘teaser’ awal GV8 telah pun dikongsi.

Difahamkan, GV8 atau juga dikenali sebagai GV2021 akan bermula sebaik sahaja program All Together Now Malaysia (ATNM) melabuhkan tirainya pada 14 November 2021. Ketika ini, sama seperti tahun-tahun sebelumnya peminat terlebih dahulu membuat spekulasi mengenai peserta GV8 berdasarkan petunjuk beberapa penyanyi popular selain daripada ramalan mereka sendiri.

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 8

Bagi edisi kali, dikhabarkan turut disertai ‘nama-nama besar’ dalam industri seni. Malah, kami juga tidak menolak spekulasi tersebut.Sebelum ini, Ratu Etnik Kreatif, Noraniza Idris telah mencuri perhatian ramai apabila menyertai GV7 manakala Linda Nanuwil pula menjadi bintang program realiti pertama yang sertai Gegar Vaganza. Berikut Murai.my kongsikan ramalan bagi senarai peserta GV8 kali ini.

Shahir Zawawi

Setelah sekian lama ‘hiatus’ daripada media sosial, kemunculan semula bekas juara Akademi Fantasia di laman Instagram baru-baru ini mencuri perhatian peminat.  Berkongsi foto penampilan terkini nya yang berambut panjang, Shahir turut menulis kapsyen mengenai ‘kembali’ .

Tidak menyatakan apakah maksud mengenai kapsyen tersebut, namun peminat berteka-teki bahawa pelantun Kebahagiaan Dalam Perpisahan ini akan sertai GV8. Bagaimanapun, Shahir menolak dakwaan tersebut. Adakah ia gimik semata-mata?

Nikki Palikat

Ramai yang merindui Nikki Palikat! Manakan tidak, penyanyi yang berbakat besar ini memperlahankan karier seni selepas berkahwin dengan komposer terkenal, Audi Mok sekitar tahun 2009.  Untuk rekod, Nikki yang juga anak saudara kepada penyanyi yang popular dengan lagu Anak Kampung, Jimmy Palikat mula dikenali ramai setelah menyertai program realiti Malaysian Idol musim pertama pada tahun 2004. Selepas itu, Nikki mekar dengan lagu Caramu dan trio bersama mentornya, Ning Baizura dan Allahyarhamah Yanie menerusi lagu Drama.

Topik Berkaitan DSV 'Dinner' Dengan Aliff Aziz, Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-"Cik Lan Tak Jeles Ke?.."

Aliff Aziz

Mengejutkan! Nama Aliff Aziz disebut-sebut sebagai peserta GV8. Sebelum bergelar pelakon, Aliff terlebih dahulu mencipta nama sebagai seorang penyanyi yang popular dengan single Sayang – Sayang. Ketepikan kontroversi lalu, suami kepada pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini giat mendalami ilmu agama dan meluangkan masa bersama keluarga tercinta.

Adibah Noor

Antara nama besar yang dikhabarkan akan turut sertai GV8. Tidak tolak kemungkinan tersebut, peminat juga menyifatkan Adibah Noor juga sudah sekian lama tidak menghiasi ‘pentas-pentas utama’ dengan kemerduan suara yang dikagumi ramai.

Digelar sebagai selebriti verstail, adakah benar Adibah bakal sertai program realiti ini?

Dato Fazley Yaakob

Selain Adibah Noor,  penyanyi yang juga cef selebriti Datuk Fazley Yaakob juga disebut sebagai salah seorang peserta GV8.

Popular dengan jolokan ‘Abang Asmara’ oleh peminat sehingga ke hari ini, kami juga tidak tolak kemungkinan Fazley akan muncul kembali mengubati kerinduan peminat dengan suaranya.  Menerusi carian di laman Instagram Fazley juga telah mengemaskini ‘Singing Masterchef’ sebagai biografi profil nya.

Ani Maiyuni

Saban tahun, nama penyanyi dangdut Ani Maiyuni disebut-sebut peminat akan membarisi senarai peserta Gegar Vaganza. Sama seperti tahun ini, Ani sekali lagi menjadi ‘pertaruhan’ peminat dalam GV8. Dalam hantaran terkini Ani, rakan seangkatannya, Haiza Hanafi meluahkan rasa tidak sabar mengenai sesuatu sebelum dibalas oleh peminat peminat GV8. Adakah Ani menepati ramalan peminat kali ini?

Topik Berkaitan Fazley Yaakob Puji Sikap Khairul Aming Ketika Datang Ke Restorannya-"Tak Ada Angin Sombong, Tak Ada Ego.."

Fairuz Selamat (Q-Face)

Setiap tahun, ada sahaja vokalis kumpulan penyanyi era 90-an menjadi peserta Gegar Vaganza. Malah hampir  kesemua mereka tampil cemerlang dalam program ini sehingga ada diantaranya dinobatkan sebagai juara. Pada tahun ini, bekas vokalis kumpulan Q-Face yang popular dengan lagu Izinkanlah, Fairuz Selamat dikatakan turut sertai GV8.

Youtube video

Meskipun sudah mempunyai pekerjaan tetap, namun Fairuz sering kali membuat ‘cover’ lagu-lagu popular era kini di laman Instagram dan You Tube miliknya.

Azan Scan

Nama bekas vokalis Scan, Azan yang popular dengan lagu ‘Kau Dipaksa Aku Terpaksa’  disebut-sebut sebagai peserta GV8.

Youtube video

Malah, menerusi sebuah hantaran di laman Facebook nya pada awal Oktober lalu, penyanyi era 90-an ini mendedahkan akan kembali dengan sebuah kejutan buat peminat. Namun, Azan tidak mendedahkannya dengan terperinci selain meminta peminat tunggu akan pengumuman tersebut.

Bandi Amuk

Menerusi sebuah video ‘teaser’ yang dimuatnaik oleh pihak Astro, kelihatan sebuah topeng muka di atas pasir seakan memberi bayangan mengenai salah seorang peserta GV8. Susulan itu, rata-rata peminat beranggapan bahawa vokalis Amuk yang terkenal dengan identiti di sebalik topeng, Bandi adalah peserta yang dimaksudkan. Untuk rekod, Bandi mempunyai puluhan lagu popular bersama Amuk yang masih didengari oleh ramai peminat sehingga ke hari ini.

Ruhil Amani

Penyanyi bersuara lantang, Ruhil Amani juga diharapkan oleh peminat akan sertai GV8. Memetik laporan media tempatan, meskipun sudah lama berehat dalam industri seni namun penyanyi yang popular dengan Ruhil sudah menyiapkan beberapa single baharu nya. Adik kepada pengacara Ruhil Syafinaz ini juga menyatakan kesediaannya untuk kembali mengiburkan peminat.

Topik Berkaitan [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-"Kau Ni Rugi.."

https://www.youtube.com/results?search_query=ruhil+amani+kawan

Francisca Peter

Youtube video

Peminat tidak menolak bahawa penyanyi yang popular dengan lagu-lagu ‘evergreen’ seperti  ‘Sekadar Di Pinggiran’, ‘Aku Kehilanganmu’, Francisca akan kembali mengubati kerinduan peminat dalam GV8. Meskipun disifatkan sebagai ‘penyanyi lagenda’ namun mereka tidak menolak Fran akan turut serta, mengikut jejak langkah Jatt Black Dog Bone dalam GV6 sebelum ini.

Leina Hangat

Seorang lagi penyanyi era 90-an,  Leina Hangat menjadi tekaan peminat sebagai peserta GV musim ini. Leina yang pernah mendapat gelaran Ratu Reggae Malaysia berikutan menjadi penyanyi wanita pertama yang mempertaruhkan genre muzik Reggae dalam industri seni hiburan tanahair kini tampil ayu dengan penampilannya yang berhijab.

Via Instagram Leina Hangat

Meskipun sudah berhijrah dan enggan memandang semula imej seksinya suatu ketika, namun pemilik nama sebenar Nor Azlina Abd Rahman ini masih mengekalkan nama pentas Liena Hangat berikutan dikenali ramai dengan nama tersebut.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
adibah nooraliff azizAni MaiyuniAzan ScanBandi Amukdato fazley yaakobfairuz selamatFrancisca Petergegar vaganzaGegar Vaganza 2021Gegar Vaganza 8leina hangatNikki PalikatRuhil AmaniShahir Zawawi
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @norreen143 (Threads)
Spotlight

Tanggal Tudung, Hantaran Norreen Iman ‘Diserang’ Netizen- “Cerai Je Hilang Tudung”

by Nurul A.
July 13, 2026

Nampaknya teka teki mengenai pelakon Norreen Iman tidak lagi mengenakan tudung sudah terjawab. Berdasarkan hantaran terbarunya di platform Threads dan...

Read moreDetails
Misha Omar
Spotlight

“Aku & Lelaki”, Misha Omar Kembali Dengan Showcase Eksklusif

by Nurul A.
September 3, 2026

Selepas kejayaan siri showcase 'Back to Basic' dan 'DiA', penyanyi tersohor tanah air, Misha Omar bakal kembali menemui peminat menerusi...

Read moreDetails
PU Amin
Spotlight

PU Amin Gesa Boikot Drama-Filem Berunsur Cinta Songsang- “Tunggu Azab Baru Nak Sedar?”

by Nurul A.
September 2, 2026

Pendakwah bebas, PU (Pencetus Ummah) Amin mencuri perhatian apabila menyuarakan kebimbangannya terhadap lambakan drama dan filem yang cuba mengetengahkan unsur...

Read moreDetails
Foto - @nelydiasenrose (IG)
Spotlight

“Saya Suami & Ayah Paling Bertuah”- Ucapan Suami Nelydia Senrose Buat Ramai Tersentuh

by Nurul A.
July 28, 2026

Ahli perniagaan Datuk Mohd Hafez Halimi berkongsi khabar gembira apabila isterinya, pelakon Datin Nelydia Senrose telah selamat melahirkan bayi lelaki...

Read moreDetails
Foto - @nadiyah.shahab (IG)
Spotlight

Nadiyah Shahab Perjelas Dakwaan Pegang Haiwan Berupa Serigala- “I Dah Sertu”

by Nurul A.
August 10, 2026

Baru-baru ini pelakon Nadiyah Shahab menjadi perhatian ramai selepas berkongsi gambar bersama beberapa ekor haiwan yang didakwa serigala. Menerusi perkongsiannya...

Read moreDetails
Foto - @norreen143 (IG)
Spotlight

“Boleh Hidup Bahagia & Abai Anak”- Norreen Iman Marah Bekas Suami?

by Nurul A.
July 27, 2026

Pelakon dan pempengaruh Norreen Iman kembali mencuri perhatian selepas memuat naik hantaran berkaitan provokasi dan tanggungjawab seorang bapa di platform...

Read moreDetails
Foto - @syedsaddiq (IG)
Lokal

[VIDEO] Rakyat Turun Beri Sokongan, Syed Saddiq Luah Rasa Terharu- “Anda Menggerakkan Perjalanan Ini”

by Nurul A.
July 17, 2026

Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman kembali mencuri perhatian apabila mencatatkan kejayaan awal dalam misi Larian Kesyukuran Muar...

Read moreDetails
Jurang Takdirku Ku Faiz
Spotlight

Ku Faiz Muncul Dengan Single Debut “Jurang Takdirku”

by Nurul A.
August 19, 2026

Industri muzik tempatan bakal menyambut kemunculan seorang bakat baharu menerusi pelancaran single debut berjudul “Jurang Takdirku”, nyanyian Ku Faiz. Sarat...

Read moreDetails
Maamor Jantan
Spotlight

Maamor Jantan Bawakan Keunggulan Seni Cat Air ke Janda Baik

by Nurul A.
August 12, 2026

Seniman cat air tersohor Malaysia, Maamor Jantan bakal mempersembahkan koleksi cat air terbarunya, Interaksi Alam menerusi sebuah pameran yang akan...

Read moreDetails
Borneo Rising
Spotlight

Borneo Rising: CelcomDigi, Astro Ketengahkan Bakat Muzik Dari Sabah & Sarawak

by Nurul A.
August 27, 2026

CelcomDigi Berhad ("CelcomDigi"), dengan kerjasama Astro, bakal membuka lembaran baharu dalam landskap hiburan Malaysia menerusi pelancaran Borneo Rising. Sebagai pertandingan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  4. 4

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara