Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

Fikir Dua Kali Sebelum Tekan Suis! PETRA Kongsi Cara Terbaik Jimat Elektrik Dengan ToU

by Phic ARMAN
April 10, 2026
Share on Facebook

Dalam keadaan harga tenaga global yang semakin tidak menentu, ramai rakyat Malaysia mula mencari cara lebih bijak untuk menguruskan bil elektrik bulanan. Jadi, tak hairanlah bila kerajaan kini semakin galak mengajak orang ramai beralih kepada skim Time of Use (ToU), satu pendekatan yang nampak teknikal, tapi sebenarnya mudah difahami kalau kita tahu caranya.

Menerusi kenyataan terkini, Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) mendedahkan seramai 128,868 pengguna sudah beralih kepada skim ToU setakat Februari lalu. Angka ini bukan kecil, malah menunjukkan kesedaran rakyat tentang pentingnya penggunaan tenaga yang lebih efisien semakin meningkat.

Apa sebenarnya ToU ni?

Secara ringkas, skim ToU membahagikan waktu penggunaan elektrik kepada dua kategori utama waktu puncak dan waktu luar puncak. Di sinilah ‘game changer’ dia.

Waktu puncak biasanya berlaku pada hari bekerja, sekitar jam 2 petang hingga 10 malam, iaitu ketika permintaan elektrik berada pada tahap tinggi. Jadi, kadar tarif pun lebih mahal.

Sebaliknya, waktu luar puncak pula melibatkan tempoh seperti malam hingga pagi, hujung minggu dan cuti umum, di mana penggunaan elektrik lebih rendah dan kadar tarif juga lebih murah.

Di sinilah peluang untuk berjimat sebenarnya bermula.

Bijak ubah rutin, bil pun boleh turun

MURAI nampak konsep ini macam ‘timing is everything’. Kalau selama ini kita tak kisah bila nak guna mesin basuh atau cas peranti, mungkin sekarang masa untuk ubah sedikit rutin harian.

Menurut PETRA, antara cara paling praktikal untuk manfaatkan ToU adalah dengan mengalihkan penggunaan peralatan berintensiti tinggi ke waktu luar puncak. Contohnya:

  • Guna mesin basuh pada waktu malam
  • Cas kenderaan elektrik selepas jam puncak
  • Kurangkan penggunaan penghawa dingin pada waktu siang jika boleh
"Adakah Saya Layak Untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40?"- Jom Semak Kelayakan!

Nampak macam perubahan kecil, tapi kesannya boleh beri penjimatan yang signifikan dalam jangka masa panjang.

Lebih daripada sekadar jimat duit

Apa yang menarik, skim ToU ini bukan sekadar bantu kurangkan bil elektrik semata-mata. Dalam masa sama, ia juga membantu mengurangkan tekanan terhadap sistem bekalan elektrik negara, terutama ketika waktu puncak.

Pendekatan ini secara tak langsung menyokong penggunaan tenaga yang lebih mampan, sesuatu yang selari dengan aspirasi Malaysia MADANI yang menitikberatkan kesejahteraan rakyat dan kelestarian alam sekitar.

Kadang-kadang kita rasa nak berjimat itu susah, tapi sebenarnya ia bermula dengan perubahan kecil dalam rutin harian. Skim ToU ini ibarat ‘hack’ mudah untuk kawal bil elektrik bukan dengan kurangkan penggunaan semata-mata, tapi dengan guna tenaga pada waktu yang betul.

Jadi, mungkin lepas ini sebelum tekan suis, kita fikir dulu… sekarang waktu puncak atau luar puncak?

PetraTNB
https://lomp.at/nlbkn
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Samsung ‘Tawan’ Milan, Bahang Olimpik Musim Sejuk Makin Terasa

by Phic ARMAN
February 10, 2026

Menjelang Olimpik & Paralimpik Musim Sejuk Milano Cortina 2026, Samsung sudah mula ‘memanaskan enjin’ dengan cara yang cukup mencuri perhatian....

Read moreDetails
LifeXplore

5 Sebab Kenapa Peranakan Collection Adidas Malaysia Patut Ada Dalam ‘Closet’ Anda

by Phic ARMAN
March 20, 2026

Malaysia memang terkenal dengan kepelbagaian budaya, dan kini adidas tampil dengan cara unik untuk meraikannya. Peranakan Collection menggabungkan warisan Peranakan...

Read moreDetails
LifeXplore

Kafe Dalam Dobi? Ini Randy’s Laundromat, Konsep Dua Dalam Satu!

by Farah Fatihah
April 5, 2026

Hujung minggu selalunya jadi masa untuk selesaikan kerja rumah yang tertangguh, termasuklah membasuh pakaian. Kebiasaannya, ke dobi layan diri hanya...

Read moreDetails
Gambar: Instagram @ngopipantai.langkawi
LifeXplore

Ingatkan Dekat Phuket, Rupanya Di Langkawi! Ngopi Pantai Port Tepi Pantai Paling Healing

by Farah Fatihah
March 7, 2026

Kalau ke Langkawi, memang tak sah kalau tak singgah lepak tepi pantai sambil minum kopi. Bayangkan pagi yang tenang dengan...

Read moreDetails
Bisnes

Gandakan Kebaikan Pada Ramadan Ini Dengan Inisiatif Berskala Besar Di Seluruh Negara

by Naddy Joe
March 1, 2026

Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk berkongsi dan berbuat baik saat rakyat Malaysia saling membantu, berkongsi rezeki dan menghulurkan sokongan kepada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  3. 3

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Anne Ngasri Dilantik Sebagai Pengerusi Hotel Premiera Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara