Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita

“Adakah Saya Layak Untuk Program Rebat Bil Elektrik RM40?”- Jom Semak Kelayakan!

by Nurul A.
August 20, 2025
Foto - Berita Online

Foto - Berita Online

Share on Facebook

Rasanya di kalangan pembaca MURAI, kamu mesti pernah dapat diskaun misteri dalam bil elektrik bulanan kan? Kalau kamu nak tahu, diskaun misteri tersebut adalah daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) menerusi Program Rebat Bil Elektrik RM40.

Sekadar info, Program Rebat Bil Eletrik RM40 merupakan kesinambungan daripada Program Rebat RM20 (yang telah tamat pada Disember 2018) diperkenalkan sebelum ini dan ianya dilancarkan semula pada tahun 2019 sehingga ke hari ini.

Bagi yang tertanya-tanya bagaimana nak dapatkan atau sertai Program Rebat Bil Elektrik RM40, jangan risau kamu berada di tempat yang betul! Dalam entri kali ini, MURAI akan kongsikan cara yang mudah untuk kamu semak kelayakan.

Begini caranya…

Siapa Yang Layak Terima Rebat Bil Elektrik RM40?

Untuk pengetahuan kamu, program ini bukanlah bantuan untuk semua orang tetapi ianya hanya disasarkan khas untuk Ketua Isi Rumah (KIR) yang berstatus “Miskin Tegar” dan telah disahkan dalam Sistem eKasih.

Pendapatan untuk kategori “Miskin Tegar” diukur berdasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang dikeluarkan oleh Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri. Pendapatan purata bulanan bagi “Miskin Tegar” yang layak menerima bantuan ini ialah RM1,198.

Foto – semakanrebat.petra.gov.my

Untuk menikmati rebat ini, KIR perlu memenuhi syarat:

  • Warganegara Malaysia
  • Berdaftar dalam Sistem eKasih
  • Tersenarai sebagai “Miskin Tegar” dengan pendapatan purata bulanan pada/bawah RM1,198 sebulan
  • Akaun elektrik didaftarkan atas nama penerima (Tarif Domestik A)
Topik Berkaitan Lampu Berkelip & Bau Hangit Tengah Malam, Rupanya Fius Terbakar – Tindakan Pantas Selamatkan Keadaan

Cara Semak Kelayakan

Jika kamu nak tahu sama ada layak atau tidak menerima Rebat Bil Elektrik RM40 ini, kamu boleh lakukan semakan melalui semakanrebat.petra.gov.my atau Kedai Tenaga TNB terdekat.

Foto – semakanrebat.petra.gov.my

Sekiranya belum berdaftar dalam eKasih, kamu perlu rujuk Pejabat Pembangunan Negeri (JPP) atau Unit Pembangunan Daerah untuk pendaftaran eKasih terlebih dahulu.

Bagaimana Jika Layak Tetapi Menyewa?

Kalau KIR tidak mempunyai akaun elektrik yang didaftarkan atas nama sendiri kerana menyewa rumah dan bil tersebut atas nama pemilik, kamu masih lagi boleh membuat permohonan. Caranya adalah kamu perlu buat permohonan untuk mengisytiharkan akaun pihak ketiga:

Foto – semakanrebat.petra.gov.my
  • Muat turun borang dari portal semakanrebat.petra.gov.my
  • Isi borang dengan lengkap
  • Hantar borang ke Kedai Tenaga TNB terdekat

Kalau “Tidak Layak” Boleh Buat Rayuan Ke?

Bagi mereka yang telah membuat semakan dan mendapat keputusan “Tidak Layak” tetapi memenuhi syarat-syarat kelayakan di atas, kamu boleh membuat rayuan menerusi:

  • Hubungi TNB Careline (1-300-88-5454)
  • Emel kepada tnbcareline@tnb.com.my
  • Kunjungi Kedai Tenaga TNB terdekat untuk lakukan semakan akaun dan kemas kini data

Psst… Untuk maklumat lanjut dan pertanyaan mengenai Program Rebat Bil Elektrik RM40 ini, kamu boleh hubungi TNB Careline (1-300-88-5454), e-mel TNB Careline (tnbcareline@tnb.com.my) atau kunjungi Kedai Tenaga TNB berhampiran.

Semoga bermanfaat!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
program rebat bil elektrikrebat bil elektrik rm40tenaga nasional berhadTNB
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

REVIEW HONOR X9e Pro: Bukan Sekadar Tahan Lasak, AI Pun Makin Bijak

by Phic ARMAN
September 25, 2026

Telefon dengan AI sekarang bukan benda pelik. Hampir setiap kali ada pelancaran telefon baharu, perkataan AI mesti muncul entah berapa...

Read moreDetails
Berita

Gardenia Semarakkan Merdeka 2026, 5,000 Cenderahati Buat Pengunjung

by Phic ARMAN
September 1, 2026

Bila sebut sambutan Hari Kebangsaan, bukan hanya perarakan dan kibaran Jalur Gemilang yang mencuri perhatian. Tahun ini, Gardenia Bakeries (KL)...

Read moreDetails
Berita

“Kalaulah Saya Tahu Itu Pertemuan Terakhir Kita”- Syed Saddiq Kenang Tun Siti Hasmah

by Phic ARMAN
September 28, 2026

Ada pertemuan yang kita sangka biasa-biasa sahaja, tetapi rupanya menjadi kenangan terakhir yang akan dibawa sepanjang hayat. Begitulah yang dirasakan...

Read moreDetails
Berita

Bukan Rokok Sahaja, Ini Antara Barangan Yang Cuba Diseludup Masuk Malaysia Bernilai RM2.05 Bilion

by Phic ARMAN
September 30, 2026

Penyeludupan bukan sekadar cerita tentang rokok atau minuman keras yang cuba dibawa masuk secara senyap-senyap. Di sebalik kegiatan ini, ada...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara