Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Automotif

Tonton Sukan Permotoran Sambil Berhibur, Ini Yang Bakal Anda Alami di Litar Antarabangsa Sepang!

by Naddy Joe
August 13, 2025
Share on Facebook

Buat para peminat sukan permotoran dan muzik, anda turut boleh mengalami pengalaman keseronokan muzik EDM HardTech (Hardmission and Techmission) bersempena dengan Grand Prix PETRONAS Malaysia 2025 yang berlangsung di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) selama dua hari, iaitu pada 18 dan 19 Oktober ini.

Dengan latar belakang penuh keseronokan pada hujung minggu di MotoGP, kolaborasi strategik Hi-Five Entertainment dan Neon Projects ini bakal menyatukan peminat sukan permotoran dan pencinta muzik dari seluruh dunia.

Lebih Dari Sekadar Festival

Acara berprestij ini bukan sahaja sekadar festival muzik, malah ia adalah sambutan komuniti, budaya, dan masa depan muzik elektronik di Malaysia. Dengan sinergi MotoGP, HardTech, dan Transmission, Litar Petronas akan bertukar menjadi pusat bunyi, cahaya dan semangat yang dikongsi bersama.

View this post on Instagram

A post shared by Hi5 Entertainment (@hifiveasia)

200,000 Penonton Dijangka Bakal Banjiri Litar Antarabangsa Sepang

via Official MotoGP

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman Hanif menyatakan bahawa pihak mereka yakin dengan kehadiran penonton sebanyak 200,000 jika mendapat sokongan semua pihak.

“Dengan 184,923 penonton pada tahun 2024 dan sasaran 200,00 tahun ini. MotoGP™ terus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah satu acara sukan utama di rantau ini.

Kami telah mencapai 75% daripada kapasiti tiket kami dan tahun ini, kami memperkenalkan peningkatan menarik kepada peminat termasuklah festival muzik elektronik (EDM) pre-race pertama kami.”-kata Azhan Shafriman Hanif

View this post on Instagram

A post shared by Hi5 Entertainment (@hifiveasia)

Antara sorotan acara festival muzik HardTech ini adalah persembahan DJ bertaraf dunia merangkumi HardTech dan trance, gabungan visual dan pencahayaan yang memukau, memberikan pengalaman penuh buat penonton.

Bukan itu sahaja, kolaborasi istimewa dengan PETRONAS Grand Prix Malaysia 2025 merupakan satu detik bersejarah bagi komuniti rave, menandakan kemunculan semula Trance yang gemilang.

Harga Tiket Pre-Sale Bermula RM268

Harga tiket pra- jualan festival muzik ini adalah bermula RM268 (Pre-Sale 1), RM288 (Pre-Sale 2), RM338 (Tier 1), RM378 (Tier 2) bagi kategori GA 2 Day Passes.

Malah, bagi VIP Experience 2 Day Passes pula bermula pada RM468 (Pre-Sale), RM498 (Normal).

Anda boleh dapatkan tiket secara dalam talian di laman web TICKETMELON.COM & MEGATIX.ASIA.

Jangan lepaskan peluang!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
MOTOGP 2025PETRONAS Grand Prix 2025
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Bau Minyak Melekat Pada Rambut!”- Pengunjung Suria KLCC Luah Rasa Tak Senang

  2. 2

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  3. 3

    Mercedes-Benz Liftgate Terbuka Sendiri, Pemilik Kereta Persoal Isu Sensor

  4. 4

    [VIDEO] Didakwa Warga Bangladesh Pandu, Lori Sampah Alam Flora Hempap 3 Kereta

  5. 5

    Isu Permohonan Cerai: Mengapa Netizen Anggap ‘Karma” Buat Hanez?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara