Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Pihak Penyiar, Editor Yang Sepatutnya Tapis Konten”- Azhar Sulaiman “Backup” Nabil Dan Pak Azad

by Puteri Alia
March 6, 2025
Share on Facebook

Pelakon Azhar Sulaiman menegaskan bahawa tiga penyampai segmen 3 Pagi Era, Nabil Ahmad, Radin Amir, dan Azad Jasmin, bukanlah individu rasis meskipun tular video kontroversi mereka yang didakwa mempersenda tarian kavadi Hindu semasa perayaan Thaipusam. Azhar, yang kini berusia 53 tahun, mengakui bahawa kesilapan telah berlaku dalam insiden tersebut, tetapi dia menegaskan bahawa sebelum kejadian itu, ketiga-tiga penyampai radio tersebut tidak pernah menunjukkan sebarang masalah dalam bekerjasama dengan kaum lain.

“Saya berani cakap berdasarkan sikap mereka sebelum insiden kontroversi segmen 3 Pagi Era bahawa mereka tidak rasis. Mereka juga tidak mempunyai masalah bekerja dengan kaum lain. Ketiga-tiga penyampai radio ini menjunjung al-Quran dan undang-undang negara, tetapi sebagai manusia mereka tidak lari daripada membuat kesilapan,” kata Azhar dalam perkongsian di Instagramnya baru-baru ini.

Azhar turut memberi penjelasan bahawa sebagai manusia biasa, ada kalanya artis, termasuk dirinya, boleh hilang kawalan ketika berada di depan kamera dan terlibat dalam perbuatan serta percakapan yang tidak sepatutnya. Beliau berpendapat bahawa isu tersebut berpunca daripada tindakan pihak penyiar atau individu yang memuat naik konten tersebut ke media sosial. Menurutnya, sudah menjadi amalan praktis untuk pihak penyiar atau editor menapis setiap kandungan yang layak atau tidak untuk dimuat naik di platform sosial.

“Saya kurang bersetuju apabila mereka dikenakan tindakan kerana mereka juga adalah sebahagian daripada kandungan yang pihak penyiar dan individu muat naik dalam konten kontroversi tersebut,” jelasnya. Dalam pada itu, Azhar juga menyuarakan pendapatnya mengenai pihak yang seharusnya bertanggungjawab, iaitu editor video tersebut yang sepatutnya dikenakan tindakan, bukannya hanya menyalahkan penyampai radio.

Rata-rata netizen turut menyokong kenyataan Azhar dengan harapan supaya ketiga-tiga penyampai radio tersebut terus tabah menghadapi ujian, terutamanya di bulan Ramadan ini. Beberapa komen menyatakan, “Sepatutnya editor video itu yang kena gantung kerja. Saya setuju dengan kenyataan abang Azhar untuk kali ini. Kasihan bila fikir semula nasib mereka. Memang silap tapi perkara itu bukan 100 peratus kesalahan mereka sahaja,” ujar seorang netizen.

Isteri Pak Azad Eira Syazira Turut Dimaki Netizen, Akui Hanya Balas Emogi Hati Untuk Redakan Marah

Semalam, Nabil, Radin, dan Azad telah memberi keterangan di Bukit Aman selama lebih dua jam berhubung dakwaan mereka yang mempersenda upacara agama Hindu. Selain ketiga-tiga penyampai itu, tiga lagi kakitangan Era FM juga turut hadir untuk memberi keterangan. Sehari sebelum itu, video permohonan maaf mereka tular selepas insiden kontroversi berkenaan. Video tersebut telah mengundang kemarahan ramai kerana didakwa tidak menghormati sensitiviti agama lain.

Sebagai tindak balas, Astro memaklumkan bahawa ketiga-tiga penyampai radio dan dua lagi kakitangan Era FM telah digantung tugas sehingga tempoh selanjutnya diumumkan.

Azad Jasminazhar sulaimannabil ahmadRadin Amir
https://lomp.at/cjrml
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Berita

[VIDEO] Siti Nurhaliza Kongsi Momen Rai Hari Lahir Datuk K Bersama Keluarga, Peminat Terharu!

by Naddy Joe
February 20, 2026

Perkongsian Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza mencuri perhatian peminat selepas memuatnaik satu video yang memaparkan seluruh keluarga meraikan hari...

Read moreDetails
Berita

Zara Zya Nafi Ada Hubungan Peribadi Dengan Usahawan, Peminat Lega!-“Pusing-Pusing Dulu Sis..”

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelakon, Zara Zya menegaskan bahawa dia tidak mempunyai sebarang hubungan peribadi dengan bekas tunang kepada pelakon, Zarina Anjoulie iaitu usahawan...

Read moreDetails
Berita

Ojenn Aiwahhh Perjelas Kenyataan ‘Jangan Cari Pasal Dengan Orang Berduit’-“Ayat Itu Ojenn Tujukan Buat..”

by Naddy Joe
January 15, 2026

Usahawan dan pempengaruh terkenal, Ojenn Aiwahhh tampil memberikan penjelasan mengenai kenyataannya mengenai 'jangan cari pasal dengan orang berduit' yang ditulisnya...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Lokal

Adriana Adnan Pernah Diminta Cipta Kontroversi Untuk Kekal Relevan-“Maruah Diri & Keluarga Lebih Penting..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon dan pengacara, Adriana Adnan mempersoalkan tindakan pihak terlibat dalam industri seni tempatan yang kadangkala seolah-olah cuba menjatuhkan dan membuatnya...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore