Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kecantikan

Pilihan Selebriti Untuk Wajah Runcing, ‘Gua Sha’ Adalah Rahsianya!

by Lisa Ghani
March 30, 2023
Foto - Pinterest

Foto - Pinterest

Share on Facebook

Bella Hadid dikenali dengan bentuk wajah yang sempurna. Runcing, tirus dan tajam, serta jelita sepanjang masa. Sebab itu, dia beberapa kali dipilih sebagai wanita paling cantik di dunia.

Mahu mengecapi wajah runcing seperti Bella sebenarnya tidak susah, asalkan kamu cekal dan disiplin… kena rajin amalkan teknik penjagaan wajah orang China yang turun-temurun.

Apa yang Miss Murai maksudkan ini? Nak tahu alat apa yang boleh kembalikan bentuk wajah runcing? Gua Sha adalah rahsianya!

Foto – NewBeauty

Teknik urutan wajah menggunakan batu jed, atau dipanggil Gua Sha semakin mendapat tempat di kalangan wanita. Gua Sha merupakan teknik penjagaan wajah tradisional dari China menggunakan batu jed. Kesan urutan ini menjanjikan wajah runcing di samping kelancaran peredaran darah.

Faedah buat Gua Sha

@makeup.dora0

The best thing! I’ll forever do this till im old#guasha #guashatutorial

♬ Swear By It – Chris Alan Lee

Teknik urutan Gua Sha mempunyai beberapa faedah, termasuk meningkatkan peredaran darah, memberi kelegaan dan mengeluarkan tekanan. Dengan menggunakan Gua Sha setiap hari, wajah kamu bukan saja dapat kembali cantik terbentuk seperti masa remaja. Malah wajah akan lebih berseri dengan perjalangan darah yang lancar pada wajah.

Yang buruk apabila…

Gua Sha boleh mendatangkan kesan yang melibatkan gosokan kulit dengan batu. Ia boleh menyebabkan saluran darah terganggu (bila kamu menekan kulit dengan cara mengurut yang salah), dan boleh menyebabkan lebam dan pendarahan kecil.

Pakar menekankan bahawa kamu tidak boleh mengurut di seluruh wajah tanpa arah, kamu memerlukan beberapa metodologi. Untuk dapatkan wajah yang runcing dan menarik, disarankan urut wajah menggunakan Gua Sha sebanyak tiga kali seminggu secara konsisten!

@mountlai

if you’re only going to watch one video about how to gua sha, this is it! #mountlai #guasha #guashatutorial #guashafacial #guashatool #guasharoutine #guashatips #calmingherbalrepair #tremellatonic

♬ original sound – Mount Lai

Kata pakar, sebaiknya lakukan rutin ini pada waktu pagi selepas cleansing, bila wajah kelihatan agak bengkak sejurus bangun tidur. Letak juga facial oil atau serum sebelum mula rutin Gua Sha. Pastikan kamu prep wajah dahulu untuk hasil yang luar biasa. Tapi Gua Sha boleh saja dilakukan untuk rutin malam sebelum tidur.

Selamat beramal!

Jisoo Dinobat Sebagai Wanita Tercantik Dunia 2025, Terkejut Tengok Siapa Yang Bersaing
bella hadidgua shamuka runcing
https://lomp.at/kqb3k
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @missfazura (IG)
Kecantikan

Tak Perlu ‘Over’ Kontur, Ini Cara Paling Senang & Cepat Capai Hidung Mancung Sebelum Raya!

by Nurul A.
March 12, 2026

Apabila menyentuh mengenai ciri wajah, bahagian yang sering menjadi kebimbangan para wanita adalah hidung. Bukan apa, MURAI dapati ramai juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara