Terletak diantara lembah Pergunungan Apennine dan Laut Adriatik di tengah Itali, Piobbico adalah sebuah bandar zaman pertengahan yang penuh dengan bangunan batu besar dan dikelilingi oleh hutan subur. Walaupun ibu kota ini nampak cantik dan sempurna, tetapi Piobbico terkenal dengan “keburukan” rakyatnya.
Meraikan “Keburukan” Selama 140 Tahun Yang Lalu
Untuk menjadi ahli persatuan, ahli kelab yang berpengalaman bertanggungjawab untuk menilai dan mengukur tahap “keburukan” ahli ahli baru. Mereka yang berpotensi akan diberikan markah daripada “keburukan yang tidak dapat dikesan” kepada “hodoh luar biasa”.
Walau bagaimanapun, ahli kumpulan itu tidak semestinya hodoh kerana kelab ini lebih tertumpu kepada meraikan kecantikan dalaman tanpa memikirkan apa yang akan dikatakan orang lain.
Satu Dunia Berkumpul Memilih Ketua Kelab Hodoh
Pada Ahad pertama di bulan September, orang ramai berkumpul dari seluruh dunia untuk mengambil bahagian dalam Festival Hodoh Tahunan Piobbico. Memetik BBC Travel, pada hari tersebut, setiap ahli akan memilih ketua kelab, mendaftar ahli baru dan memakan pasta dan truffles tempatan.
Jadi negara yang meletakkan begitu banyak penekanan kepada public figure harus mencontohi negara di Itali ini dengan membuktikan bahawa menjadi diri sendiri lebih baik dan ini adalah definisi cantik yang sebenarnya. Embrace yourself!






