Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Polis Panggil Bantu Siasatan, Siti Nurhaliza Sedia Beri Kerjasama

Siti dan keluarga juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka

by Khai Azfar
May 4, 2021
Share on Facebook

Susulan daripada kontroversi penganjuran majlis tahnik anak keduanya, Dato Sri Siti Nurhaliza menerusi sebuah kenyataan media memaklumkan bahawa pihaknya sedia memberi kerjasama sepenuhnya kepada polis.

Siti Perjelas Keadaan Sebenar

Dalam kenyataan itu, Siti menepis dakwaan Ustaz Azhar Idrus kononnya merentas negeri semata-mata untuk hadir ke majlis tersebut. Jelas Siti, pendakwah itu bersetuju untuk hadir kerana secara kebetulan dia turut berada di sini atas urusan kerja.

“Kami ingin memaklumkan tiada aktiviti rentas negeri berlaku. Sebaliknya, individu (Ustaz Azhar Idrus) itu bersetuju hadir kerana kebetulan beliau berada di Kuala Lumpur pada tarikh majlis itu diadakan,” kata Siti dalam kenyataan media

Dedah pelantun Anakanda itu lagi, majlis yang diadakan juga mematuhi syarat Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana menghadkan jumlah tetamu dalam satu masa.

“Majlis terbahagi kepada tiga sesi dengan bilangan tetamu terhad, dihadiri keluarga terdekat serta kumpulan Mawlid untuk mengambil keberkatan fadhilat sunat mengadakan tahnik dan memberi nama kepada anak mengikut sunnah Rasulullah.

“Mengenai acara tahnik sebelah siang yang dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ia bukanlah majlis khas seperti yang disangka.

“Sebaliknya, beliau hanya singgah untuk menyempurnakan bacaan doa dan tahnik sebelum terpaksa bergegas pulang untuk urusan lain,” katanya lagi

Siti Dan Keluarga Mohon Maaf

Dalam pada itu, Siti dan keluarga juga mengambil kesempatan untuk memohon maaf secara terbuka sekiranya penganjuran majlis tersebut menyinggung perasaan rakyat Malaysia.

“Kesempatan ini juga kami ingin memohon maaf jika apa yang berlaku ini menerbitkan rasa kurang senang kepada mana-mana pihak.

“Kami memahami dan berlapang dada dengan setiap teguran yang diberi. Kami juga bersedia memberi sepenuh kerjasama kepada pihak berkuasa jika diperlukan.

“Ini adalah kenyataan terakhir daripada kami mengenai isu ini. Saya ingin fokus berpantang selepas melahirkan Muhammad Afwa dan berharap agar perkara ini dapat diselesaikan serta difahami dengan baik,” katanya menutup kenyataan tersebut

Susulan itu, memetik laporan Sinar Harian,  polis akan memanggil penganjur majlis tahnik anak penyanyi itu bagi membantu siasatan berhubung pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Topik Berkaitan Konsert Siti Nurhaliza Di Bulan Rejab, Pendakwah Bebas Sedih & Kongsi Pandangan

Polis Akan Panggil Pihak Berkaitan

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, pihaknya sudah mengenal pasti penganjur majlis berkenaan dan akan dipanggil dalam masa terdekat.

Difahamkan, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya mengesan satu artikel sebuah portal berita pada Isnin berkaitan ketidakpuasan hati netizen dalam satu majlis yang diadakan oleh seorang selebriti tanah air di kediamannya di Bukit Antarabangsa Ampang, Selangor.

“Terdapat juga beberapa gambar di dalam artikel tersebut menunjukkan kehadiran beberapa individu kenamaan dan penceramah agama terkenal ke majlis berkenaan.

“Selain itu, IPD Ampang Jaya menerima satu laporan polis berkaitan isu berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Muhammad Farouk juga a meminta orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi kerana kes masih lagi dalam peringkat siasatan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
siti nurhaliza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara