Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Netizen Kecewa Prestasi Skuad Harimau Malaya Merosot

Malah ada juga yang memperli pasukan negara

by Puteri Alia
October 7, 2021
Foto - Utusan

Foto - Utusan

Share on Facebook

Perlawanan persahabatan bola sepak antarabangsa yang berlangsung semalam, menyaksikan kekalahan teruk skuad Harimau Malaya menentang Jordan 4-0 di Stadium King Abdullah II, Amman, Jordan.

Netizen Kecewa Prestasi Harimau Malaya Merosot

Berasa kecewa melihat aksi yang dipamerkan skuad Harimau Malaya, membuatkan warganet memberi kritikan di media sosial dan ramai menganggap prestasi pasukan bola sepak kebangsaan semakin menurun berbanding tahun-tahun sebelumnya.

Malah warganet juga mengaitkan penularan Covid-19 merupakan salah satu punca, aksi pemain pasukan kebangsaan merosot.

Foto – Twitter

“#HarimauMalaya ‘peak’ ditahun 2019 dengan aksi yang sangat baik dan berdaya saing. Ramai yang yakin Malaysia mampu layak ke pusingan akhir WCQ ketika itu. Covid-19 betul-betul merencatkan progress pemain dan pasukan.”

“Rindu ‘gameplay’ HM masa 2018-2019! Kan sepatutnya bulan Mac 2020 ada perlawanan untuk kelayakan piala asia dan dunia, tapi tunda sebab Covid!

Pertengahan 2021 baru dapat beraksi. Impak ketara mencacatkan ‘gameplay’ HM, dan sampai sekarang masih mencari-cari keserasian.” Ciap mereka

Bermain Seperti Tiada Formasi Dan Taktik

Bukan itu sahaja, warganet turut menyentuh soal formasi, taktikal dan posisi pemain skuad Harimau Malaya dalam aksi persahabatan menentang Jordan seolah-olah bercelaru serta tiada formasi atau taktik ketika bermain.

Foto – Twitter

“Malaysia main formasi apa lawan Jordan? Main 3 ‘defender’ ke? Gol ketiga dan keempat nampak ‘defend’ macam tak tahu nak ‘marking’ siapa.”

“Kalah tak apa, tapi ‘gameplay out’. ‘Passing out.’ ‘Tactical out’. Posisi pemain pun ‘out.’ Harap baiki ‘gameplay untuk #HarimauMalaya.” Ciap mereka lagi

Netizen Anggap Skuad Harimau Malaya Tidak Bersedia Lawan Pasukan Tier 1

Melihatkan corak permainan pemain pasukan kebangsaan semalam, warganet turut merasakan pasukan negara tidak bersedia untuk berlawan dengan pasukan ranking ke-93 dunia itu.

Topik Berkaitan Benarkah Kuala Lumpur Jadi Destinasi Paling Popular Di Asia Tenggara Pada 2026?

Malah ada juga yang memperli pasukan negara dengan mengatakan, skuad Harimau Malaya belum tentu akan menang sekiranya berlawan dengan Vietnam atau Thailand.

Foto – Twitter

“Aduhai, ‘friendly tier 1’ tapi pasukan kita nampak tiada persediaan untuk main bola pun…”

“Berapa tahun lagi nak ‘develop’ bola sepak ni…. Tak payah ‘friendly’ jauh-jauh lah.. ‘Friendly’ dengan Vietnam dengan Thailand pun belum tentu menang… #HarimauMalaya” Ciap mereka

Netizen Mahu Jurulatih Ditukar Sekiranya Kalah Dengan Uzbekistan

Dalam pada itu, warganet gusar dengan perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Uzbekistan pada Sabtu ini . Merea berharap agar jurulatih dapat perbaiki pemain dengan memberi fokus pada bahagian pertahanan pasukan.

Namun ada juga warganet yang bersikap agresif, dengan memberi pandangan mahu jurulatih ditukar sekiranya pasukan kebangsaan kalah menentang pasukan Uzbekistan.

Foto – Twitter

“Sekian sahaja perkongsian pendapat ini. Senang cakap masih banyak yang perlu diperbaiki. Harap-harap jurulatih Tan Cheng Hoe fokus dulu kemahiran bertahan kita.”

“Kalau Malaysia kalah lagi lawan Uzbekistan nanti. Sila tukar jurulatih.” komen mereka

Meski ramai rakyat Malaysia yang kecewa dengan keputusan perlawanan persahabatan skuad Harimau Malaya menentang Jordan, tapi ia tidak bermakna pasukan kebangsaan tidak boleh bangkit dalam menentang pasukan Uzbekistan pada hari Sabtu ini nanti.

Doakan yang terbaik untuk pasukan kebangsaan, Malaysia boleh!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
bola sepakHarimau MalayajordanMalaysiauzbekistan
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - KC Global Media
Sukan

KC Global Media Umum Siri Pengembaraan Terbaru “AXN Ultimate Challenge: Sarawak”

by Nurul A.
July 30, 2026

KC Global Media Asia mengumumkan pelancaran siri pertandingan realiti pengembaraan terbaharunya, "AXN Ultimate Challenge: Sarawak". Siri ini merupakan kerjasama antara...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    Meja Bulat & CCTV Jadi Bukti, Sami Thailand Seleweng Dana Kuil & Jalin Hubungan Sulit 

  3. 3

    Cadangan PU Riz Henti Pelihara Anjing Tuai Kecaman -“Saya Personally Tak Suka Anjing”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara