Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Produk Wangian Berterabur Atas Jalan Raya’- Achey Bergegas Ke Lokasi Kemalangan

Achey  menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian.

by Phic ARMAN
May 3, 2021
Share on Facebook

Menerusi sebuah video yang baru dimuatnaik di Instagram, pelawak & penyanyi, Achey dilihat berkejar ke lokasi kemalangan di mana lori membawa muatan produk wangian, SugarBomb yang dianggarkan bernilai RM100,000 terbalik di Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) berhampiran susur keluar Damansara menghala ke ibu negara, baru-baru ini.

Difahamkan kejadian itu berlaku sekitar jam 4 petang itu dan lori tersebut dalam perjalanan dari Bukit Raja, Klang ke Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC). Dari info yang Murai MY perolehi, kemalangan berpunca dari salah satu tayar belakang kenderaan itu meletup.

Dalam video tersebut, ribuan produk berterabur dan pecah atas jalan raya, namun bernasib baik tiada kecederaan dilaporkan.

Video itu telah mencuri perhatian warga netizen apabila ditonton hampir 700,000. Ramai memuji keprihatinan Achey yang sanggup bergegas ke lokasi kemalangan walaupun dalam keadaan jalan raya sesak.

Achey yang juga duta SugarBomb berkata, atas dasar tanggungjawab, dia tidak kisah meninggalkan kerja lain apabila mengetahui lori yang membawa muatan produk SugarBomb berdepan kemalangan.

“Sehari sebelum kemalangan, satu kontena produk SugarBomb terbakar di Sarawak, ia disusuli pula dengan kejadian ini. Syarikat SugarBomb tentulah mengalami kerugian besar, namun ia juga disifatkan sebagai ujian pada bulan Ramadan.

“Saya memuat naik video kemalangan bukannya sengaja mahu menarik perhatian, sebaliknya saya memerlukan doa orang ramai. Bagaimanapun, saya tidak menyangka video berkenaan tular.

“Saya sendiri terkejut apabila tiba ke lokasi kemalangan, produk berterabur dan bau harum semerbak atas jalan raya. Tidak dinafikan, banyak produk pecah dan rosak, tetapi masih ada yang boleh diselamatkan,” katanya.

Achey  menaiki motosikal bersama isteri dan anak bergegas ke lokasi kejadian. Setelah sampai ke tempat kejadian, dia melihat petugas SugarBomb bertungkus lumus mengutip produk yang berterabur atas jalan raya.

[VIDEO] Penampilan Anak Achey Buat Netizen Terhibur!-"Mekap Dah, Baju Raya Dah, Tapi.."

Achey berkata, dia sedar dirinya tiada memiliki pakej sempurna, namun kekurangannya itu perlu digantikan dengan sikap tanggungjawab dan amanah yang diberikan.

“Alang-alang jadi duta produk, saya akan pastikan produk yang diwakili betul-betul laku. Saya tidak mahu jadi duta sekadar bergelar duta sahaja, itu tidak bermakna apa-apa.

“Tanggungjawab saya memastikan produk laku keras, barulah syarikat puas hati dengan hasil usaha kita,” katanya.

Sementara itu, Pengurus Pemasaran SugarBomb, Mohammad Syafiq Yon Afrizal berkata, lori yang membawa muatan barangan dalam perjalanan ke PWTC untuk menghantar produk wangian badan, penyegar udara dan wangian rumah bagi satu acara yang dijadual berlangsung, keesokannya.

https://murai.my/wp-content/uploads/2021/05/WhatsApp-Video-2021-05-03-at-12.36.29-AM.mp4

“Kami bersyukur pemandu dan kelendan lori tidak mengalami kecederaan, biarpun sebahagian produk rosak dan bertaburan atas jalan raya.

“Agak malang apabila tayar belakang lori meletup hingga menyebabkan pemandu hilang kawalan, sebelum terbalik di lorong kanan. Acara disertai tetap diteruskan, produk rosak terpaksa digantikan dengan yang lain,” katanya.

acheySugarBomb
https://lomp.at/nbdpp
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
Indonesia

Konsert ‘Senandung Di Kuala Lumpur’ Bakal Gegar Ibu Kota Pada Mei Ini

by Naddy Joe
February 20, 2026

 Peminat muzik berjiwa retro dan jazz-pop bakal disajikan dengan sebuah pengalaman istimewa menerusi konsert “Senandung Ria Di Kuala Lumpur”, anjuran...

Read moreDetails
Filem

5 Info Menarik Tentang “Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku?” Yang Buat Hati Penonton Tak Tenang

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Filem Indonesia memang terkenal dengan naskhah yang pandai main emosi. Yang terbaru, Tuhan, Benarkah Kau Mendengarku? kini bersedia pula mengetuk...

Read moreDetails
Berita

Zarina Anjoulie Pertahan Betty Rahmad Isu Dituduh Biadap Dengan Penjual Di Singapura?

by Naddy Joe
March 4, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad sebelum ini menjadi bualan netizen didakwa biadap selain meninggikan suara terhadap pekerja di sebuah...

Read moreDetails
Spotlight

Sarimah Ibrahim ‘Sound’ Artis Kritik Drama Tempatan- “Jangan Hentam Industri Sendiri!”

by Phic ARMAN
March 16, 2026

Dunia drama tempatan sekali lagi jadi topik perbualan hangat apabila beberapa selebriti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap jalan cerita...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara