Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

PU Syed Tegur Penampilan Seksi, Liyana Jasmay Akui Memang Suka Bergaya Begitu

by Puteri Alia
September 24, 2025
Share on Facebook

Selebriti popular, Liyana Jasmay memilih untuk berlapang dada dengan setiap teguran yang diterima, termasuklah kritikan pendakwah bebas PU Syed yang menegur penampilannya yang dianggap terlalu seksi dan boleh menjurus ke arah keburukan. Menurut Liyana, 37, kritikan adalah perkara biasa dalam dunia seni dan dia tidak akan melenting hanya kerana berdepan komen yang kurang menyenangkan.

“Apa sahaja komen yang baik atau buruk, saya terima dengan hati terbuka. Tidak pernah terdetik rasa marah atau sakit hati. Saya terima segala teguran. Semoga doa yang baik kembali kepada saya dan mereka yang mendoakan,” katanya. Ujar penyanyi lagu Aku Tak Percaya Cinta itu lagi, selagi teguran tidak menyentuh soal ibu bapa, dia tidak akan mengambil hati dan sentiasa memilih untuk memaafkan sesiapa sahaja. “Yang bercakap buruk pun saya maafkan. Tolonglah tegur kalau saya ada buat silap kerana saya tak pernah ambil hati kecuali mereka sentuh fasal ibu bapa,” tambahnya.

Mengulas tentang kritikan terbuka PU Syed, Liyana mengakui dirinya jarang membaca komen netizen di media sosial dan hanya mengetahui tentang perkara itu apabila dimaklumkan orang sekeliling. “Saya tidak baca komen di media sosial, itu hak mereka. Sebagai selebriti, setiap orang ada hak untuk menyuarakan pendapat. Jadi apa sahaja yang ingin dikatakan, terpulang pada diri masing-masing. Saya tak mahu halang atau marah. Saya ada banyak benda lain nak buat, biasanya orang sekeliling yang akan maklumkan pada saya,” jelasnya.

Liyana sebelum ini menerima kecaman hebat kerana penampilannya yang dianggap terlalu seksi, namun dia tetap terbuka menerima nasihat yang baik untuk dijadikan panduan memperbaiki diri pada masa depan. Malah, dia tidak menafikan memang gemar bergaya seksi, tetapi pada masa sama menghargai teguran yang disampaikan dengan niat baik.

Gayakan Skirt Pendek, Ada Peminat Kecewa Dengan Liyana Jasmay?
Foto – @liyanajasmay (IG)

Susulan kenyataan Liyana, PU Syed pula tampil mengingatkan bahawa setiap tindakan perlu dinilai berdasarkan hukum halal dan haram. Katanya, sesiapa yang memulakan sesuatu amalan buruk akan menanggung dosa bukan sahaja untuk dirinya, tetapi juga bagi mereka yang mengikutinya.

liyana jasmay
https://lomp.at/u0btj
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Anzalna Nasir Mahu Turun Padang Bantu Keluarga Yang Memerlukan Bantuan-“Semoga Sedikit Usaha Ini…”

by Naddy Joe
February 23, 2026

Pelakon, Anzalna Nasir meluahkan rasa pilu setiap kali berbuka puasa di bulan Ramadhan apabila mengenangkan pihak yang tidak berkemampuan tidak...

Read moreDetails
Berita

Uyaina Arshad Gemar Amalan Berpantang Secara Tradisional, Peminat Setuju! -“Bantu Sembuh Dengan Lebih Cepat..”

by Naddy Joe
February 4, 2026

Umum mengetahui pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad telah selamat melahirkan cahaya mata ketiga pada 28 Januari lalu. Selamat melahirkan cahaya...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Lokal

Diana Danielle Tak Benarkan Anak Lelaki Berlakon, Cetus Pelbagai Reaksi Netizen!-“Bagi Muhammad Belajar Rajin-Rajin..”

by Naddy Joe
February 16, 2026

Pelakon, Diana Danielle membuat perkongsian bersama peminat mengenai hasrat anak lelakinya yang mahu menceburi industri seni untuk menjadi seorang pelakon....

Read moreDetails
Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  4. 4

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  5. 5

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara