• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

by Phic ARMAN
July 31, 2017
Share on Facebook

Liputan media hari ini terhadap seseorang artis mengalami beberapa perubahan seiring dengan peredaran zaman. Artis hari ini bertuah kerana lebih mudah mendapat liputan media berbanding artis terdahulu.

Jika dahulu liputan media hanya diberi berlandaskan kepada pencapaian seseorang artis tetapi kini sebaliknya. Ada artis yang popular kerana gosip bukannya berlandaskan bakat atau pencapaian.

Sejak kebelakangan ini kes wanita wanita ada hubungan dengan lelaki bergelar suami di kalangan selebriti semakin menjadi-jadi. Tahun ini sahaja kita dah dengar dua hingga tiga pasangan selebriti yang mengalami masalah rumah tangga angkara orang ketiga. Namun masih ramai tidak sedar bahawa isu sebegini dapat menaikkan nama sekaligus publisiti yang meluas.

Dengan menggunakan modus operandi yang sama, kes ganggu suami ini biasanya dicetuskan oleh si isteri dengan mengeluarkan pelbagai bukti dan kenyataan kepada media tentang skandal si suami bersama orang ketiga.

Jom lihat beberapa kes yang pernah berlaku sebelum ini di kalangan selebriti yang mendapat publisiti yang meluas.

Rita Rudaini dan Aqasha

Kes Rita Rudaini dan Aqasha ini bermula apabila isteri Aqasha iaitu Baizura telah berang dengan seorang Rita dikatakan telah menjadi punca pergolakan rumah tangga mereka. Sementara itu, akaun Instagram Rita terus dibanjiri dengan komen dari netizen yang mengkritik pelakon itu dan menyifatkan Rita sebagai ‘perosak rumah tangga’.

Nampaknya dari kes sebegini, langsung tidak menjadikan tamparan pada Rita walaupun ramai mengecam dirinya. Aqasha sendiri pun dapat menghadapi gosip ini dengan penuh tenang tanpa ada masalah. Yang serabut otak adalah dikalangan netizen yang sibuk melaga-lagakan pasangan suami isteri ini.

Yang penting kedua-dua selebriti ini terus menjadi sebutan di dalam dunia hiburan, sekaligus menjadi lebih popular dan semakin dikenali. Maka banyaklah drama yang bakal menampilkan lakonan mereka. Suatu perkara yang positif untuk mereka bukan?

Abby Abadi Tersentuh Dengar Nasihat Bapa Amira Othman-"Buat Saya Nangis, Ingat Arwah Ayah Dulu’”

Memey Suhaiza & Norman Hakim

Kita imbau kembali kes yang serupa pernah berlaku sebelum ini. Pelakon, Memey atau nama sebenarnya Suhaiza Suhaimi tidak sepopular seperti hari ini. Namanya semakin dikenali selepas mencetuskan kontroversi menjalinkan hubungan dengan Norman Hakim. Ketika itu Norman masih menjadi suami kepada Abby Abadi.

Isu hangat tersebut menyebabkan krisis rumah tangga Norman dan Abby apabila keluar di akhbar-akhbar tempatan. Walaubagaimanapun Abby dan Norman bercerai dan berkahwin dengan Memey. Kehidupan Norman dan Memey bahagia hingga sekarang.

Afifah Nasir & Aliff Aziz

Kini perkara sebegini berlaku sekali lagi dan modus operandi seolah-olah agak sama. Nama Afifah Nasir tidaklah begitu dikenali sebelum ini. Apakah yang menyebabkan namanya menjadi sebutan masa kini? Ya, kontroversi yang mendadak. Kehangatan isu sebegini tidak berpanjangan, cuma populariti mangsa kecaman netizen akan berterusan selagi ia menjadi subjek kepada isu masalah rumah tangga Aliff Aziz dan isterinya.

Terlalu mudah untuk seseorang selebriti untuk mendapatkan publisiti yang meluas tanpa ada pencapaian. Tetapi apakan daya, mentaliti masyarakat yang gemarkan isu hangat kehidupan privasi artis kesayangan mereka.

Seperti kata Ratu Jazz Malaysia, Sheila Majid dalam Sinar Harian, seseorang artis itu harus memastikan dirinya mempunyai bakat dan kualiti yang baik untuk melayakkan nama dan ceritanya ditulis di akhbar dan bukanlah kerana gosip ataupun kontroversi.

abby abadiafifah nasiraliff azizAnzalna NasiraqashaBella Astillahkisah rumahtanggamemey suhaizanorman hakimrita rudaini
https://lomp.at/uowbj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @amiraaothman (IG)
Lokal

Masuk Hospital Kerana Hamil? Ini Jawapan Amira Othman

by Nurul A.
November 26, 2025

Desas desus mengenai berita kehamilan Amira Othman muncul selepas penyanyi itu ditahan di hospital dan tidak dibenarkan terbang ke Korea...

Read more
Foto - @aintmeemrawnoon (IG)
Lokal

Engku Emran Hantar Anak Ke Oxford, Tapi Lain Pula Netizen Perhatikan- “Akhirnya Dapat Bertemu…”

Jujurnya mana-mana ibu bapa pasti bangga jika anak berjaya mencapai kejayaan seperti Engku Aleesya di usia yang sangat muda. Beberapa...

Read more
by Nurul A.
December 15, 2025
Foto - @kajol (IG)
Bollywood

Rupanya Ajay Devgn Tak Suka Sikap Kajol Ketika Pertama Kali Jumpa- “Dia Sangat Bising”

Pasangan selebriti Bollywood, Ajay Devgn dan Kajol sudah berkahwin hampir tiga dekad. Walau bagaimanapun, pertemuan awal mereka pada mulanya agak...

Read more
by Nurul A.
October 30, 2025
Lokal

Nyawa Terancam, Zizi Kirana Dedah Kapal Misi Gaza Dihujani Letupan

Berbaki seminggu sebelum pelayaran Global Solidarity Flotilla (GSF) tiba di Gaza, suasana di atas kapal yang membawa misi kemanusiaan itu...

Read more
by Puteri Alia
September 24, 2025
Foto - @hamishdw (IG) / @sab_sash (IG))
Indonesia

Hamish Daud Tampil Perjelas Hubungan Dengan Sabrina Alatas- “Dia…”

Suami penyanyi Raisa, Hamish Daud tampil menafikan khabar angin kononnya dia mempunyai hubungan sulit dengan cef Sabrina Alatas. Khabar angin...

Read more
by Nurul A.
November 7, 2025
Foto - @sab_sash (IG)
Indonesia

Didakwa Orang Ketiga Dalam Rumah Tangga Raisa, Sabrina Alatas Dilaporkan Sedang Hamil

Di tengah-tengah prosiding perceraian pelakon Hamish Daud dan penyanyi Indonesia, Raisa Andrianna, muncul pula satu isu panas yang melibatkan cef...

Read more
by Nurul A.
November 5, 2025
Lokal

Hati Umisya Remuk, Sedih Sangat Baca Netizen Doa Anaknya Warisi Sifat ‘Poligami’ Aslam

Pempengaruh media sosial, Umisya Mazlan tampil menjernihkan keadaan apabila sekali lagi menjadi tumpuan susulan isu rumah tangga melibatkan suaminya, Ahmad...

Read more
by Puteri Alia
November 12, 2025
Lokal

Farahdhiya Sebak Lihat Ibu Kembali Pulang Ke London-“Tolong Jaga Diri..”

Penyanyi dan pelakon, Farahdhiya meluahkan rasa sebak apabila ibunya kembali pulang ke London  setelah hampir tiga bulan bersamanya di Malaysia...

Read more
by Naddy Joe
November 20, 2025
Foto - @kimkardashian (IG)
Hollywood

[VIDEO] Kim Kardashian Akhirnya Dedah Sebab Perceraian Dari Kanye West- “Saya Nak Selamatkan…”

Selepas tiga tahun, bintang realiti dan usahawan Kim Kardashian akhirnya membuka mulut, mendedahkan mengapa dia memilih untuk bercerai dengan bekas...

Read more
by Nurul A.
November 3, 2025
Lokal

Dihalang Jumpa Isteri, Kamal Adli Hadiahkan Telekung Buat Uqasha Demi Pujuk Hati Yang Tertutup

Bagi memujuk insan tersayang yang kini menjauh, pelakon Kamal Adli memilih cara paling lembut dan penuh simbolik, menghadiahkan sepasang telekung...

Read more
by Puteri Alia
October 28, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    VIDEO Keakraban Tunku Azizah & Permaisuri Suthida Selepas Raih Emas Buatkan Rakyat Terpesona

  2. 2

    Perodua Traz VS Toyota Yaris Cross: SUV Kembar, Harga Jauh Beza, Mana Sebenarnya Lebih Berbaloi?

  3. 3

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    Busana Madammu Raih Pujian, Netizen Terpesona di Pembukaan Flagship Store Noir

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore