Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Pulangkan Gelaran Datuk Lebih Baik’- Pesan Tengku Abdullah

by Khai Azfar
January 18, 2018
Share on Facebook

Berita penahanan Datuk Farid Kamil Zahari baru-baru ini ternyata mengejutkan ramai pihak. Dituduh atas empat pertuduhan jenayah, ramai yang tidak sangka akan kes tersebut kerana dia baru sahaja menerima Darjah Indera Mahkota Pahang (DIMP) yang membawa gelaran Datuk sebulan yang lalu.

Bagaimana mungkin seseorang yang ternama boleh melakukan sedemikan rupa? Itulah antara persoalan yang timbul dari peminat.

Tengku Abdullah Menerima Baik Sekiranya Darjah Kebesaran Dipulangkan

Terbaru menerusi perkongsian Kosmo Online, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah selaku pemangku Raja Pahang menzahirkan rasa dukacita terhadap individu yang menerima darjah kebesaran Pahang dan terlibat dengan kes yang tidak sepatutnya.

“Semua individu yang mendapat Datuk, telah tersurat dan tersirat dalam etika untuk (layak) memakai gelaran ini. Kalau hendak diikutkan hati, nak tarik semua (anugerah kebesaran negeri). Saya dukacita kalau terdapat individu yang digelar Datuk berkelakuan seperti ini. Kalau dia hendak pulangkan, terpulanglah. Kalau dia sedar dan dia hendak pulangkan, itu lebih baik,”

Bukan Menghukum

Tambah Tengku Abdullah kenyataan tersebut diberi bukanlah mahu menghukum sebaliknya ianya sebagai peringatan untuk diri sendiri bagi mereka yang tersilap langkah. Jika berlaku perlanggaran etika pemakaian darjah kebesaran itu, Tengku Abdullah menggesa supaya jawatankuasa yang berkenaan dapat mengambil tindakan sewajarnya.

“Kita bukan hendak menghukum mana-mana pihak tetapi mereka sendiri tersilap langkah,”

Adakah Farid akan memulangkan semula darjah kebesaran tersebut? Besar kemungkinan Farid akan melakukannya kerana dia sememangya seorang yang bertanggungjawab malah ketika di mahkamah dia tetap memberi kenyataan balas meskipun dalam tahanan reman.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk farid kamiltengku abdullah
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara