Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) tampil dengan tiga program pembiayaan baharu yang direka khas untuk membantu usahawan Bumiputera mendapatkan pembiayaan dengan lebih pantas dan fleksibel.

Menerusi PROSPER GROW Biz Express, PROSPER GROW Fuel Up dan PROSPER GROW Auto Biz, usahawan yang layak boleh menikmati kadar pembiayaan bermula serendah 3.5% setahun bagi produk terpilih. Menariknya, bagi Biz Express, dana boleh disalurkan seawal 12 hari bekerja, tertakluk kepada dokumen lengkap dan penilaian kredit.

Ikut Keperluan Bisnes, PUNB Bukan Sekadar Pinjaman

PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera
Izwan Zainuddin, Chief Executive Officer of Perbadanan Usahawan Nasional Berhad.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif PUNB, Izwan Zainuddin, usahawan hari ini bukan sahaja memerlukan jumlah pembiayaan yang sesuai, malah proses yang lebih cepat dan fleksibel supaya mereka tidak terlepas peluang mengembangkan perniagaan.

Biz Express menawarkan pembiayaan antara RM100,000 hingga RM300,000 kepada usahawan dalam sektor peruncitan, perdagangan pengedaran dan pembuatan.

Bagi pengusaha stesen minyak Bumiputera pula, PROSPER GROW Fuel Up menyediakan pembiayaan sehingga RM1 juta untuk pembelian stok, manakala PROSPER GROW Auto Biz menyasarkan pusat servis automotif seperti rangkaian PETRONAS AutoExpert dengan pembiayaan bagi aset tetap dan modal pusingan.

Sasaran bilangan penerima dan jumlah keseluruhan dana yang diperuntukkan bagi ketiga-tiga program berkenaan adalah seramai 220 usahawan dengan jumlah keseluruhan dana sebanyak
RM80 juta.

PUNB Beri Nafas Baharu Kepada PKS

Pada pandangan MURAI, bukan semua usahawan perlukan pembiayaan yang besar, tetapi ramai perlukan akses yang cepat ketika peluang datang. Tempoh penangguhan bayaran prinsipal sehingga enam bulan juga dilihat memberi ruang kepada perniagaan untuk stabil sebelum mula membuat bayaran.

Kalau dimanfaatkan sebaiknya, inisiatif ini bukan sekadar membantu usahawan mendapatkan modal, malah mampu memperkukuhkan kedudukan PKS Bumiputera supaya lebih bersedia bersaing dalam pasaran yang semakin mencabar.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
2
Hearts
Hearts
3
Haha
Haha
4
Star
Star
3
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Izwan ZainuddinPerbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)PUNB
Share7Tweet5SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Petua Orang Dulu, 3 Bahan Ini Boleh Lebatkan Kembali Rambut Yang Gugur

  2. 2

    [REVIEW] Kudrat 1968: High Council, Ada Beberapa Perkara Yang Kurang Kena

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara