Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Bukan Mati Lemas? Kematian Tangmo Nida Diragui, Temui Luka Besar Di Peha

Luka pada kaki Tangmo dianggarkan sepanjang 30 sentimeter.

by Khai Azfar
March 3, 2022
Share on Facebook

Kematian pelakon popular Thailand, Tangmo Nida, 38 akibat terjatuh dari bot laju di Sungai Chao Phraya minggu lalu kini menjadi perhatian dunia.

Punca Kematian Tangmo Diragui 

Pada Sabtu lalu, mayat Tangmo ditemui selepas dikatakan terjatuh ke dalam sungai ketika ingin membuang air kecil pada malam Khamis. Menurut Bangkok Post, kematian mendiang disahkan akibat lemas susulan penemuan lumpur pada paru-parunya hasil laporan bedah siasatan.

Bagaimanapun, laporan tersebut turut menyatakan mereka menemui luka besar di paha kanannya tetapi masih belum mengesahkan puncanya selain turut menemui calar kecil di kaki kiri Tangmo. Susulan itu, punca kematian pelakon Ghost of Mae Nak itu diragui ramai berikutan terdapat pelbagai penemuan selain beranggapan rakan-rakannya turut terlibat dalam kes tersebut dan telah menolak mangsa. Malah kesan luka juga turut kelihatan pada mereka.

Bekas Pesuruhjaya Polis Tampil Dengan Teori Berbeza

Dalam perkembangan berkaitan, memetik laporan The Thaigar , bekas pesuruhjaya polis, Kamronwit Toopkrajang tampil mengulas kes Tangmo. Menurut Kamronwit dia menolak teori bahawa luka kaki Tangmo akibat terkena kipas bot.Sebaliknya, dia mendedahkan beberapa andaian yang mungkin menjadi kepada punca sebenar kematian aktres itu. Antara perkara yang dipersoalkan adalah :

  1. Jika Tangmo membuang air kecil di belakang bot, mengapa mayatnya ditemui dengan pakaiannya dalam keadaan utuh, seolah-olah dia tidak pernah cuba dibuka? Malah jaketnya juga masih dililit di pinggangnya. Kamronwit berkata cerita itu seperti terlalu ‘diada-adakan.’
  2. Forensik tidak dapat sahkan sama ada Tangmo terjatuh sendiri atau ditolak berikutan mayatnya berada terlalu lama di dalam air.
  3. Luka pada kaki Tangmo dianggarkan sepanjang 30 sentimeter. Dikatakan bilah kipas bot yang telah memotong arteri utama sekali gus mengehadkan keupayaannya untuk berenang. Bagaimanapun, Kamronwit menolak andaian tersebut kerana sekiranya ia berpunca dari kipas bot yang berputar , luka tersebut tidak akan terjadi secara bentuk lurus.
  4. Punca luka di kaki Tangmo juga tidak dapat mengesahkan ia terjadi sebelum atau selepas kematian. Menurut Kamronwit, dia tidak menolak sekiranya kaki Tangmo cedera sebelum lemas kerana dia masih hidup ketika terjatuh namun tidak dapat berenang disebabkan kecederaan tersebut. Malah keluarganya juga menyatakan Tangmo cekap berenang.

Selain itu,terdapat juga beberapa teori lain yang dikemukan oleh netizen di negara itu dan turut beranggapan bahawa pembantu peribadinya, ‘Gatick’ Juthasuksawat atau lebih dikenali sebagai Kratik antara dalang terbesar dalam kes Tangmo.

Tangmo Nida
https://lomp.at/khs35
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara