• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Budaya Antarabangsa

Mayat Tangmo Nida Tak Jadi Dibakar! Polis Teruskan Siasatan

Terdapat beberapa keadaan mencurigakan pada mayat Tangmo

by Khai Azfar
March 14, 2022
Share on Facebook

Ibu kepada aktres Tangmo Nida, Panida telah meminta agar bedah siasat mayat anaknya itu dilakukan semula dan dipindahkan ke Institut Pusat Ilmu Forensik Kementerian Kehakiman.

Upacara Pembakaran Ditunda 

Susulan itu, seperti yang dilaporkan Bangkok Post, upacara pembakaran mayat Tangmo yang dijadualkan pada Isnin telah ditunda seperti yang dimaklumkan oleh peguam keluarga mereka, Kritsana Sriboonpimsuay pada Sabtu.

“Saya telah menyerahkan dokumen kepada penyelidik di Ibu Pejabat Polis Daerah 1, meminta mereka untuk membekukan tubuh sebelum memindahkan mayat ke Institut Pusat Ilmu Forensik,”

“Keluarga Tangmo yakin terdapat luka pada tubuh Tangmo dan ingin mengetahui punca kematian,” katanya

Pada 26 Februari lalu, mayat Tangmo telah dibawa ke Institut Forensik Perubatan untuk sesi bedah siasat selepas ditemui di Sungai Chao Phraya. Upacara memberi penghormatan terakhir buat aktres itu juga telah diadakan di Gereja Liberty Bangkok pada Jumaat hingga Ahad.

Polis Teruskan Siasatan 

Ketika ini, polis masih meneruskan siasatan dan memeriksa segala bukti yang berkemungkinan bertentangan dengan laporan awal mengenai kematian Tangmo berpunca dari kemalangan. Difahaman, tuntutan bedah siasat semula itu turut dicadangkan oleh pelakon dan petugas penyelamat, Ekkapun “Tide” Bunluerit yang merupakan orang pertama melihat mayat Tangmo sejurus dikeluarkan dari sungai.

Menurut Ekkapun, terdapat beberapa keadaan mencurigakan pada mayat Tangmo seperti beranggapan wajahnya seakan terkena pukulan benda keras, terdaapt luka di mata kanan dan beberapa giginya juga patah.

Untuk rekod, kes Tangmo mendapat liputan meluas sehingga ke peringkat antarabangsa selepas punca kematiannya mencetuskan pelbagai spekulasi berikutan dia dikatakan terjatuh dari sebuah bot di Sungai Chao Phraya dan mayatnya ditemui tiga hari selepas itu.

Tangmo Nida
https://lomp.at/tos21
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - The Independent/Reuters
Antarabangsa

Untunglah! Selain China, Rakyat Di 4 Negara Ini Kini Bebas Tanpa Pelitup Muka

by Puteri Alia
July 12, 2021

Seronoknya tak perlu pakai pelitup muka lagi! Itulah situasi yang dihadapi oleh rakyat di beberapa buah negara di luar negara,...

Read moreDetails
Antarabangsa

7 Fakta Tentang Hubungan Dingin Antara Puteri Diana Dan Ratu Elizabeth

by Jash Lee
October 3, 2020

Dicintai oleh ramai orang di seluruh dunia dan bukan hanya di England, Puteri Diana mempunyai daya tarikan yang tersendiri yang...

Read moreDetails
Antarabangsa

Lelaki Maut Dibaham Harimau Kerana Elak Bayar Tiket Masuk Zoo

by Phic ARMAN
January 31, 2017

Seorang lelaki dibaham hingga mati oleh harimau di sebuah zoo di China sangat mengerikan dan menjadi tontonan di media sosial...

Read moreDetails
Antarabangsa

5 Kelakuan Aneh Raja Thailand, Maha Vajiralongkorn Yang Pasti Mengejutkan

by Jash Lee
December 7, 2020

Thailand telah mengadakan demonstrasi selama lebih daripada tiga bulan. Demonstrasi ini dilakukan bagi mendesak Perdana Menteri Thailand iaitu Prayuth Chan-ocha...

Read moreDetails
Foto - (IG) @samara_progorod
Antarabangsa

McDonald’s Rusia Tutup 847 Cawangan Sementara Waktu, Apa Kes?

by Puteri Alia
March 9, 2022

Ekoran kemelut peperangan yang melanda antara Rusia dan Ukraine banyak syarikat-syarikat barat seperti Pepsi, Starbucks dan Burger King ditekan untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri 2026- Golongan Manakah Yang Layak Terima?

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  5. 5

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore