• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

Putera Diraja Dubai Yang Terkaya, Miliki 12 Benda Yang Paling Mahal Dalam Dunia!

by Soph Azz
July 8, 2021
Foto - Vogue Arabia

Foto - Vogue Arabia

Share on Facebook

Sheikh Hamdan bin Mohammed bin Rashid Al-Maktoum atau lebih mesra dikenali sebagai Fazza merupakan putera diraja yang terkaya di Dubai. Fazza merupakan seorang jutawan yang mempunyai nilai bersih kira-kira 11 angka. Sering berkongsi di Instagram tentang kehidupannya, nak tahu 12 benda mahal apakah yang dimilikinya?

McLaren P1

Supercar hibrid ini boleh memecut dari 0 sehingga 96km dalam masa 3 saat dengan kelajuan maksimum 349km sejam. Harga McLaren P1 ini bermula dari RM5.02 juta seunit.

Foto – Sarcasm.co

Menurut sumber, kereta pertama yang dihasilkan telah dibeli oleh seorang pembeli yang tidak didedahkan di Dubai. Kereta berwarna kuning dengan rim hitam itu dikatakan milik Fazza kerana dia mempunyai kereta yang bercirikan sama.

Kereta Amfibia 

Sebuah syarikat kereta di California, WaterCar telah menghasilkan kereta amfibia iaitu kereta yang boleh dipandu di atas darat dan air. Fazza yang kemudiannya membeli kereta The Python yang memiliki kelajuan 129km di darat dan 72km di atas air.

Foto – Pinterest

Fazza yang menyukai kereta tersebut telah membeli sebanyak 6 unit yang bernilai sebanyak RM3.76juta di mana sebuah kereta bernilai RM 628 ribu.

Estet Di Scotland 

Merupakan pemberian bapanya, estet Fazza mempunyai keluasan tanah sebanyak 63 ribu ekar. Fazza membina sebuah rumah singgahan yang mempunyai 14 buah bilik di tepi tasik. Mereka sering mengunjungi rumah singgahan tersebut setiap tahun untuk memburu.

Foto – Daily Record

Kuda Termahal Di Dunia 

Fazza dan bapanya telah membeli seekor kuda daripada baka-baka kuda yang menjadi juara perlumbaan yang bernilai RM12.55 juta. Kemudian dia membeli 2 ekor kuda lagi yang berharga RM7.53 juta seekor.

Foto – Pinterest

Selain menggunakan kuda-kuda ini untuk tunggangan biasa, Fazza juga sering terlibat dalam acara sukan kuda.

Unta Termahal Dalam Dunia 

Disebabkan oleh minatnya terhadap haiwan terutamanya unta, Fazza memiliki seekor unta yang bernilai RM11.3juta. Unta yang dimiliki olehnya ini telah memenangi pertandingan unta tercantik berbanding 17 ribu unta lain.

Foto – Pinterest

Lamborghini Veneno Roadster 

Hanya 9 buah kereta sahaja dihasilkan pada tahun 2014, Fazza telah memiliki 6 unit daripadanya. Lamborghini Veneno Roadster ini bernilai RM18.8 juta seunit dan Putera Diraja Dubai ini telah membelanjakan sebanyak RM113 juta.

Foto – Pinterest

Kereta ini mempunyai kelajuan tertinggi sebanyak 355km sejam dan enjim V12 6.5 liter serta 750 kuasa kuda.

Ferrari LaFerrari F12 Berlinetta

2 kereta hibrid edisi terhad ini telah dibeli di sebuah lelongan pada harga RM29.29 juta sehingga RM41.85 juta seunit. Fazza memiliki model F12 Berlinetta dengan enjin V12 6.3 liter dan 731 kuasa kuda. Kereta ini boleh memecut dari 0km sehingga 96km dalam masa 2.8 saat sahaja.

Foto – Pinterest

Hotel Palm Jumeirah Zabeel Saray 

Fazza yang telah melabur ke dalam hotel ini menjadikan dia sebagai ahli lembaga syarikat Zabeel. Dalam banyak-banyak hartanahnya, hotel ini merupakan hartanah yang paling cantik. Berdasarkan khabar angin, kos hotel ini menelan belanja sebanyak RM50.2 bilion.

Foto – Trip Advisor

Pesawat Boeing 787-10 Dreamliner 

Fazza dan keluarganya telah membeli 40 unit pesawat Boeing 787-10 Dreamliner ketika Pameran Udara dan Pesawat di Dubai. Kesemua pesawat yang dibeli bukan bertujuan untuk peribadi tetapi untuk tingkatkan sektor perniagaan pesawat di Dubai.

Foto – Pinterest

Harga bagi sebuah pesawat tersebut bermula dari RM1.28 bilion yang menjadikan kesemua 40 pesawat RM66.77 bilion.

Bugatti Veyron Grand Sport Vitesse 

Kereta model Grand Sport Vitesse yang mempunyai 1001 kuasa kuda dan boleh memecut sehingga 408.8km sejam ini dimiliki oleh putera diraja Dubai. Kereta ini dikenali sebagai supercar paling laju di dunia yang bernilai sekitar RM7.11 juta seunit.

Foto – Pinterest

Seangkatan Armada Kereta Kebal Ripsaw 

Syarikat kereta kebal Howe&Howe Technologies pernah menjual kereta kebal Ripsaw kepada Tentera Amerika Syarikat dan swasta. Fazza yang meminati kereta kebal Ripsaw (RM2.09 juta sebuah) ini telah membeli seangkatan armada kereta kebal.

Foto – Pinterest

Tiada siapa tahu berapa unit dan kos keseluruhan yang dibelanjakan oleh Fazza.

Kondominium Penthouse Termahal Di Kanada 

Walaupun tiada sesiapa dedahkan pemilik rasmi 3 kondominium penthouse Hotel Fairmont Pacific Rim di Vancouver, ramai yang sudah mengagak ia kepunyaan Fazza dan keluarganya kerana mereka sering dilihat berada di sana. Jumlah ketiga-tiga kondominium penthouse ini bernilai RM230 juta.

Foto – Pinterest

Tak dinafikan setiap satu benda yang dimiliki oleh Fazza sangat mahal dan bernilai besar. Cuba kamu kirakan kesemua jumlah, boleh terkejut dengan nilainya.

dubaifazzaputera diraja dubaiputera sheikh hamdan
https://lomp.at/fg8ol
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Personaliti

Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

by Phic ARMAN
August 1, 2025

Bila bercakap pasal kerabat diraja, selalunya yang kita nampak sekarang adalah sisi moden, elegan dan penuh protokol. Tapi baru-baru ini,...

Read moreDetails
Personaliti

Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

by Phic ARMAN
March 7, 2023

Baru-baru ini di laman TikTok, MURAI MY tertarik melihat video yang dimuatnaik oleh Dato’ Mohd Nazifuddin Najib atau lebih mesra...

Read moreDetails
Lokal

Tengku Salehuddin Terkilan Dengan Sikap Bekas Isteri, Minta Kembalikan Anak Semula Ke Malaysia

by Jash Lee
February 16, 2023

Baru-baru ini tular di media sosial, Instagram peribadi milik Tengku Indera Bijaya Diraja, Tengku Salehuddin Shah Alhaj atau lebih dikenali...

Read moreDetails
Personaliti

[VIDEO] Seorang Peninju, Kenali 4 Fakta Tentang Tengku Eddie Yang Didakwa Cederakan Pekerja

by Phic ARMAN
November 7, 2024

Tengku Eddie Akasya Tengku Abd Rahman, seorang individu yang kini menjadi perhatian ramai selepas didakwa mencederakan seorang pekerja, adalah anak...

Read moreDetails
Foto - @heygirlonline (IG)
Personaliti

Muncul Personaliti Baharu, Pakar Jelas “Otrovert” Bukan Introvert-Ekstrovert Tapi…

by Nurul A.
December 19, 2025

Sehingga ke hari ini, beberapa kajian personaliti secara umumnya telah membahagikan manusia kepada tiga kategori iaitu introvert, ekstrovert dan juga...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    [VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore