Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz

Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

by Phic ARMAN
April 6, 2026
Share on Facebook

Nama Tunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim atau dikenali dengan nama Putera Jefri  kini bukan sekadar dikenali di litar perlumbaan, malah semakin hangat diperkatakan di media sosial. Mana tidaknya, selain aksi konsisten bersama Johor Motorsports Racing (JMR), satu lagi sisi dirinya turut ‘naik’,  gaya komunikasi yang cukup lancar dan meyakinkan.

Sebagai antara pelumba muda yang aktif, Putera Jefri sering membawa nama JMR ke pelbagai kejohanan antarabangsa. Malah, musim ini juga cukup signifikan apabila pasukan tersebut menjalinkan kerjasama dengan Chevrolet sebagai rakan teknikal. Menerusi kolaborasi itu, beliau bersama Tunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim bakal memacu jentera Corvette Z06 GT3.R sepanjang musim perlumbaan.

Langkah ini bukan calang-calang, malah mencipta sejarah apabila JMR menjadi pasukan pertama di rantau ini menggunakan model tersebut. Sebelum ini pun mereka sudah berani ‘switch lane’ daripada AMG ke McLaren,  jadi tak hairan kalau JMR dilihat antara pasukan paling berani bereksperimen.

Namun, apa yang benar-benar mencuri perhatian MURAI kali ini bukan sekadar cerita di trek

Di media sosial, tular beberapa momen Putera Jefri bertutur dalam bahasa Inggeris, dan reaksi netizen? Memang padu. Rata-rata kagum dengan kefasihan serta sebutan beliau yang jelas, kemas dan ada ‘British slang’ yang pekat.

Ada yang menulis, “Fasih betul dia cakap bahasa Inggeris… adinda TMJ nombor lima tak silap saya ni,” menunjukkan betapa ramai yang mula ambil tahu tentang latar belakang beliau.

Tak kurang juga yang membalas dengan pandangan lebih santai, “Semua kerabat Johor belajar di London… nenek dia pun orang British, memang tak pelik kalau slang dia macam tu.”

@prince.jefri.ibra

♬ original sound – Prince jefri Ibrahim

Menariknya, bukan sekadar fasih, tetapi cara Putera Jefri menyusun ayat dan menyampaikan pandangan dilihat matang serta berkarisma. Dalam dunia sukan permotoran yang penuh dengan interaksi antarabangsa  dari pasukan teknikal, media hingga ke penganjur, kelebihan ini jelas memberi nilai tambah.

Bagi MURAI, ini antara contoh figura muda yang bukan saja ‘deliver’ di trek, tetapi juga tahu membawa diri di luar litar. Laju ada, karisma pun ada.

Tak hairanlah nama Putera Jefri kini semakin mendapat perhatian bukan hanya sebagai pelumba, tetapi sebagai personaliti yang lengkap pakejnya.

Bowers & Wilkins Memperkenalkan PX7 S3 Terbaru Dan PI8 Edisi McLaren
mclarenPutera JefriTunku Abdul Rahman Al-Haj Ibni Sultan IbrahimTunku Abu Bakar Al-Haj Ibni Sultan Ibrahim
https://lomp.at/mbshh
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Aidilfitri Makin Meriah! Penjawat Awam Selangor Dapat Bonus & Masuk Awal

by Ayu Kamaruddin
March 2, 2026

Menjelang Aidilfitri yang bakal tiba, berita yang pastinya menjadi antara pengumuman paling menggembirakan buat warga penjawat awam di Selangor. Kerajaan...

Read moreDetails
via Grok
Sosial Buzz

Log Masuk MyJPJ Guna MyDigital ID Ditangguh Lagi? Netizen Minta Sistem Betul-Betul ‘Ready’ Dulu

by Noe
March 2, 2026

Isu pelaksanaan log masuk tunggal menggunakan MyDigital ID menjadi bualan hangat dalam kalangan pengguna. Menerusi satu perkongsian di Reddit, seorang...

Read moreDetails
Sosial Buzz

[VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Dunia media sosial sekali lagi hangat apabila pempengaruh teknologi dan travel, Iman Kamil mengejutkan pengikutnya dengan penampilan terbaharu, bertatu penuh...

Read moreDetails
via Thread
Sosial Buzz

Popia ‘Big Mac’ RM2.50 Seunit Jadi Bualan, Pembeli Kecewa Inti Cuma Secebis

by Noe
February 26, 2026

Isu makanan bazar sekali lagi mencetuskan perbualan hangat apabila seorang wanita meluahkan rasa kecewa selepas membeli popia “Big Mac” berharga...

Read moreDetails
Insentif

Impian Ke Tanah Suci? Tabung Haji Lancar #menujuistitoah, Bantu Rancang Haji Lebih Awal

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan awal menunaikan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program baharu...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  2. 2

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  3. 3

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  4. 4

    Wak Doyok Tak Setuju Fesyen Lelaki Terlalu Feminin: “Jangan Campur-Campur, Lelaki Tetap Lelaki”

  5. 5

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara