Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Impian Ke Tanah Suci? Tabung Haji Lancar #menujuistitoah, Bantu Rancang Haji Lebih Awal

by Ayu Kamaruddin
February 25, 2026
17
KONGSIAN
Share on Facebook

Dalam usaha membantu lebih ramai rakyat Malaysia membuat persiapan awal menunaikan ibadah haji, Lembaga Tabung Haji (TH) melancarkan program baharu dikenali sebagai #menujuistitoah.

Inisiatif ini diperkenalkan sebagai program pendidikan dan pembabitan digital berskala nasional, selari dengan cabaran semasa termasuk peningkatan kos haji dan tempoh menunggu giliran yang semakin panjang.

Fokus Perancangan Lebih Tersusun & Berdisiplin

Pengerusi TH, Tan Sri Abdul Rashid Hussain berkata, program berkenaan dirangka bagi membantu rakyat merancang perjalanan ibadah secara lebih tersusun.

Menurut beliau, pendekatan baharu TH kini memberi penekanan kepada disiplin perancangan kewangan serta persediaan awal yang lebih berstruktur.

“Misi utama TH adalah untuk membantu pendeposit merealisasi impian haji mereka supaya ibadah dalam rukun Islam yang kelima ini menjadi impian sekali seumur hidup yang memerlukan niat tulus dan persediaan yang rapi” katanya.

Pengasas RHB Bank, Abdul Rashid Hussain dilantik sebagai Presiden UIAM ke -10
Pengerusi Tabung Haji, Tan Sri Abdul Rashid Hussain

Menerusi #menujuistitoah, TH akan memperkukuh persediaan menyeluruh merangkumi empat aspek:

  • Kewangan
  • Rohani
  • Fizikal
  • Mental

Langkah ini mencerminkan komitmen berterusan TH dalam memastikan impian menunaikan rukun Islam kelima dapat direalisasikan dengan lebih mudah dan lancar.

“Kami percaya program ini dapat melakukan sebaik mungkin untuk membantu dan menjadikan matlamat ini lebih mudah, ringkas dan lancar melalui pendidikan, teknologi digital serta perkhidmatan yang diperbaharui,” katanya dalam kenyataan.

View this post on Instagram

Realiti Kos & Tempoh Menunggu

Menurut kajian terkini TH, masih terdapat sebahagian umat Islam di negara ini yang belum memulakan simpanan haji secara berstruktur.

Bagi pendeposit sedia ada pula, perancangan awal kini semakin penting mengambil kira kos haji yang meningkat serta tempoh menunggu giliran yang lebih panjang berbanding sebelum ini.

Situasi ini menjadikan aspek literasi kewangan dan disiplin simpanan sebagai elemen utama dalam memastikan hasrat ke Tanah Suci tidak sekadar angan-angan.

Penambahbaikan Platform Digital TH

Sementara itu, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif TH, Mustakim Mohamad berkata pelbagai penambahbaikan telah dilaksanakan bagi menyokong agenda berkenaan antaranya:

  • Menaik taraf laman sesawang dan platform digital TH supaya lebih mesra pengguna serta mudah diakses.
  • Pengenalan Kalkulator Simpanan Haji turut membantu orang ramai merancang simpanan secara lebih realistik dan sistematik, sekali gus menggalakkan budaya perancangan kewangan lebih awal dalam kalangan pendeposit.
Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Tabung Haji, Mustakim Mohamad

Bagi Murai, #menujuistitoah dilihat sebagai langkah proaktif TH dalam memperkukuh budaya persediaan awal, agar impian menunaikan haji dapat dicapai dengan lebih yakin dan terancang.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Tabung Haji
Share7Tweet4SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Baucar Buku RM100 Dah Boleh Tebus! Mahasiswa, Jangan Sampai ‘Burn’ Peluang Ini

by Phic ARMAN
July 15, 2026

Kalau anda bergelar mahasiswa, ini antara berita yang memang worth it untuk diambil tahu. Bermula 15 Julai, pelajar Institusi Pengajian...

Read moreDetails
Insentif

Rakyat Untung, Usahawan Pun Senyum! RisSMart Grocer Bawa Shopping Bijak Ke Level Baharu

by Phic ARMAN
July 27, 2026

Dalam keadaan kos sara hidup yang makin mencabar, siapa je tak suka bila boleh dapat barang keperluan pada harga berbaloi...

Read moreDetails
Insentif

Modal Seawal 12 Hari, PUNB Sedia Dana RM80 Juta Untuk PKS Bumiputera

by Phic ARMAN
July 30, 2026

Kalau ada satu perkara yang sering menjadi cabaran usahawan, mestilah soal modal. Faham perkara itu, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB)...

Read moreDetails
Insentif

Ramai Tak Tahu, Waris Boleh Tuntut Khairat Kematian RM1,000 Jika Penerima STR Meninggal Dunia

by Phic ARMAN
August 27, 2026

Bila bercakap tentang bantuan kerajaan, ramai mungkin lebih familiar dengan STR atau SARA. Tapi tahukah anda, ada satu lagi bantuan...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

  2. 2

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  3. 3

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

  4. 4

    Di Sebalik Mahkota Taanusiya Chetty, Ada Kisah Yang Tak Ramai Tahu

  5. 5

    Publisiti Jer! 3 Kes Skandal Selebriti Ini Guna Modus Operandi Yang Sama

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara