• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Puteri Sarah Hanya Mahu Pegang Gelaran Janda Dalam Tempoh Singkat, Akui Mahu Bahagia Seperti Mizz Nina

by Puteri Alia
July 17, 2023
Share on Facebook

Sebut sahaja perihal “janda” maka yang terbayang di benak masyarakat bahawa janda itu ialah perampas suami orang, perosak rumah tangga orang lain, perempuan murahan dan banyak lagi gelaran buruk yang diberi kepada mereka yang menyandang status janda.

Walhal jika kita telusuri sejarah perkahwinan Rasulullah s.a.w, majoriti isteri-isteri baginda merupakan seorang janda. Hanya Aisyah binti Abu Bakar r.a  yang berstatus perawan.

Sebagai hamba yang beriman kepada Allah SWT dan Rasul-Nya, kita tidak sepatutnya memberi gelaran-gelaran yang buruk kepada para janda.

Sebaliknya kita seharusnya membantu mereka sama ada dari segi harta mahupun kerohanian iaitu dengan memberi mereka semangat untuk meneruskan kehidupan yang lebih baik walaupun tanpa seorang suami di sisi.

Oleh kerana sudah menjadi kebiasaan masyarakat kita memandang buruk terhadap golongan yang berstatus janda, maka seharusnya mereka perlu membuktikan bahawa anggapan masyarakat itu adalah tidak benar.

Berbahas soal ini, baru-baru ini pelakon Puteri Sarah memberi bayangan seolah-olah enggan memegang gelaran janda untuk jangka masa lama selepas sah bercerai talak satu dengan bekas suaminya iaitu pengarah, Syamsul Yusof pada 14 Jun lalu.

Menerusi sebuah video yang tular dalam TikTok, Sarah atau nama lengkapnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, meminta orang ramai untuk mendoakannya segera dipertemukan jodoh pada masa akan datang.

Permintaan itu dibuat sendiri oleh Sarah ketika disoal salah seorang pengikutnya ketika melakukan sesi siaran langsung (live) dalam TikTok miliknya baru-baru ini.

“Tak nak cari suami baharu ke?” soal seorang pengikutnya.

Ketika menjawab soalan yang ditanya pengikutnya itu, Sarah turut memetik dua lagi nama selebriti terkenal iaitu Nad Zainal dan Mizz Nina apabila dipertemukan jodoh buat kali kedua, selepas hanya beberapa bulan berpisah dengan pasangan masing-masing.

Prihatin! Artis Malaysia Beli Makanan Online Untuk Diberikan Secara Percuma, ‘Rider’ Indonesia Terharu

“Semoga saya jumpa jodoh saya cepat macam Nad Zainal, macam Mizz Nina. Apa-apa pun doakan saya,” katanya.

Dalam video itu juga, ibu tunggal kepada dua orang cahaya mata tidak meletakkan harapan besar, cuma berharap bakal suaminya itu nanti dapat menerima diri serta dua orang anaknya.

“Doakan saya jumpa jodoh yang baik, boleh sayang saya dan anak-anak,” katanya.

Pada masa sama, Sarah juga menegaskan bahawa dia memegang pada prinsip ‘no turning back’ (tidak akan berpatah balik) terutama sekali untuk kembali kepada kehidupannya yang dahulu.

“Motto hidup saya ‘no turning back’ terutama tidak akan kembali semula dengan kehidupan dahulu,” jelasnya.

Ketika disoal sama ada Sarah masih terbuka hati untuk menerima jodohnya dalam kalangan orang-orang industri (hiburan), pelakon drama Andai Itu Takdirnya itu enggan menjanjikan apa-apa kerana tidak tahu perancangan yang telah diatur Tuhan untuk dirinya pada masa akan datang.

“Saya tidak mahu cakap ‘tidak’. Sebab kalau saya cakap tidak (menolak jodoh orang dalam industri), nanti tiba-tiba, manalah tahu jodoh dengan orang industri,” katanya.

Selepas mengharungi episod konflik rumah tangga yang panjang, kemelut antara Sarah dan Syamsul akhirnya berniktah selepas pasangan itu sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Kuala Lumpur pada 14 Jun lalu.

Syamsul atau nama sebenarnya Mohd. Syamsul Mohd. Yusof, 39, melafazkan cerai talak satu pada pukul 12.25 tengahari di hadapan Hakim Syarie Akmalluddin Ilyas, selepas mahkamah membenarkan permohonan cerai yang difailkan Puteri Sarah mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1984.

Hakim Syarie Akmallluddin kemudian mensabitkan berlaku perceraian dan memerintahkan Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, 38, menjalani tempoh edah selama tiga bulan dan mendaftarkan perceraian mereka.

[VIDEO] "InshaAllah, Doakan Yang Terbaik"- Puteri Sarah Sudah Bersedia Untuk Kahwin Semula?

Syamsul dan Puteri Sarah berkahwin pada 8 Mac 2014 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua cahaya mata Syaikul Islam, 6, dan Summayah, 4,.

Pada Januari lalu, Syamsul mengesahkan telah bernikah dengan Ira Kazar berwalikan bapa mentuanya iaitu pelakon, Kazar di selatan Thailand.

mizz ninaputeri sarahSyamsul Yusof
https://lomp.at/ffhlx
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-“Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena..”

by Naddy Joe
October 23, 2025

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil memohon maaf selepas tular satu video yang memaparkan salah seorang pekerjanya yang...

Read more
Lokal

Nubhan Nafi Wujud Orang Ketiga, Anggap Tuduhan Fitnah Terhadap Wanita Sakit Buah Pinggang Sebagai Kejam

Penyanyi popular, Nubhan menafikan dakwaan kononnya kehadiran orang ketiga menjadi punca keretakan rumah tangganya bersama isteri, Dr. Afifah Tawfek. Menurutnya,...

Read more
by Puteri Alia
October 24, 2025
Lokal

[VIDEO] Salama Menari Lagu ‘KPop Demon Hunters’, Netizen Terhibur!-“Akai Jenuh..”

Baru-baru ini tular satu video yang memaparkan telatah comel anak pasangan selebriti, Syatilla Melvin dan Shaheizy Sam yang mencuri perhatian...

Read more
by Naddy Joe
September 25, 2025
Foto - Utusan Malaysia
Lokal

Ditemui Meninggal Di Rumah, Anak Dharma Harun Kongsi Detik Akhir- “Saya Gigil”

Innalillahiwainnailaihirojiun dan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga Allahyarham Dharma Harun. Sekitar jam 9.10 malam semalam (25/11/2025), pelakon Dharma Harun...

Read more
by Nurul A.
November 26, 2025
Lokal

Liza Hanim Menangis Disuruh ‘Mengalah’ Dan Henti Menyanyi Pada Usia 46

Penyanyi berpengalaman, Liza Hanim, tidak pernah ambil peduli kata-kata sinis di media sosial, namun kali ini hatinya benar-benar tersentuh hingga...

Read more
by Puteri Alia
November 20, 2025
Lokal

Amylea Buang Simbol Cinta Dalam Tong Sampah, Padam Semua Foto Bekas Suami Lepas Umum Cerai

Bagaikan menutup satu bab penuh kenangan dan membuka helaian baharu dalam hidupnya, penyanyi dan komposer berbakat, Amylea Azizan, mengambil langkah...

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Lokal

Imam Muda Asyraf Sokong Teguran Terbuka Terhadap Selebriti Islam Berpakaian Mencolok

Pendakwah selebriti, Imam Muda Asyraf menegaskan bahawa teguran terbuka terhadap selebriti yang mempromosikan perkara melanggar syariah Islam adalah wajar, tetapi...

Read more
by Puteri Alia
November 18, 2025
Lokal

Tiz Zaqyah Bakal Nikah Dengan Kenalan Zaman Kanak-Kanak? – Hantaran ‘Doakan Kami’ Nas Amer Cetus Spekulasi Hangat

“Assalamualaikum, doakan kami semoga Allah permudahkan segala urusan.” Demikian luahan penuh makna oleh seorang lelaki bernama Nas Amer di Instagram...

Read more
by Puteri Alia
November 11, 2025
Lokal

[VIDEO] Telatah Aaisyah Dhia Rana Flex Outfit Airport, Tapi Rupanya Ada Plot Twist

Gelagat Rozita Che Wan atau Che Ta bersama anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana sekali lagi menjadi perhatian di TikTok selepas...

Read more
by Iffah Iffah
December 2, 2025
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Dikerumuni Peminat-“Tangan Sampai Depan Muka Driver Korang Rakam”

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Siti Nurhaliza dikerumuni peminat selepas membuat persembahan di Melaka. https://www.tiktok.com/@capitskk/video/7554804577451756820?_t=ZS-906xdi4UpXk&_r=1 Rata-rata netizen teruja...

Read more
by Noah Ab
September 29, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore