• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight

Ira Kazar Masuk Pembelaan, Mahkamah Kekalkan Tak Boleh Ganggu Puteri Sarah

Wanita yang dikaitkan kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

by Arsiqin Yusof
July 4, 2022
Share on Facebook

Wanita yang didakwa kekasih kepada pelakon Syamsul Yusof, Faghirah Fatini Kazaruddin atau Ira Kazar perlu memasukkan pembelaannya dalam saman yang dikemukakan pelakon Puteri Sarah dalam tempoh sebulan.

Perkara itu dimaklumkan peguam Datuk Akberdin Abdul Kader, yang mewakili Puteri Sarah, selaku plaintif selepas pengurusan kes di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen Rofiah Mohamad hari ini.

“Mahkamah sudah arahkan pihak defendan (Ira Kazar) untuk memasukkan pembelaan dalam masa satu bulan. Jika perlu jawab kita (plaintif) akan jawab, jika tidak mahkamah akan tetapkan tarikh bicara,” kata peguam itu ketika ditemui Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pagi tadi.

Datuk Akberdin (paling kanan_ ketika memberi kenyataan kepada pihak media hari ini.

Menurutnya lagi, mahkamah kemudian menetapkan 23 Ogos ini untuk pengurusan kes seterusnya.

Tambah peguam tersebut lagi, mahkamah turut mengekalkan perintah interim injuksi yang antaranya defendan diperintah berhenti mengeluarkan, menyebarkan dan menghantar sebarang kenyataan atau apa sahaja bentuk gangguan terhadap Puteri Sarah dalam media sosial sehingga kes perbicaraan penuh.

“Pihak defendan tidak membantah dan perintah interim injuksi itu dikekalkan mahkamah,” katanya.

Sebelum ini plaintif telah mendapatkan perintah interim injuksi tersebut.

Permohonan itu telah dihantar kepada defendan pada 28 Jun lalu dan telah diterimanya.

Sementara itu ketika ditanya, sama ada kes saman ini berkemungkinan akan diselesaikan secara baik oleh kedua-dua belah pihak, peguam itu berkata setakat ini kedua-dua pihak belum lagi ke arah itu.

“Sekiranya ada inisiatif (selesai cara baik) kita tengok dulu..kita bukan meninggi diri, jadi asalkan tawaran itu logikal kita akan pertimbangkan selepas mendapat arahan anak guam (Puteri Sarah),” katanya lagi.

Selain Akberdin, peguam plaintif yang turut hadir dalam pengurusan kes itu ialah Siti Natasha Basheer Hassan dan Ummi Kartini Abdul Latiff.

Puteri Sarah Titip Pesanan Bijak Untuk Dr. Fie Hadapi Krisis Rumah Tangga

Bagaimanapun, dalam prosiding hari ini, Puteri Sarah dan Ira tidak hadir sebaliknya hanya mewakilkan peguam masing-masing.

Sementara itu, peguam Ammar Ghalip yang mewakili Ira Kazar ketika dihubungi turut mengesahkan pihaknya perlu memasukkan pembelaan dalam tempoh sebulan sebelum atau pada 4 Ogos ini.

“Saya sudah memasukkan dan menyerahkan kehadiran kepada plaintif dan hari ini mahkamah mengesahkan defendan (anak guam) telah melantik peguam dan kehadiran dimasukkan pada Jumaat lalu,” katanya.

Pada 30 Jun, media tempatan melaporkan  Puteri Sarah bertindak memfailkan saman di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur dan dua aduan di Jabatan Agama Islam Selangor berhubung gangguan dan pemerasan yang diterimanya daripada Ira Kazar yang juga anak kepada pelakon vateran Kazar.

Menurut Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin, kedua-dua tindakan tersebut dilakukannya hari ini sekali gus memerintahkan defendan (Ira) berhenti melakukan gangguan dan pemerasan terhadapnya di mana-mana platform media sosial atau

Katanya juga, dia enggan berdalih setelah sekian lama berdepan pelbagai gangguan yang dilayangkan Ira yang didakwa kekasih kepada suaminya, Syamsul Yusof.

Terdahulu, pergolakan rumah tangga pasangan selebriti itu berlarutan sejak empat tahun lalu selain Puteri Sarah mengesahkan tidak lagi tinggal sebumbung dengan Syamsul gara-gara gangguan orang ketiga.

Dia sebelum ini mendedahkan Ira berterusan mengganggunya dan Syamsul sejak tahun 2019 lagi.

Pelakon berkenaan juga mendakwa individu terbabit melakukan gangguan-gangguan berkenaan dengan berselindung di sebalik puluhan akaun media sosial palsu yang diciptanya.

Sebelum ini, tular dalam media sosial yang mengatakan pengarah filem Mat Kilau itu sudah pun berkahwin dengan Ira, namun dinafikan sendiri oleh Syamsul.

Ira Kazarputeri sarah
https://lomp.at/ddbfj
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Berita

Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sweet Qismina tampil menegaskan bahawa dia enggan untuk masuk campur mengenai isu yang melibatkan pelakon, Puteri Balqis dan juga...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Datin Shahida Dedah Qadejah Senyap-Senyap Rakam Lagu Raya, Netizen Terhibur!

by Naddy Joe
January 30, 2026

Isteri kepada usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri iaitu Datin Seri Shahida mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  3. 3

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  4. 4

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore