Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Putra Amaris Jawab Tuduhan Ada Skandal Dengan Dr Vida

by Phic ARMAN
July 5, 2018
Share on Facebook

Sebelum ini kecoh dengan berita mengenai usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida (DSV)dikhabarkan mempunyai hubungan istimewa dengan seorang lelaki muda, Ahmad Iqbal Zulkefli.

Kemudian kelibat jejaka berasal dari Pasir Mas, Kelantan ini tidak kelihatan lagi bersama DSV. Namun kehilangannya ini terjawab apabila Iqbal mendedahkan keadaan sebenar yang dia telah dipecat serta-merta pada 1 Jun lalu oleh DSV.

Ada Orang Baru?

Namun ada desas-desus yang mengatakan Iqbal dipecat gara-gara kehadiran orang baru yang sentiasa muncul dalam beberapa video yang dimuat naik oleh DSV dalam laman sosial Instagram miliknya. Pasti anda kenal!

Dikenali sebagai Putra Amaris atau Muhammad Amran Ismail sering juga muncul sebagai aktor dalam beberapa buah drama di kaca TV sebelum ini. Justeru ramai tertanya-tanya apa kaitan jejaka itu dengan jutawan kosmetik itu?

YouTube video

Salah Seorang Pekerja

Menurut laporan dari Utusan Online, aktor tersebut yang baru sahaja berkahwin pada 5 Januari lalu berkata, kehadirannya di sisi DSV adalah untuk memenuhi tanggungjawabnya sebagai salah seorang pekerja kepada pengasas produk Vida Beauty Sdn. Bhd.

“Hubungan saya dengan DSV biasa saja, seperti keluarga. Saya pun mula rapat dengan keluarga DSV apabila terlibat dalam pembikinan muzik video Lavida Go Bola tempoh hari.

View this post on Instagram

A post shared by Dato Seri Vida (@datoserivida)

“Senang cakap, saya bekerja dengan DSV sebab itulah wajah saya kerap muncul dalam video yang dimuat naik DSV.

“Setakat ini saya tidak ada masalah bekerja dengan DSV dan jadual kerja saya dalam bidang lakonan pun tak terganggu kerana semua itu boleh diatur.

“Saya tak peduli apa orang nak kata kerana yang penting saya tahu menjalankan tanggungjawab yang diberi,” katanya enggan mempedulikan kata-kata netizen yang mempersoalkan kehadirannya di sisi DSV sejak akhir-akhir ini.

Aktif Berlakon

Bagi Putra Amaris, mengapa dia perlu menolak untuk bekerja dengan orang yang baik jika hubungan itu dapat memberi kebaikan kepada kedua-dua belah pihak. Katanya, dia baru saja selesai berlakon dalam filem Ratu Kala Jengking, arahan Bade Azmi dan diterbitkan oleh A.Aida Production.

[VIDEO] Cik B Kongsi Gelagat Datuk Seri Vida Dengan Berbelas 'Smartphone'-"Mama Ni Scammer Ke?.."
Ahmad Iqbal Zulkeflidatuk seri vidadr vidapamogaputra amaris
https://lomp.at/6m60u
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

by Phic ARMAN
March 11, 2026

Baru-baru ini, nama Diana Danielle hangat kat media sosial bila ramai mula berspekulasi, “Eh, Diana tengah bercinta ke dengan kekasih...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Dafi, Ryan Bakery & Farel Prayoga Bersatu Dalam ‘Raya Yay Yay’

by Naddy Joe
March 9, 2026

SEMPENA kehadiran Syawal yang bakal menjelma tidak lama lagi, Dafi, Ryan Bakery dan Farel Prayoga muncul dengan lagu raya berjudul...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

  2. 2

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  3. 3

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Tak Perlu Ke Thailand! Restoran Ini Hidang Rasa Thai Yang Autentik Di Hulu Langat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara