• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Dia’ Tular Kerana Aweera, Qody Rany Luah Hasrat untuk Berduet

Jumlah pengikutnya di Instagram juga semakin bertambah sejak tularnya persembahan Aweera.

by Khai Azfar
January 25, 2022
Share on Facebook

Penyanyi Qody Rany berkongsi rasa teruja apabila finalis Gegar Vaganza 8 (GV8), Aweera berjaya membawakan lagunya yang berjudul Dia dengan begitu baik.

Penangan Aweera Beri Impak Kepada Qody

Malah, persembahan tersebut turut mendapat pujian ramai dan kembali tular. Menurut Qody atau nama sebenarnya Rossaidi Abdul Rani ,28 ketika ditemui Murai.my, single itu sebelum ini jarang dimainkan di stesen radio dan kerana penangan Aweera, ia kembali mendapat perhatian ramai.

Dedah Qody lagi, jumlah pengikutnya di Instagram juga semakin bertambah sejak tularnya persembahan Aweera.

“Bila dapat tahu Aweera bawakan lagu saya, memang teruja kerana lagu itu sebelum ini jarang mendapat dimainkan di stesen radio dan itu adalah kali pertama ia dinyanyikan dalam program realiti. selepas itu saya hubungi dia dan ucapkan semoga berjaya. sebelum ini pun Aweera merupakan rujukan saya untuk menyanyi.

“Alhamdulillah secara tiba-tiba jumlah pengikut saya bertambah. boleh dikatakan beratus-ratus mengikuti saya di Instagram ketika itu. Bukan itu sahaja, video muzik Dia turut bertambah kembali” kata Qody kepada Murai.my

Ingin Berduet Dengan Aweera 

Menyimpan hasrat untuk berduet dengan Aweera, jelas Qody dia bersedia untuk bekerjasama dengannya sekiranya mempunyai peluang pada masa akan datang.

“Kalau ada rezeki untuk berduet kenapa tidak mungkin ada benda baru yang saya boleh belajar darinya. Dia pun bawakan genre rock sama seperti saya jadi kita tengok selepas ini kalau ada lagu yang sesuai boleh juga kalau Aweera sudi bekerjasama” katanya lagi

Titip Nasihat Buat Peserta Big Stage 2022 

Dalam perkembangan lain, Qody turut berkongsi nasihat buat para peserta program realiti Big Stage 2022 yang akan membuka tirainya pada 6 Februari 2022.

Pesan pemenang tempat ketiga Big Stage 2020 ini, setiap daripada mereka harus merancang persembahan sebaikny dan tampil dengan pelbagai kelainan.

“Masuk program realiti ini sebenarnya berat, setiap minggu kena menyanyi dan tampil dengan kelainan, jadi mereka perlu berani” pesan Qody

Malah, dia turut berharap agar kesemua mereka dapat kuatkan semangat untuk beraksi setiap minggu selain terus dapatkan sokongan daripada pelbagai pihak.

“Kekuatan terletak pada sokongan moral keluarga, rakan-rakan dan pasukan. Kalau kita mengalah atau tertekan, moral yang positif akan hilang begitu sahaja dan menganggu momentum persembahan pada akan datang.

“Jadi nasihat saya kepada peserta-peserta Big Stage 2022 kalau alami dugaan yang berat seperti saya sebelum ini, anda perlu dapatkan sokongan moral dan jangan sesekali berdiam diri”  kongsi nya lagi

Sekadar info, Qody mula dikenali selepas muncul sebagai naib juara dalam Mentor Milenia 2016. Kemudian, dia turut menyertai Big Stage musim ketiga pada tahun 2020 dan mendapat tempat ketiga.

aweeraQody Rany
https://lomp.at/fk6zr
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Suami Arwah Nadia Kesuma Buka Cerita Sebenar Isu Video “Rebah di Airport”- “Kami Sekeluarga Kecewa”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore