• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Rahsia” Artis Kesayangan Malaysia, Ini 5 Isu Kontroversi Di Sebalik Imej Bersih Datuk Seri Siti Nurhaliza

by Puteri Alia
May 12, 2023
Share on Facebook

Nama penyanyi kesayangan Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza boleh dikatakan antara selebriti yang ‘bersih’ daripada kontroversi yang menjatuhkan namanya.

Meskipun bergelar VIP, penyanyi yang disegani namun Siti masih lagi seperti dahulu dan sentiasa merendahkan diri pada sesiapa sahaja termasuk peminat.

Walaupun penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sering dikatakan sebagai artis yang mempunyai imej  positif, pelatun lagu Aku Bidadari Syurgamu itu tidak terkecuali daipada terkait dengan kontroversi sepanjang kariernya.

Dari awal pembabitan dalam industri seni sehingga kini, nama Siti Nurhaliza pernah menjadi tajuk berita panas yang menggemparkan tanah air.

Berikut merupakan beberapa senarai kontroversi yang tertulis dalam diari seni penyanyi terkenal dengan gelaran ‘Voice of Asia’ itu.

1. Digelar ‘penyanyi kampung’, enggan bergambar dengan penyanyi lelaki

Terkenal dengan panggilan manja Tokti ketika ini, terdahulu dirinya pernah mendapat kecaman hebat atas keengganan beliau untuk bergambar dengan penyanyi lelaki semasa itu. — The Star

Pada awal pembabtian beliau dalam industri seni,Tokti dilabel sebagai penyanyi kampung kerana cara pemakaian dan juga pembawakan dirinya.

Tambahan pula, dia turut mendapat kecaman hebat atas keengganan beliau untuk bergambar dengan penyanyi lelaki pada ketika itu.

Namun, Tokti mempertahankan imejnya pada waktu itu sekali gus membidas pandangan enteng segelintir pihak terhadap keputusannya.

“Sebagai artis, Siti sedar banyak tanggungjawab sosial lain yang harus dipikul, jadi saya memilih untuk bersederhana dalam segala hal termasuk cara berpakaian.

“Siti mahu menampilkan bakat dan kebolehan suara yang dianugerahkan oleh Tuhan tanpa bersandarkan kepada keseksian,” katanya.

2. ‘Dilagakan’ dengan Noraniza Idris

Tokti pernah berkolaborasi bersama Noraniza idris dalam abum duet, Seri Balas.

Semua sedia maklum bahawa Tokti bermula sebagai artis pop, namun kemunculan album ketiga dalam genre irama Malaysia membuktikan bahawa ibu kepada dua cahaya mata itu juga mempunyai kekuatan dalam membawakan lagu-lagu Melayu etnik kreatif.

TokTi Dilantik Profesor Adjung UiTM - "Saya Bukan Usahawan Mas­yhur, Tapi Ini Amanah Besar"

Hal itu menjadikan beliau sering dibandingkan dengan ratu irama Malaysia, Noraniza Idris sehingga timbul gosip kedua-dua mereka yang ketika itu berada di bawah naungan syarikat yang sama dikatakan tidak mempunyai hubungan baik.

Meskipun bergandingan dalam abum duet, Seri Balas, terdapat banyak gosip yang mendakwa bahawa Noraniza Idris tidak berpuas hati dengan pujian ramai terhadap keupayaan Siti dalam genre irama Malaysia.

Bagaimanapun, Noraniza sendiri megakui bahawa dia tidak pernah ada sebarang masalah dengan Tokti, malah Tokti juga memberitahu dia menghormati Noraniza Idris sebagai rakan seperjuangan dalam industri.

3. E-mel fitnah, bermusuh dengan Allahyarham Sharifah Aini

Tokti amat mengagumi biduanita negara, Allahyarham Sharifah Aini.

Sebelum media sosial, platform e-mel merupakan salah satu kemajuan teknologi komunikasi yang menjadi sumber penyebaran fitnah sehingga Siti Nurhaliza juga menjadi salah satu mangsanya.

E-mel layang terhadap Siti Nurhaliza mejadi kontroversi terbesar tanah air memandangkan ia turut membabitkan biduanita negara, Allahyarham Datuk Sharifah Aini.

E-mel yang mengandungi pelbagai dakwaan fitnah terhadap Siti Nurhaliza termasuk mendakwa beliau mengamalkan ilmu hitam didakwa dilakukan oleh individu yang mempunyai kaitan dengan Sharifah Aini.

Sharifah Aini juga membuat laporan polis yang mendakwa ada pihak cuba mengaitkannya dengan penyebaran sistem pesanan ringkas (SMS) dan e-mel layang yang mengandungi fitnah terhadap Siti Nurhaliza.

Tiada sebarang pengesahan tentang perseteruan antara kedua-dua nama besar ini selain situasi yang memaparkan sedemikian. Malah, persembahan mereka berdua pada satu majlis anugerah juga sekali gus menyangkal dakwaan itu.

4. Sembunyi hubungan dengan Datuk K

TINDAKAN Siti merahsiakan hubungan dengan Datuk K di peringkat awal mengundang rasa bengang peminat. — The Star

Walaupun banyak individu termasuk artis yang penah dikaitkan dengan Siti Nurhaliza, namun akhirnya wanita kegilaan ramai jejaka itu menjadi milik Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa.

Datuk Seri Siti Nurhaliza & Datuk Seri Aliff Syukri Disenarai Penyumbang Zakat Terbesar Selangor

Meskipun semasa awal hubungan mereka dapat dicium pihak media, Siti Nurhaliza sama sekali tidak memberi sebarang pengesahan mahupun menafikan gosip dirinya dengan Khalid (Datuk K).

Hubungan Siti dengan Datuk K dipalit pebagai kontroversi apabila penyanyi itu didakwa menjadi punca kepada keretakan rumah tangga Khalid pada waktu itu.

Tokti yang masih berteka-teki dalam mengesahkan hubungan dengan Datuk K juga membuatkan peminatnya berang hingga khabarnya ahli kelab peminat SitiZoners mahu membubarkan kelab itu.

Bagaimanapun, Tokti menerusi sidang media akhirnya membuat pengumuman menggemparkan tentang hubungannya dengan Datuk K dan beliau juga berjaya memujuk hati peminat dengan luahan hatinya menerusi lagu Biarlah Rahsia.

5. Langgar SOP, kelahiran Afwa dan kenduri tahnik

MUHAMMAD Afwa merupakan putera sulung dan cahaya mata kedua Siti Nurhaliza dan Datuk K.— The Star

Kelahiran cahaya mata kedua, Muhammad Afwa merupakan berita gembira buat semua pihak termasuk peminat Tokti.

Namun, apa yang tidak sedap didengar adalah kontroversi pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan yang didakwa berlaku semasa Siti di wad bersalin dan kenduri tahnik anaknya itu.

Perkara itu khabarnya mengundang perbalahan hangat netizen berhubung pelanggaran SOP melibatkan individu yang terkenal sentiasa menjadi perhatian termasuk Tokti.

Tokti bagaimanapun tampil memberi penjelasan berhubung perkara itu.

Meskipun isu-isu ini pernah menjadi viral satu ketika dahulu, namun penyanyi yang memiliki aura positif ini sentiasa berjaya menanggani apa jua isu tohmahan dan kritikan yang dilemparkan kepadanya.

Malah, beliau lebih memilih untuk menyelesaikan masalah dengan cara terbaik meskipun mempunyai hak untuk menuntut saman atau sebaliknya, bersemuka dan memulihkan kembali sebarang persengketaan merupakan jalan yang terbaik serta patut dicontohi ramai.

datuk seri siti nurhalizatokti
https://lomp.at/fd2ax
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Betty Rahmad Dedah Rahsia Hati Tenang – “Iman Pun Perlu Servis Macam Tukar Minyak Hitam”

by Puteri Alia
November 4, 2025

Pelakon dan usahawan Betty Rahmad mengakui bahawa kehadirannya ke majlis ilmu secara konsisten bukan sekadar aktiviti pengisian masa, tetapi menjadi...

Read more
Lokal

Haqiem Stopa ‘Upload’ Foto Tangan Luka, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Second Slide Tu..”

Personaliti media sosial, Haqiem Stopa mencetuskan pelbagai reaksi netizen selepas memuatnaik beberapa keping foto di media sosial miliknya, baru-baru ini....

Read more
by Naddy Joe
November 12, 2025
Foto - @adityaroykapur (IG)
Bollywood

Rumah Aktor Kacak India Dipecah Masuk, Peminat Fanatik Tegas Mahu Tinggal Bersama

Kes pecah masuk di kediaman berprofil tinggi di Mumbai tidak lagi asing. Kali ini kediaman aktor kacak India iaitu Aditya...

Read more
by Nurul A.
October 28, 2025
Lokal

Pernah Dihina ‘Rupa Tak Boleh Jual’, Remy Ishak Dedah Detik Pedih Awal Karier

Bukan mudah untuk berdiri di tempatnya sekarang, pelakon Datuk Remy Ishak mengakui perjalanan seninya penuh dengan penolakan dan cabaran sebelum...

Read more
by Puteri Alia
September 23, 2025
Foto - @iamsrk (IG)
Bollywood

Tersenarai Dalam Forbes, Shah Rukh Khan Kini Sertai Kelab Bilionair

King of Bollywood, Shah Rukh Khan telah menyertai kelab jutawan itu buat pertama kali, menjadi salah seorang pelakon terkaya di...

Read more
by Nurul A.
October 10, 2025
Lokal

PU Rahmat Rasa Diri Tak Layak Disambut Seperti Wira Di KLIA, Netizen Titip Kata Semangat!

Pendakwah bebas dan juga salah seorang aktivis Misi Kemanusiaan Global Sumud Flotilla, Rahmat Ikhsan atau lebih dikenali sebagai PU Rahmat...

Read more
by Naddy Joe
October 8, 2025
Lokal

Hafiz Mahamad Mohon Maaf Isu Staf Perli Pizza Cik Epal-“Diorang Yang Buat Hal, Saya Yang Kena..”

Pempengaruh media sosial dan usahawan, Hafiz Mahamad tampil memohon maaf selepas tular satu video yang memaparkan salah seorang pekerjanya yang...

Read more
by Naddy Joe
October 23, 2025
Foto - @onlybollywoodmasti (IG)
Bollywood

Gara-Gara Adegan Ini, Madhuri Dixit Trauma Berlakon Dengan Vinod Khanna

Nama Vinod Khanna dikenali dalam industri hiburan Bollywood kerana gaya fesyennya dan turut dipuji sebagai aktor yang paling kacak. Vinod...

Read more
by Nurul A.
November 14, 2025
Lokal

“Dahi & Hidung Berdarah Sebab Ditumbuk” – Muaz Zabir Dedah Pernah Jadi Mangsa Buli Sekolah

Pelakon muda, Muaz Zabir, mendedahkan sisi hidup yang tidak ramai tahu apabila mengakui pernah menjadi mangsa buli sewaktu zaman persekolahan...

Read more
by Puteri Alia
November 4, 2025
Hollywood

Beyonce Berhijab Di Qatar, Penampilan Sopan Penyanyi ‘Halo’ Curi Perhatian Dunia

Kemunculan penyanyi antarabangsa ternama, Beyonce, berhijab ketika berada di sebuah pusat beli-belah di Qatar baru-baru ini benar-benar mengejutkan ramai pihak....

Read more
by Puteri Alia
October 17, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore