Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

“Jangan Ingat Saya Bomoh Tepi Jalan, No Class” – Raja Bomoh Mahu Saman RM300 Juta!

Ibrahim menjelaskan dia membuat ritual tersebut adalah bagi mencegah bencana banjirI

by Khai Azfar
January 7, 2022
Share on Facebook

Susulan tular video mengenai ‘Raja Bomoh’, Ibrahim Mat Zin bersama seorang wanita yang dikenali sebagai ‘Puteri Zaleha’, lelaki itu tampil memberikan penjelasan.

Kecewa Dituduh Sembarangan 

Dalam sebuah siaran langsung yang dibuat di laman Facebook nya, Ibrahim menjelaskan dia membuat ritual tersebut adalah bagi mencegah bencana banjir di beberapa kawasan di Perak mengikut petua zaman dahulu.

Akui kecewa dengan tuduhan sesetengah pihak yang beranggapan perbuatannya itu sebagai khurafat dan menjurus ke arah syirik, tegas Ibrahim ritual yang dibuat itu merupakan petua orang zaman dahulu dan hanya menggunakan alam semula jadi.

“Tidak ada niat apa-apa. Itu petua orang-orang zaman dahulu yang menggunakan daun-daun kayu secara tradisional oleh nenek moyang kita dahulu kala.

Banyak jabatan berkenaan, mereka tiada budi bicara untuk berbincang. Kita ini negara demokrasi dan negara Islam, Islam ini bersih, cekap dan amanah. Ada budi bicara, ada budi pekerti dan kalau duduk berbincang kita boleh tegur cakap itu ini salah Datuk, saya tak tahu saya minta maaf.

“Ini tiba-tiba ada jabatan yang menuduh saya khurafat, syirik. Ya Allah, jatuhkan hukum macam Yahudi. Janganlah macam itu, kita pun ada budi bicara. Kalau salah kita betulkan. Saya buat itu untuk selamatkan perkuburan diraja yang banyak di tepi-tepi sungai. Orang tua saya saudara mara saya banyak dikebumikan di Teluk Intan. Itu tujuan saya. Bukan tujuan saya untuk berbangga atau nak publisiti” jelas Ibrahim

Akan Saman RM300 Juta

Susulan itu, Ibrahim turut mendedahkan dia mempunyai ‘kelas’ tersendiri dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan saman sebanyak RM300 juta kepada mana-mana pihak yang membuat tuduhan terhadapnya secara melulu.

“Tujuan kita murni pada kerajaan, niat kita tak ada apa-apa. Saya sebagai bomoh nujum kepada VIP dan korporat, jangan saudara semua salah anggap yang ingat saya bomoh tepi jalan, ini bomoh no class dan ingat saya bomoh yang tidak sihat.

“Mana jabatan yang cakap lantang, saya akan gunakan khidmat peguam saya. Jangan bagi malu Raja Bomoh, Datuk Ibrahim Mat Zin saya akan saman RM300 juta kerana mereka tidak siasat, tiada perbincangan, tiada budi bicara tiba-tiba kata khurafat dan syirik. Apa cerita ini?” katanya lagi

Terdahulu, menerusi Facebook nya, Ibrahim berkongsi foto dirinya memegang sebuah salinan laporan polis yang dibuat merujuk kepada kes tersebut.

Untuk info, sebelum ini tular di media sosial mengenai ritual yang dijalankan oleh Ibrahim bersama seorang wanita. Difahamkan, Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) telah membuka kertas siasatan terhadap mereka manakala Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan meneliti tindakan sewajarnya.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
raja bomoh
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  3. 3

    Apa Istimewanya Griya Hingga Berjaya Duduki No.1 Netflix Malaysia? iQIYI Dedah Kekuatan Drama Ini

  4. 4

    Tahniah! Fattah Amin & Amira Othman Timang Anak Lelaki- “Sedap Namanya”

  5. 5

    Air Dah Berasap, Tapi Masih Kata Tak Panas! Kisah Pelanggan Cerewet Buat Ramai Geleng Kepala

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara