Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Rakuten Kobo Bawa Pengalaman Membaca Digital Interaktif Di Pesta Buku Antarabangsa KL

by Nurul A.
May 31, 2026
Foto - Rakuten Kobo

Foto - Rakuten Kobo

16
KONGSIAN
Share on Facebook

Rakuten Kobo secara rasminya membuka pameran imersifnya di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (KL), di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur.

Pameran imersif ini bertujuan untuk menarik orang ramai ke gerainya (No.207). Dengan gabungan teknologi membaca, pengalaman AI interaktif dan penyelesaian membaca digital yang berfokuskan gaya hidup.

Foto – Rakuten Kobo

Kobo mempersembahkan pameran amali yang menampilkan generasi eReader terkini yang direka untuk disesuaikan dengan gaya hidup membaca yang berbeza. Daripada peranti membaca harian yang ringan kepada eReader berwarna canggih dengan fungsi mencatat nota.

Antara eReader Kobo, Kobo Libra Colour, terutamanya varian putihnya, telah muncul sebagai model terlaris di Malaysia. Peranti ini mempunyai paparan warna 7 inci dengan fungsi mencatat nota tulisan tangan.

Selain Kobo Libra Colour, pengunjung juga boleh meneroka Kobo Clara Colour mudah alih untuk bacaan warna yang mengasyikkan. Manakala Kobo Clara BW memberikan pengalaman membaca hitam putih tanpa gangguan.

Foto – Rakuten Kobo

Dikuasakan oleh teknologi paparan E Ink Kaleido 3, eReader berwarna Kobo membolehkan pengunjung merasai kulit buku, ilustrasi, anotasi dan kandungan visual dalam warna yang kaya.

Peranti ini juga menampilkan teknologi ComfortLight PRO, perlindungan kalis air IPX8, sokongan Bluetooth dan jangka hayat bateri yang lebih lama.

Foto – Rakuten Kobo

Selain itu, ia juga memperkenalkan pengunjung kepada Pengalaman Foto AI Kobo, salah satu tarikan interaktif paling popular di reruai. Pengunjung yang mengikuti Kobo Malaysia di Instagram atau TikTok boleh mengubah diri mereka menjadi potret janaan AI.

Potret yang diinspirasikan oleh percintaan, fiksyen sains, fantasi inspirasi Harry Potter dan juga pengembaraan detektif inspirasi Sherlock Holmes.

Penyertaan Kobo di Pesta Buku Antarabangsa KL 2026 datang di tengah-tengah momentum berterusan dalam pasaran membaca digital global apabila pembaca semakin mencari pengalaman membaca mudah alih dan bebas gangguan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
1
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
1
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Kuala Lumpurpesta buku antarabangsa klpesta buku antarabangsa kuala lumpurRakuten Kobo
Share6Tweet4SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  2. 2

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  3. 3

    Rumah Landed Pun Ada ‘Rules’? Ini Pengajaran Daripada Kes Jenazah Dihalang Masuk Arahsia Residences

  4. 4

    Nourul Bermimpi Tentang Biduanita Negara, Respon Siti Nurhaliza Buat Ramai Tersenyum

  5. 5

    “Tak Perlu Sampai Tampar”- Video Anggota Polis Kejutkan Warga Emas Tidur Cetus Kemarahan Netizen

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara