Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

‘Ramai Hentam Saya’-Datuk Seri Vida Jawab Kecaman Netizen Kerana Tak Sensitif

by Soph Azz
August 12, 2021
Foto - @datoserivida (Instagram)

Foto - @datoserivida (Instagram)

Share on Facebook

Baru-baru ini tular klip video pendek jutawan kosmetik, Datuk Seri Vida yang menggunakan nama Allahyarhamah Siti Sarah dalam mempromosikan produk makanan. Datuk Vida yang dikecam oleh netizen kemudiannya memberikan respon bagi membetulkan keadaan.

Netizen Dakwa Datuk Vida Tak Sensitif 

Dipetik daripada Utusan, Datuk Vida menceritakan semula perniagaan produk makanannya bersama Allahyarhamah yang terhenti itu. Menerusi klip video pendek itu, dia dilihat menjamah produk makanan itu sambil mempamerkan reaksi yang sedih.

Foto – YouTube

Tetapi apa yang membuatkan netizen berasa kurang senang adalah di akhir video tersebut, Datuk Vida telah mempromosikan makanan. Bukan itu sahaja, jutawan kosmetik ini juga turut meletakkan video Allahyarhamah sebagai produk testimoni ketika mencuba produk itu.

Datuk Vida Dedah Netizen Salah Faham 

Melihatkan namanya menjadi perbualan netizen, Datuk Vida mendedahkan ramai yang salah faham dengan niatnya. Ujarnya, dia tidak mempunyai niat untuk menggunakan nama Allahyarhamah bagi mempromosikan perniagaan mereka. Malah dia hanya menceritakan semula tentang rancangan mereka sahaja.

Foto – @datoserivida (Instagram)

“Ramai yang menghentam saya. Mungkin ramai yang hanya membaca tajuk tanpa mendengar penjelasan saya. Tapi Alhamdulillah ramai juga yang faham.

Tiada niat saya nak gunakan isu arwah Hajah Siti Sarah Raisuddin. Saya hanya cerita balik apa yang kami rancang bersama”, akui Datuk Vida.

Tambahnya lagi dia sedia memaafkan mereka yang mengecamnya dan meminta orang ramai untuk berubah ke arah kebaikan. Dedahnya lagi, dia berharap agar setiap orang dapat mencontohi amalan dan kebaikan Allahyarhamah.

Error happened.
Anak Tomboy Dikecam, Datuk Seri Vida Pertahan Cik B Sampai Mati
datuk seri vidasiti sarah
https://lomp.at/8zgng
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Halalkan Tax Saya Diguna Untuk B40”- Perbalahan Rakyat Tentang Subsidi BUDI95 Makin Panas

  2. 2

    Rakyat Bimbang? 5 Perkara Tentang BUDI MADANI Yang PMX Baru Je Umum, Anda Perlu Faham

  3. 3

    “Naya Aku Macam Ni…”- RTM Tinggalkan Astro, Rakyat Malaysia Kenang Nasib Orang Tua Di Kampung

  4. 4

    Arab Saudi Laksana Hukum Hudud, Saiful Apek Kecewa Yassin Masih Ditahan Atas Tuduhan Berat

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara