• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Bollywood

Ramai Tak Tahu, 9 Artis Bollywood Ini Pernah Alami Depresi Berat

by Naddy Joe
July 28, 2020
Share on Facebook

Setiap manusia mempunyai kekurangan masing-masing, begitu juga dengan selebriti. Di sebalik kejayaan mereka sebagai public figure, beberapa selebriti Bollywood ini tidak terlepas dari kekurangan diri mereka. Tanpa disedari, senyuman yang tersimpan di sebalik kamera, menyimpan sejuta rahsia.

Dipetik dari laman Maps of India, menyenaraikan 9 selebriti top Bollywood yang mengaku mengalami gangguan depresi. Siapakah artis tersebut? Scroll sampai habis okay!

Deepika Padukone

via @deepikapadukone

Dia dikatakan sebagai pelakon pertama yang secara terbuka menyatakan keadaan mental dan kemurungannya. Beliau didiagnosis depresi pada tahun 2014. Deepika yang merupakan isteri kepada Ranveer Singh ini tidak malu untuk bersikap jujur dengan orang ramai tentang masalahnya.

via @deepikapadukone

Deepika Padukone secara ringkas membincangkan apa yang beliau lalui ketika mengalami kemurungan. Dia juga akhirnya mengambil langkah untuk menubuhkan pusat kesihatan mental untuk membantu orang yang mengalami keadaan yang sama seperti beliau.

Amitabh Bachchan

via @amitabhbachchan

Aktor lagenda Amitabh Bachchan juga antara yang mengalami depresi semasa beliau menjadi produser untuk syarikatnya ABCL pada tahun 1996. Pada tahun 2000, Amitabh mengalami krisis kewangan yang menyebabkan beliau hampir kehilangan segala-galanya yang beliau miliki.

via @amitabhbachchan

Namun, superstar itu berjaya bangkit dari depresi dan menghidupkan kembali karier lakonannya dan menjadi salah seorang pelakon lagenda sepanjang masa.

Randeep Hooda

via @randeephooda

Randeep Hooda dengan jelas mengakui depresi yang dialaminya kepada orang ramai. Kesihatan mentalnya mula terjejas setelah selesai menjalani penggambaran filem Sarabjit (2016). Kerana dia adalah seorang perfectionist, beliau telah mengambil peranan dengan terlalu serius, sanggup mengurung dirinya di kamar selama berhari-hari.

via @randeephooda

Setelah filem Sarabjit ditayangkan, pelakon itu bertindak sebagai penculik dalam filem Highway. Ini juga membawanya kembali depresi disebabkan terlalu mendalami karakter tersebut. Akhirnya, Randeep Hooda secara perlahan-lahan cuba menghilangkan depresinya itu dan kembali kepada kehidupan biasa.

[FOTO] Apabila Anak SRK, AbRam Yakin Amitabh Bachchan Adalah Datuknya

Manisha Koirala

via @m_koirala

Daripada seorang alcoholic sehingga berjuang melawan kanser, Manisha Koirala mengalami pasang surut dalam kehidupannya. Beliau juga diketahui menderita depresi klinikal disebabkan hubungannya dengan bekas suaminya, Samrat Dahal.

via @m_koirala

Namun, Manisha berjaya melawan segala rintangan dan mula memperhatikan kesihatan psikologinya. Sekarang, beliau adalah wanita yang sihat dan kuat melawan ujian yang mendatang.

Shah Rukh Khan

via @iamsrk

Aktor terkenal Shah Rukh Khan juga tidak terlepas daripada mengalami depresi. Kesihatan mental beliau mula terganggu selepas mengalami kecederaan pada ligamen bahu pada tahun 2008, beliau mengalami depresi semasa tempoh pemulihan kecederaan yang dialaminya.

via @iamsrk

Namun kini, beliau sudah kembali dengan penuh bertenaga.

“Saya berasa sihat dan lebih segar sekarang. Disebabkan kecederaan dan penderitaan, saya mengalami depresi, tetapi sekarang tidak lagi. Saya berasa gembira,” kata SRK.

Karan Johar

via @karanjohar

Karan Johar , salah seorang personaliti Bollywood membuat perkongsian bahawa beliau mengalami depresi lebih dari 2 tahun. Karan Johar atau lebih dikenali sebagai KJo telah mencapai kejayaan dan reputasi besar dalam industri filem di Bollywood dan industri filem lain di seluruh dunia yang menghasilkan blokbuster hits seperti Kuch Kuch Hota Hai, Kabhi Khushi Kabhie Gham, Kabhi Alvida Naa Kehna, dan My Name is Khan.

via @karanjohar

“Terdapat fasa dalam hidup yang mana saya benar-benar tertekan. Semasa saya mengalami fasa itu, saya fikir saya mengalami serangan jantung..saya bergegas berjumpa doktor. Dia kemudian mengatakan bahawa saya mengalami anxiety attack. Saya pergi berjumpa pakar psikologi. Kemudian saya menyedari bahawa saya mempunyai beberapa masalah dalaman yang perlu diuruskan, yang mana menimbulkan anxiety.”

Beliau melakukan terapi dan menjalankan rawatan untuk pulih. Dia menjalani beberapa sesi terapi untuk pulih dari depresi. Memulihkan diri dari fasa ini telah membuat perbezaan besar dalam hidupnya.

'King' Shah Rukh Khan Tiru Penampilan Brad Pitt Dalam 'F1: The Movie'?

Anushka Sharma

via @anushkasharma

Anushka Sharma telah mendedahkan tentang keadaan mentalnya dalam laman sosial Twitter beliau. Anushka Sharma secara terbuka mengakui bahawa dia sering merasa tidak selesa, dan akhirnya berakhir dengan depresi. Pelakon kelahiran 1998 ini menekankan kesan buruk fasa penyiksaan ini

via @anushkasharma

“Depresi adalah penjara di mana anda adalah tahanan yang menderita dan tahanan yang kejam,” kata Anushka ketika itu.

Kemudian, Anushka Sharma menegaskan bahawa mengalami depresi bukanlah sesuatu perkara yang harus disembunyikan. Beliau meminta kepada orang ramai untuk membicarakannya secara terbuka agar dapat keluar dari fasa ini.

Ileana D’Cruz

via @ileana_official

Mempunyai tubuh badan dan wajah yang sempurna, Ileana D’Cruz juga bergelut melawan depresi. Beliau sangat hebat kerana dapat mengatasi tindakan ingin membunuh diri yang sering timbul di fikirannya ketika beliau melalui depresi.

via @ileana_official

Pelakon ini kemudian mendedahkan gangguan kesihatan mental yang dialaminya selama ini kepada orang ramai. Selain itu, beliau juga meminta kepada orang ramai untuk meningkatkan kesedaran dan segera meminta pertolongan untuk mengatasi depresi seperti yang mereka lakukan untuk mengatasi penyakit lain. Sokongan keluarga dan rakan-rakan inilah yang membantu Ileana D’Cruz untuk keluar dari fasa depresi ini.

Hrithik Roshan

via @hrithikroshan

Aktor yang termasuk dalam barisan pelakon Bollywood yang paling seksi, mengakui tertekan kerana keperibadiannya sendiri. Trauma yang dialami masih berbekas sehingga sekarang.

“Saya mengalami depresi, saya juga mengalami kekeliruan. Kita semua mengalami naik dan turun.

Apabila anda mengalami penurunan, perkara yang paling penting adalah menjelaskan pemikiran, kadangkala apabila otak kita mengambil alih, ia akan memberikan pemikiran yang tidak diingini.”

via @hrithikroshan

Setelah menjalani terapi secara rutin, beliau semakin pulih. Tetapi beliau kembali alami depresi apabila meningkat usia disebabkan hubungannya yang bermasalah. Namun beliau kembali pulih setelah melalui rawatan diri dan meditasi.

Amitabh BachchanAnushka SharmaDeepika PadukonedepressionHrithik Roshanileana d'cruzKaran Joharmanisha koiralaRandeep Hoodashah rukh khan
https://lomp.at/5jxi7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Tiz Zaqyah Sebak Terima Limpahan Doa, Bakal Nikah Dengan Kenalan Sejak Kecil, Persiapan Baru 50 Peratus

by Puteri Alia
November 21, 2025

Pelakon berbakat Tiz Zaqyah tidak dapat menahan sebak apabila menerima limpahan doa dan ucapan tahniah selepas mendedahkan bahawa dia bakal...

Read more
Foto - @beingsalmankhan (IG)
Bollywood

“Tiada Seorang Wanita Pun Yang Mahu Melamar Saya”- Salman Khan

Bhaijaan Bollywood, Salman Khan disenaraikan sebagai antara lelaki bujang yang paling banyak diperkatakan di India. Maklumlah, pada usia 59 tahun,...

Read more
by Nurul A.
November 4, 2025
Lokal

Lokarya Perkenal Semula ‘Deruan’

Selepas dua tahun menyepi demi membina asas artistik yang lebih kukuh, band indie Malaysia Lokarya kembali ke pentas arus perdana...

Read more
by Naddy Joe
November 25, 2025
Lokal

Angel & Tabby Akhirnya Kongsi Foto Perkahwinan Sabronzo, Curi Perhatian Netizen-“Lama Korang Simpan Rahsia…”

Ahli kumpulan DOLLA, Angel dan Tabby mencuri perhatian netizen selepas akhirnya berkongsi momen perkahwinan Sabronzo bersama suaminya, Dash Berlin. Sebelum...

Read more
by Naddy Joe
October 1, 2025
Lokal

Nubhan Lafaz Cerai Dalam Kereta, Peguam

Kecoh seketika dunia hiburan bila muncul khabar bahawa penyanyi Akademi Fantasia musim keenam, Nubhan Ahamad, telah melafazkan cerai terhadap isterinya,...

Read more
by Zaidin Albert
October 15, 2025
Lokal

Ustazah Asma Tegur Penampilan Seksi DOLLA Dalam MV ‘Question-“Makin Memalukan..”

Pendakwah bebas, Ustazah Asma Harun tampil memberikan teguran terhadap penampilan kumpulan DOLLA dalam muzik video terbaharu mereka berjudul Question yang...

Read more
by Naddy Joe
November 14, 2025
Lokal

Bodoh Sombong! – Janna Nick Tempelak Golongan T20 Pertikai Aktivis Wanita Dalam Misi GSF

Pelakon dan pengacara terkenal, Janna Nick meluahkan rasa marah terhadap pihak yang mempertikaikan penglibatan aktivis wanita dalam misi kemanusiaan Global...

Read more
by Aphit J.
October 5, 2025
Lokal

[VIDEO] “Ellie Suriaty Artis Paling Beradab”-Fauziah Ahmad Daud

Baru-baru ini, tular satu video yang memaparkan Ellie Suriaty yang merangkul anugerah dalam kategori pelakon pembantu wanita terbaik FFM yang...

Read more
by Noah Ab
November 3, 2025
Screenshot
Lokal

[VIDEO] Reaksi Ammar Ahyan Dapat Kereta Porsche, Curi Perhatian Netizen!

Perkongsian pasangan usahawan kosmetik terkenal, iaitu Datuk Seri Aliff Syukri dan Datin Seri Shahida mencuri perhatian netizen selepas memberikan kejutan...

Read more
by Naddy Joe
October 9, 2025
Bollywood

Pendedahan Mengenai Keluarga Bachchan, Menantu Saudara Amitabh Kongsi Kehidupan Seperti…

Sebagai sebahagian daripada individu berpengaruh di Bollywood, keluarga Amitabh Bachchan (atau dirujuk sebagai keluarga Bachchan) sentiasa menarik perhatian peminat. Dari...

Read more
by Nurul A.
November 6, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    Lisa Surihani Kongsi Rasa Kagum Dengan Sarimah Ibrahim-“Terima Kasih Menjadi Inspirasiku..”

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore