Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Ramai Yang Cemburu Lihat Rumah Adam Levine, Cantik Dan Luas Gila!

by Soph Azz
August 26, 2021
Foto - Architectural Digest

Foto - Architectural Digest

70
KONGSIAN
Share on Facebook

Vokalis kumpulan Maroon 5, Adam Levine dan isterinya, Behati Prinsloo menggambarkan rumah mereka sebagai ‘magik’! Rumah ladang yang dibeli oleh pasangan ini daripada Ben Affleck dan Jennifer Garner telah dirancang dan dibina oleh Cliff May pada akhir 1930-an.

Jom lihat rumah Adam dan Behati, sumpah cantik gila!

Di ruang makan, pasangan ini menggunakan kerusi khas dari keluli dan oak. Manakala meja makan Clements diperbuat daripada walnut. Mereka juga menggunakan lukisan dinding daripada Richard Prince. 

Foto – Architectural Digest

Ruang membaca pula dilengkapi dengan sepasang kerusi yang sangat selesa. Dalam ruang ini juga, pasangan ini meletakkan sebuah bar yang dihiasi dengan pasu dan lukisan. 

Foto – Architectural Digest

Bagi ruang tamu perapian, Adam menggunakan cat berwarna putih dan beberapa kerusi santai serta karya seni Mary Corse yang menaikkan lagi seri ruang tersebut. 

Foto – Architectural Digest

Manakala di ruang tamu utama Adam kelihatan sangat estetik. Dipadankan pula dengan lampu berdiri dan lukisan. Memang marvellous!

Foto – Architectural Digest

Bilik tidur pasangan ini menggunakan cermin yang besar bagi memberikan ilusi ruang yang luar. Jika buka sahaja pintunya, kamu boleh lari ke halaman luar terus tau. 

Foto – Architectural Digest

Yang paling best, ada ruang khas untuk simpan pakaian dan kasut Adam. Bagi ruang Behati pula, kesemua kasut, pakaian dan aksesori disusun dengan kemas. 

Foto – Architectural Digest

Ruang kerja Adam dilengkapi dengan meja, kerusi dan permaidani gaya vintaj. Dia juga menutup sebahagian besar dinding dengan lukisan dan juga gitar milik frontman Maroon 5. 

Foto – Architectural Digest

Dapur dilengkapi dengan perabot kayu moden, peti sejuk, ketuhar dinding dan mesin cuci pinggan mangkuk. Sama seperti di ruang membaca, kerusi dapur Adam juga kelihatan selesa.

Foto – Architectural Digest

Bilik mandi utama rumah ini seperti hotel bintang dengan permaidani dan perabot mewah. Pasangan ini juga mempunyai bilik mandi marmar dengan tab mandi.

Foto – Architectural Digest

Adam juga mempunyai ruang screening yang dilengkapi dengan skrin besar dan beberapa karya seni di setiap sudut. Sofa yang selesa memenuhi ruang yang disediakan untuk berhibur.

Foto – Architectural Digest

Rumah pasangan ini dilengkapi dengan kolam renang di luar. Terdapat beberapa kerusi santai di bawah pokok zaitun di tepi kolam.

Foto – Architectural Digest

Ruang santai yang tenggelam di luar ruang membaca ini direka oleh arkitek Mark Rios. 

Foto – Architectural Digest

Dan akhir sekali halaman luar rumah Adam, sejuk mata tengok pokok yang hijau dan langit yang membiru. 

Foto – Architectural Digest

Memang dream house sangat kan!

adam levinebehati prinsloo
https://lomp.at/w8b5o
Share28Tweet18SendShare

KINI TRENDING

Foto - @austinskyyyy (X)
Hollywood

[VIDEO] Aksi Selena Gomez Cium Kaki Suami Buat Peminat Rasa ‘Kembang Tekak’

by Nurul A.
March 4, 2026

Nama penyanyi Selena Gomez dan penerbit rekod Benny Blanco menjadi topik perbincangan hangat dalam kalangan pengguna media sosial selepas penyanyi...

Read moreDetails
Foto - @zendaya (IG)
Hollywood

Kenapa Zendaya Minta Aktres Seksi Ini Jaga Jarak Daripada Tom Holland?

by Nurul A.
January 30, 2026

Spekulasi mengenai kehidupan peribadi pasangan selebriti, Zendaya dan Tom Holland kembali mencuri perhatian ramai. Kali ini, khabar angin tersebut mengaitkan...

Read moreDetails
Foto -@justjared (IG)
Hollywood

Walaupun Ada Anak, Zayn Malik Akui Tak Pernah Cintakan Gigi Hadid

by Nurul A.
February 16, 2026

Peminat tergamam apabila penyanyi Zayn Malik tampil secara terbukanya, mengakui bahawa dia tidak pernah jatuh cinta dengan bekas kekasihnya, supermodel...

Read moreDetails
Hollywood

Michelle Yeoh Cipta Sejarah Apabila Terima Bintang Hollywood Walk Of Fame

by Naddy Joe
February 19, 2026

Selebriti antarabangsa kelahiran Malaysia, Tan Sri Michelle Yeoh kembali mencipta sejarah apabila menerima namanya diabadikan dik Hollywood Walk Of Fame...

Read moreDetails
Foto - @kellyclarkson (IG)
Hollywood

Kena Tipu? Kelly Clarkson Akui Tak Pernah Hadiah Kereta Selepas Menang American Idol

by Nurul A.
March 13, 2026

Penyanyi dan penulis lagu, Kelly Clarkson mendedahkan bahawa dia tidak pernah menerima kereta yang dijanjikan kepadanya selepas memenangi rancangan pencarian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  2. 2

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  3. 3

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara