Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Rambut Rosak Teruk, Ada Kemungkinan Botak…Siti Jamumall Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang?

by Arsiqin Yusof
October 17, 2022
Share on Facebook

Pempengaruh dan ahli perniagaan, Siti Jamumall meluahkan rasa sedih dan geram apabila pendandan rambut di sebuah salon di Johor Bahru didakwa membuat kesilapan ketika dia mendapatkan perkhidmatan mewarnakan rambut di sana, semalam.

“Jahanam rambut saya. Sekarang dah nipis, sampai nak hilang semua. Boleh tengok dah nak botak,” demikian luahannya.

Mahu Ambil Tindakan Undang-Undang?

Rentetan itu, Siti Jamumall, 23, atau nama sebenarnya Siti Suriani Wahiddin berkata, dia sudah berbincang dengan wakil peguam untuk mengambil tindakan undang-undang.

“Saya baru lepas bercakap dengan peguam dan terangkan apa terjadi. Saya tak minta banyak memandangkan perkara ini sudah terjadi, rambut pun dah rosak, jadi saya nak mereka bertanggungjawab untuk perbaiki semula rambut saya. Itu saja.

“Saya dari jam 8 malam hingga 2 pagi pun tak selesai lagi. Akhirnya mereka cuba baiki sampai jam 6 pagi hari ini baru saya balik rumah. Tak tahu nak ckp macam mana. Saya cari duit dengan membuat sesi ‘live’. Kalau keadaan saya macam ni memang malu lah saya. Kalau ikutkan peguam, saya boleh saman malu dan minta ganti rugi berdasarkan berapa lama saya tak boleh ‘live’.

“Tapi saya tahu dia takkan mampu bayar kalau nak kira sekali saya ‘live’ berapa pendapatan yang dapat. Jadi saya harap mereka boleh bertanggungjawab. Kalau memang tak reti buat rambut pelanggan, janganlah. Rambut saya sihat dan tidak ada masalah pun sebelum ni,” katanya.

@jamumalldotcom

Pengalaman ngeri siti buat colour rambut .. dah hampir botak ni ?? apa nak buat ni?? ???

♬ original sound – J A M U M A L L . C O M – Jamumalldotcom

Tambahnya lagi, dia berdepan masalah lebih besar iaitu rambut botak jika tidak dapat diselesaikan dalam masa dua minggu.

“Pendandan itu sampai lebih sejam lebih dia ‘bleach’ rambut saya. Apabila saya tanya, dia cakap itu perkara biasa. Masing-masing tak nak ambil tanggungjawab hingga saya buat ‘live’. Ketika itu semua kelam kabut datang nak buatkan rambut saya. Tapi, tak tahu boleh selamat lagi atau tak. Rambut ini adalah mahkota bagi setiap wanita. Sedih sangat dengan apa yang terjadi.

“Kawan saya yang kerja di salon ada cakap, selepas dua minggu rambut saya boleh botak. Kalau tengok sekarang dah macam apa. Kosong, habis nampak kulit kepala.

“Rambut saya sampai pendek dan putus banyak. Banyak kesilapan dia buat, pertama dia biarkan rambut saya dalam keadaan ‘bleach’ sampai lebih sejam lebih, dia biar begitu saja. Lepas tu pasang ‘hitter’. Saya pula tak tahu semua ni. Saya percaya sebab dia cakap sudah tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini,” katanya.

@jamumalldotcom

Tolong jangan aniaya customer macam ni

♬ original sound – J A M U M A L L . C O M – Jamumalldotcom

Lafaz Talak Depan 25K Penonton, Siti Jamumall Tunggu Keputusan 22 September!
Siti Jamumall
https://lomp.at/xyq2b
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kakya_nadia (Threaads) / @abbyabadi_112 (IG)
Lokal

Kakak Umisya Mazlan Tolak Dakwaan Abby Abadi- “Confirm Takde Bukti?”

by Nurul A.
April 1, 2026

Nampaknya kontroversi melibatkan pempengaruh Umisya Mazlan, Ahmad Aslam dan Marissa Dania Hakim tiada penghujungnya. Kali ini kakak Umisya, Nadia tampil...

Read moreDetails
Lokal

“Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

by Naddy Joe
February 25, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri mengakui bukan mudah untuk menyelenggara rumah agam 28 bilik miliknya di Petaling Jaya....

Read moreDetails
Lokal

“Saya Ambik Job Ni Sebab Nak Berlakon Dengan Dia Je..”-Puteri Aishah

by Naddy Joe
April 9, 2026

Pelakon, Puteri Aishah berkongsi rasa terharu apabila diberi peluang untuk bergandingan aktres jelita, Amyra Rosli menerusi drama Khianat Yang Terpilih....

Read moreDetails
Foto - @zizi_kirana (IG)
Lokal

Zizi Kirana Kongsi Foto Bersama Keluarga Yusuf Bahrin, Netizen Puji

by Nurul A.
April 8, 2026

Terkini, penyanyi Zizi Kirana mencuri perhatian ramai selepas berkongsi sebuah foto mesra bersama keluarga bekas suaminya, Yusuf Bahrin. Menerusi platform...

Read moreDetails
Lokal

PU Syed Kesal Babak Dalam Drama Penunggang Agama-“Cukup-Cukuplah Mencemarkan Watak Berjubah & Berserban…”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed tampil memberikan teguran secara terbuka terhadap salah sebuah drama islamik yang memaparkan watak yang tidak bersesuaian...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara