Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Lafaz Talak Depan 25K Penonton, Siti Jamumall Tunggu Keputusan 22 September!

by Puteri Alia
August 7, 2025
Share on Facebook

Kes pengesahan lafaz cerai pasangan pempengaruh media sosial, Aiman Tak Kesah dan Siti Jamumall, semakin hampir ke noktah apabila Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam menetapkan 29 Ogos sebagai tarikh penghujahan bertulis, manakala 22 September pula sebagai hari keputusan muktamad.

Peguam yang mewakili Aiman, Mohd Noor Aizan Md. Idros memaklumkan bahawa sesi hari ini menyaksikan kedua-dua pihak, Aiman sebagai plaintif dan Siti sebagai defendan, telah memberikan keterangan penuh mengenai lafaz cerai yang berlaku secara terbuka dalam siaran langsung TikTok pada 15 Mei lalu. Hakim juga telah mengambil inisiatif menyoal kedua-dua pihak secara langsung untuk mendapatkan gambaran jelas mengenai lafaz yang menjadi pertikaian.

Menurut peguam itu lagi, suasana perbicaraan agak tegang, khususnya apabila kronologi pertengkaran pasangan tersebut dikupas secara terperinci. Malah, Aiman juga dikatakan berdepan dengan tuduhan daripada pihak Siti yang mendakwa beliau mengambil dadah pada malam kejadian, satu dakwaan yang timbul melalui soalan berunsur provokasi semasa siaran langsung itu berlangsung. Pertanyaan itu didakwa menjadi punca utama pertengkaran sehingga Aiman melafazkan talak kepada Siti di hadapan lebih 25,000 penonton secara langsung di media sosial.

Isu sama ada lafaz cerai itu jatuh sebagai talak dua atau tiga hanya akan diputuskan oleh mahkamah pada 22 September nanti, tertakluk kepada penilaian terhadap kronologi serta lafaz yang telah dikemukakan oleh kedua-dua pihak. Sekiranya terdapat pihak yang tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut, kes berkemungkinan akan dibawa ke Mahkamah Tinggi Syariah untuk proses rayuan.

Sebelum ini, pasangan pempengaruh itu menjadi tumpuan selepas pertelingkahan mereka tular, dengan lafaz cerai dilakukan secara terbuka dan tanpa segan silu di hadapan ribuan penonton. Kini, segala-galanya bakal ditentukan secara rasmi oleh pihak mahkamah.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Siti Jamumall
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Jarang Remy Ishak Mengamuk Di Threads, Kali Ini Isu Oksigen Pula Jadi Punca!

by Phic ARMAN
October 12, 2026

Jarang-jarang pelakon Datuk Remy Ishak bersuara di Threads, sekali dia muncul dengan luahan yang cukup pedas! Kali ini, isu jerebu...

Read moreDetails
Ko Kyung Pyo
Spotlight

Ko Kyung Pyo Mohon Maaf, Terlibat Insiden Mabuk Hingga Rempuh Trak Sampah

by Nurul A.
November 16, 2026

Pelakon Korea Selatan, Ko Kyung Pyo memohon maaf atas kontroversi memandu dalam keadaan mabuk baru-baru ini. Menerusi akaun Instagramnya, Kyung...

Read moreDetails
Meghan Markle
Spotlight

Bapa Terpalit Isu P*rnografi Kanak-Kanak, Meghan Markle Dakwa Tahu Sejak 2018

by Nurul A.
October 26, 2026

Bapa Meghan Markle, Thomas Markle, dilaporkan sedang disiasat oleh pihak berkuasa Filipina. Thomas disiasat atas tuduhan memiliki bahan pornografi kanak-kanak....

Read moreDetails
will hyde, blvckheart
Spotlight

will hyde & BLVCKHEART Lancar Single Kolaborasi “love 4 granted”

by Nurul A.
September 29, 2026

Artis indie-pop dan R&B Australia, will hyde, kembali dengan single terbaharunya, ‘love 4 granted’, sebuah lagu kolaborasi bersama artis hip-hop Thailand,...

Read moreDetails
Spotlight

Manusia Lebih Menakutkan Daripada Hantu? Confessions Of A Shaman Bongkar Kisah Dendam Berdarah

by Phic ARMAN
November 10, 2026

Kadangkala, perkara paling menakutkan bukanlah sesuatu yang muncul dari alam ghaib, tetapi manusia yang sanggup melakukan apa sahaja demi memuaskan...

Read moreDetails
Steps
Filem

Bukan Kisah Dongeng Biasa, ‘Steps’ Tampil Dengan Twist Mengejutkan!

by Nurul A.
October 16, 2026

Netflix telah mendedahkan treler untuk filem 'Steps', sebuah komedi fantasi yang membayangkan semula kisah Cinderella dari perspektif adik-beradik tirinya yang...

Read moreDetails
Ratu cantik israel
Spotlight

Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

by Nurul A.
November 25, 2026

Ratu Cantik Israel, Danielle Yablonka, berdepan dengan sorakan 'boo' daripada penonton semasa memperagakan kostumnya di Puerto Rico baru-baru ini. Kostum...

Read moreDetails
Sunshine Through The Rain
Spotlight

Selepas ‘Luke-Flora’, “Sunshine Through The Rain” Bakal Buat Kamu Ketagih C-Drama!

by Nurul A.
November 23, 2026

Selepas fenomena "The Early Spring", ramai yang mula tertarik untuk menonton drama China (C-Drama) yang lain. Dan yang baharunya, "Sunshine...

Read moreDetails
Spotlight

The Lament of Autumn Raih No. 1 di iQIYI Malaysia, Cinta Cheng Lei dan Xu Ruohan Penuh Rahsia!

by Phic ARMAN
October 23, 2026

Drama China bukan sekadar tentang cinta pandang pertama dan adegan romantik. Ada kalanya, perasaan mula berputik ketika masing-masing menyimpan rahsia....

Read moreDetails
pami thailand
Spotlight

“loser”, Artis Thailand pami Mahu Terus Bercinta Untuk Elak Rasa Sunyi

by Nurul A.
October 5, 2026

Artis Thailand, pami, kembali dengan single terbaharunya, ‘loser’, yang meneroka sisi rapuh percintaan remaja masa kini. Terperangkap antara keinginan untuk...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penulis Novel ‘Suamiku Anak Mak’ Luah Rasa Kecewa,- “Dulu Pernah Kena Hina Penulis Sampah”

  2. 2

    ‘Allah Dah Jaga Aib Arwah, Awak Buka’- Netizen Tak Setuju Pelakon Kongsi Video Lama Yasmin Ahmad

  3. 3

    KAHA MAIDAM 2026 Kembali, Ini Tarikh Penebusan & Jumlah Bantuan Untuk Asnaf Terengganu

  4. 4

    Gara-Gara Kostum, Ratu Cantik Israel Berdepan Sorakan ‘Boo’ Dari Penonton

  5. 5

    Diet Tembikai Boleh Hilangkan Perut Buncit Dalam Seminggu?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara