Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Hidap Gastrik Hingga Kulit Leher Kemerahan, Ramlah Ram Dinasihatkan Untuk Berehat Seketika

Penyanyi senior berbakat, Ramlah Ram mengalami masalah gastrik hingga menyebabkan kulit di bahagian lehernya menjadi kemerahan.

by Arsiqin Yusof
June 10, 2022
Share on Facebook

Penyanyi senior berbakat, Ramlah Ram mengalami masalah gastrik hingga menyebabkan kulit di bahagian lehernya menjadi kemerahan.

Berehat Sekurang-Kurangnya Lima Hari

Menurut Ramlah Ram, dia telah mendapatkan nasihat doktor untuk berehat sekurang-kurangnya lima hari tanpa menyanyi seperti biasa.

“Saya memang menghidap gastrik sejak dahulu, tapi kali ini hingga ada merah-merah di kawasan leher. Puncanya memang daripada refluks asid, ia menolak ke tekak dan itulah sebabnya ada merah-merah di leher.

“Dahulu saya sudah berjumpa doktor dan dinasihati untuk berehat, tapi saya tetap menyanyi. Selasa baru-baru ini, saya jumpa doktor lagi dan menasihati saya untuk berehat selama sekurang-kurangnya lima hari. Kalau ikutkan dua minggu, tapi tempoh minimumnya adalah lima hari.

“Sepanjang tempoh berehat ini, saya tidak boleh menyanyi kerana ia boleh memaksa peti suara dan refluks asid naik ke kawasan leher, bimbang masalah akan berlarutan pula,” katanya kepada Murai MY.

Ramlah Ram berkata demikian ketika ditemui di majlis sidang media Konsert Tribute Seniman Negara Datuk Seri Ahmad Nawab di Istana Budaya, Kuala Lumpur petang semalam.

Via Instagram – Ramlah Ram

Bukan Pada Tahap Serius

Bagaimanapun penyanyi Kau Kunci Cintaku Dalam Hatimu itu menambah, masalah gastrik yang dialaminya itu bukanlah pada tahap teruk hingga memerlukan pembedahan.

“Kalau boleh saya nak elak daripada kena pembedahan kerana ada risiko suara kita berubah. Tapi keadaan saya sekarang ini bukanlah serius, cuma kena berjaga-jaga dan tidak boleh menyanyi lagi dalam tempoh berehat ini.

“Selain ambil ubat yang diberi doktor, saya memang elakkan makanan pedas, berminyak dan yang menyebabkan angin, kiranya lebih berpantanglah buat masa sekarang ini,” katanya lagi.

Konsert Tribute Seniman Negara, Datuk Seri Ahmad Nawab akan berlangsung di Istana Budaya pada 1 hingga 3 Julai 2022.

Selain Ramlah Ram, beberapa artis lain yang bakal membuat persembahan untuk konsert tersebut adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk Khadijah Ibrahim, Shidee dan Wany Hasrita.

ramlah ram
https://lomp.at/szpgc
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Lokal

Kamal Adli Tak Lupa Sebut Nama Uqasha Senrose Untuk Kejut Sahur- “Lawak Tapi Kesian”

by Nurul A.
February 20, 2026

Pelakon Kamal Adli sekali lagi menjadi perbualan ramai apabila memuat naik video kejut sahurnya pada hari kedua berpuasa di platform...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Aliff Syukri Mengamuk Disindir Iman Troye, Netizen Sudah Lali Gimik Lagu Baru?

by Naddy Joe
February 11, 2026

Tiada angin tiada ribut , usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan rasa berang terhadap penyanyi, Iman Troye yang...

Read moreDetails
Lokal

Anak Along Eyzendy Kongsi Janji Terakhir Arwah-“Tapi Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Anak lelaki kepada pelakon, Allahyarham Along Eyzendy iaitu Eyman mencetuskan rasa sebak netizen selepas membuat perkongsian mengenai arwah bapanya yang...

Read moreDetails
Berita

Pak Nil Perjelas Isu Podcast Mia Sara-“Dirakam Sebelum Kes Dia & Aqish Meledak…”

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil menjelaskan isu klip 'podcast' yang dikendalikan dan turut menampilkan pelakon, Mia Sara Nasuha...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara