Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Selera

Rasa Lebih Authentic Bila Makan Makanan Korea Di Restoran KL & Selangor Ini…

by Soph Azz
January 27, 2023
Foto - Instagram

Foto - Instagram

Share on Facebook

Siapa yang automatik jadi terliur dan craving bila tiap kali tonton drama, filem atau variety shows Korea?

Apabila tiba part makanan, memang tak dinafikan kita akan jadi kecur air liur dan terus rasa nak makan makanan Korea. Jika visualnya sudah nampak menyelerakan, apatah lagi rasanya. Memang sedaplah!

Nak cari makanan Korea di Malaysia terutamanya Kuala Lumpur dan Selangor sebenarnya senang saja. Memandangkan kini sudah ada banyak restoran Korea dibuka, Miss Murai nak syorkan kamu beberapa restoran yang  best.

Psst… Setiap restoran yang disyorkan ini ada halal tau!

1. Dookki Malaysia

Rasa teringin nak makan tteokbokki yang sedap? Apa kata kamu pergi ke Dookki Malaysia untuk cuba pelbagai jenis tteokbokki yang dibawa khas daripada Korea Selatan.

View this post on Instagram

A post shared by Dookki Malaysia (@mydookki)

Padankannya hidangan tteokbokki dengan kek ikan, ayam, makanan laut, tempura dan pelbagai makanan lain. Dan sekiranya kamu peminat makanan pedas, kamu boleh request tahap kepedasan tteokbokki pada pelayan.

  • Lokasi: L1-12B, IOI City Mall, IOI Resort, City Lebuh IRC, 62502, Putrajaya
  • Waktu: 11:30 pagi – 10:00 malam

2. Sweetree Restaurant

Tekak teringin nak makan dakgalbi, BBQ Korea, samgyetang, ayam goreng Korea dan sebagainya? Cuba kamu pergi ke Sweetree Restaurant.

View this post on Instagram

A post shared by Sweetree Restaurant (@sweetreerestaurant)

Sebut sahaja apa yang kamu teringin nak makan, semuanya ada di sini. Selain daripada makanan Korea, kamu juga boleh mencuba beberapa makanan lain seperti pasta, kentang goreng mahupun Vietnamese wrap.

  • Lokasi: Lot 13 L1, L2 & Lot 12 L1, Jalan Ampang Putra, Taman Putra Sulaiman, 68000 Ampang, Selangor
  • Waktu: 11:30 pagi – 9:00 malam

3. SeoulNami Korean BBQ

Terletak di Garden Mall, SeoulNami Korean BBQ menawarkan on-table grill Korean BBQ yang sangat sesuai untuk pelanggan yang datang secara berkumpulan kecil mahupun besar.

View this post on Instagram

A post shared by SEOULNAMI KOREAN BBQ (@seoulnamikoreanbbq)

Menu terkenal mereka adalah Chuncheon Chicken BBQ iaitu potongan ayam lembut yang terdapat dalam 4 jenis perisa dari spicy hot pepper sehingga sweet honey butter.

  • Lokasi: F-215 The Gardens Mall, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, 59200 Kuala Lumpur
  • Waktu: 11:00 pagi – 10:30 malam

4. Gangnam Station Restaurant 

Kamu berada di Shah Alam dan teringin makan makanan Korea? Cuba kunjungi Gangnam Station Restaurant.

View this post on Instagram

A post shared by Gangnam Station 222 (@gangnamstationrestaurant)

Pelbagai jenis menu dan mempunyai pekerja yang mesra, ramai pelanggan datang untuk mencuba menu berasaskan nasi dan mee. Salah satu makanan yang popular di sini adalah bulgogi.

  • Lokasi: No G45, Block 6, Laman Seri Business Park, Persiaran Sukan, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor
  • Waktu: 11:30 pagi – 10:30 malam

6. Kung Jung Korean Restaurant

Ada banyak pilihan makanan Korea yang boleh buatkan kamu jadi kecur liur untuk memesannya. Apa yang Miss Murai nak syorkan adalah bibimbap, set bbq, ssam jang dan banyak lagi.

View this post on Instagram

A post shared by Kung Jung Korean Restaurant (@kung_jungkorean)

Bila baca review, ramai yang mengatakan daging yang digunakan dalam set bbq adalah daging yang sangat segar.

  • Lokasi: Lot No 3.1 Level 3 PNB Perdana, Jln Binjai, 50450 Kuala Lumpur
  • Waktu: 11:30 pagi – 2 petang | 6 petang – 10 malam | Selasa cuti

Selamat mencuba!

restoran korea authenticrestoran korea halalrestoran korea lembah klang
https://lomp.at/4gs5f
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - NakNak
Selera

Makan Tanpa Waswas, NakNak Kini Disahkan Halal!

by Nurul A.
February 15, 2026

Berita baik untuk peminat NakNak! Peminat NakNak kini mempunyai lebih banyak sebab untuk bergembira apabila restoran servis pantas (QSR) berinspirasikan...

Read moreDetails
Foto - Inside Scoop
Selera

“Rasa-Rasa Malaysia”- Sertai Inside Scoop Untuk Terokai Citarasa Tempatan

by Nurul A.
April 4, 2026

Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan...

Read moreDetails
Selera

Nikmati Lomak Salai Tampin Di Buffet Ramadhan Heritage Valley KL, Harga Hanya Bermula RM44!

by Naddy Joe
February 15, 2026

Heritage Valley Kuala Lumpur mempersembahkan buat julung kalinya Ramadhan Feast Buffet berkonsepkan suasana kampung di tengah kota, hasil kolaborasi eksklusif...

Read moreDetails
LifeXplore

Biskut Raya 2026: Tradisional & Moden Untuk Raya Lebih Meriah

by Farah Fatihah
March 13, 2026

Menjelang Aidilfitri, salah satu perkara yang paling dinanti ialah pilihan biskut raya untuk dihidangkan kepada tetamu. Setiap tahun, pelbagai jenis...

Read moreDetails
Foto - Lubok Resepi (FB)
Selera

Tak Lengkap Bulan Ramadan Tanpa Bubur Lambuk- Ini Resepi Paling Senang & Sedap!

by Nurul A.
February 15, 2026

Jujur MURAI beritahu, memang tak lengkap bulan Ramadan jika tiada menu bubur lambuk. Menu ini boleh dikatakan hampir setiap hari...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  2. 2

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

  3. 3

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Hanyz Amanda Mohon Bantuan Kewangan Buat Ibu, Norish Karman- “Kami Tak Sanggup Lagi Melihat Keperitan Dilaluinya”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara