Sempena meraikan Tahun Melawat Malaysia 2026, jenama aiskrim Inside Scoop, telah melancarkan koleksi “Rasa-Rasa Malaysia”. Setiap perisa diinspirasikan daripada ramuan tempatan dan kisah tradisi setiap negeri.
Koleksi edisi terhad ini menampilkan enam perisa baharu yang melambangkan identiti unik negeri-negeri di Malaysia. Koleksi ‘Rasa-Rasa Malaysia’ ini menggunakan ramuan autentik yang menonjolkan keaslian citarasa setiap negeri.

Enam perisa tersebut ialah:
- Affogato (Johor): Sebuah sanjungan buat kopi Liberica Muar yang terkenal sebagai “Elephant Bean”.
- Dark Chocolate Banana (Kelantan): Menampilkan hasil tanaman terbaik Pantai Timur, coklat gelap 70% dari Kelantan yang pernah memenangi anugerah. Digandingkan pula dengan kemanisan pisang berangan ranum untuk keseimbangan sempurna antara rasa pahit dan manis.
- Dodol Musang King (Melaka): Gandingan unik antara sajian warisan Melaka dengan Raja Buah. Tekstur kenyal dan rasa karamel dodol durian tradisional dipertingkatkan lagi dengan Musang King.
- Gula Apong Tiramisu (Sarawak): Perisa tiramisu ini diserikan dengan adunan gula apong Sarawak yang menawarkan smoky yang unik.
- Moola ChocoMalt Kaw Dinosaur (KL/Selangor): Diinspirasikan daripada minuman klasik gerai mamak sekitar KL dan Selangor.
- Strawberry Lemonade (Pahang): Aiskrim lemon digabungkan bersama strawberi Cameron Highlands, membangkitkan suasana dingin tanah tinggi.

Setiap skup aiskrim Rasa-Rasa Malaysia akan dihidangkan dalam cawan khas yang dibalut dengan ilustrasi unik bagi setiap negeri. Pelanggan boleh menikmati perisa kegemaran secara individu. Atau membawa pulang Pek Rasa-Rasa edisi terhad (RM70) sesuai untuk dikongsi bersama keluarga dan rakan.

Inside Scoop turut membangkitkan keterujaan pengembaraan citarasa ini melalui aktiviti jejak cop (stamp rally). Bagi setiap pembelian Pek Rasa-Rasa (RM70) edisi terhad, pelanggan akan menerima sebuah Pasport Aiskrim.
Singgah ke cawangan Inside Scoop bagi mengumpul reka bentuk cop yang unik sebagai kenangan.
Setiap cawangan menampilkan reka bentuk cop yang unik. Pasport Aiskrim ini hanya tersedia secara eksklusif dengan setiap pembelian Pek Rasa-Rasa, sementara stok masih ada.
Koleksi ini boleh didapati di semua cawangan Inside Scoop seluruh negara dari 6 April 2026 sehingga 11 Mei 2026. Selamat mencuba!






