Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Rasai Keajaiban ‘Madagascar The Musical’ Di Kuala Lumpur Disember Ini

by Phic ARMAN
October 10, 2019
Share on Facebook

Madagascar? Pasti ramai yang sudah kenal dengan filem animasi komedi ini yang berkisarkan kisah sekumpulan haiwan liar yang berperwatakan riang, semangat dan mencuit hati lalu cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan di hutan selepas meloloskan diri dari zoo.

Kini, bayangkan adegan-adegan tersebut dilakonkan semula secara langsung di depan mata anda!

Nak tahu bila? Ia berlangsung pada 5 hingga 8 Disember 2019, di mana karakter -karakter kegemaran anda dari filem Madagascar ini bakal membuat persembahan secara langsung di Dewan Plenary di KLCC yang menjanjikan keseronokkan dan lawak pecah perut melalui tarian dan muzik dalam adaptasi muzikal ini.

Madagascar The Musical telah menjelajah dan membuat persembahan di beberapa venue terbesar di UK, dan kini Malaysia mendapat penghormatan sebagai negara Asia Tenggara pertama untuk menjadi tuan rumah yang pertama sejak sambutan hangat yang diterima di UK.

Sebagai kumpulan muzikal yang menjelajah, pertukaran dari satu venue ke venue yang lain sememangnya mencabar.

Satu lagi aspek penting adalah memastikan pentas dipersiapkan dengan betul supaya produksi berjalan lancar dari permulaan sehingga akhir tanpa sebarang masalah.

Bayangkan andai ada pelakon tersandung atau terjatuh kerana alatan yang tidak diletakkan di tempat yang betul.

Oleh itu, persediaan pentas yang sempurna adalah mustahak sekali untuk persembahan muzikal yang rancak dan padat dengan pelbagai adegan pada sesuatu masa.

Sertai Alex the Lion (Si Singa), Marty the Zebra (Si Zebra), Melman the Giraffe (Si Zirafah) and Gloria the Hippo (Si Badak) dalam pengembaraan mereka yang mengasyikkan sebaik meloloskan diri daripada ‘kediaman’ mereka di Zoo Central Park di New York untuk mencari kehidupan baharu di hutan dan terserempak dengan King Julien yang melucukan di Madagascar sewaktu perjalanan mereka.

Diterbitkan di UK dengan kerjasama DreamWorks, Madagascar The Musical akan memainkan beberapa lagu ikonik termasuk “I Like To Move It, Move It’ dan beberapa lagi lagu baharu yang tentunya membuatkan penonton-penonton menari-nari mengikuti rentak.

Harga Tiket bermula dari RM498 (Premium), RM368 (VIP), RM268 (KAT A),RM188 (KAT B), dan RM98 (KAT C) . Harga tiket adalah tertakluk kepada yuran tempahan tiket RM4.

Menerusi Promosi Istimewa Maybank, anda boleh nikmati diskaun harga tiket sebanyak 25% apabila anda membuat pembelian dengan Kad Maybank. Sah untuk tiket Premium, VIP dan Kat A sahaja. Promosi berlangsung sehingga 8 Disember 2019.

YouTube video

Untuk maklumat lanjut berhubung pementasan, barisan pelakon dan pembelian tiket, sila layari www.milestone-entertainment.com atau facebook

https://lomp.at/hdkvg
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @kongtaomovie (IG)
Filem

Pelakon Filem Seram ‘Kong Tao’ Bakal Temui Peminat Di Penang & Lembah Klang!

by Nurul A.
March 9, 2026

Filem seram kerjasama Malaysia-Thailand, 'Kong Tao' bakal ditayangkan di pawagam seluruh negara mulai 19 Mac 2026. Bersempena tayangan filem ini,...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Tiket Flight 100% Diskaun? Vietjet Buat Ramai Rakyat Malaysia Tak Senang Duduk!

by Phic ARMAN
April 2, 2026

Kalau MURAI cakap, ini memang timing paling “cun” untuk plan getaway, siapa tengah pasang angan-angan nak ke Vietnam tu, memang...

Read moreDetails
Foto - @pureluxury.mag (IG)
Budaya

5 Filem Romantik Untuk ‘Netflix & Chill’ Dengan Si Dia Semasa Hari Kekasih 2026!

by Nurul A.
February 9, 2026

Tinggal lima hari sahaja lagi sebelum Hari Kekasih tiba! Untuk pasangan yang mahu mencipta momen yang paling romantis dalam suasana...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Kenapa Vietjet Air Dipilih Jadi Syarikat Penerbangan Tambang Rendah Terbaik Dunia 2026?

by Phic ARMAN
March 24, 2026

Vietjet Air sekali lagi buat gegar dunia penerbangan bila dinobatkan sebagai World’s Best Ultra Low-Cost Carrier 2026 di Airline Excellence...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Wak Doyok Sasar Branniganz Suites Di Bukit Bintang-“Kereta Mewah… Semua Dah Ku Jual”

  2. 2

    Kekayaan Aliff Syukri Dibandingkan Dengan Vincent Tan, Jawapan ‘Humble’ Shahida Raih Pujian

  3. 3

    “RM7.80 Je Pun?” – Sikap Sambil Lewa Layan Pelanggan Cetus Rasa Tidak Puas Hati

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kampung Agong Di Penaga Ada Pemandangan Cantik Macam Luar Negara

  5. 5

    Putera Jefri Ibrahim di Johor Motorsports Racing (JMR) Curi Perhatian, Ramai Kagum Dengar ‘British Slang’

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara