Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Rashidi Ishak Dilabel ‘Duda Hot’ Selepas Bercerai?

by Ayden Mikhael
April 6, 2019
Share on Facebook

Mengumumkan bahawa beliau sudah bercerai dengan Vanidah Imran pada Ogos 2018, pelakon Rashidi Ishak memberitahu yang beliau kurang selesa apabila segelintir netizen melabel dia sebagai ‘duda hot’. Rashidi digelar sedemikian selepas penampilannya dilihat lebih kemas selain semakin kurus selepas bercerai.

“Saya sebenarnya kurang selesa apabila diberi gelaran seperti itu. Jika hendak tahu, badan saya kurus kerana saya mula menjalani kehidupan sihat dan lebih aktif sejak dua tahun lalu.

“Setiap hari saya akan berlari lima kilometer selain mengamalkan pemakanan dan gaya hidup sihat. Lagipun saya sudah berusia dan inilah masanya untuk saya lebih menjaga tubuh badan supaya kekal sihat dan bertenaga,” kata Rashidi.

Selain itu, selepas mengumumkan sudah bercerai baru-baru ini, Rashidi mendedahkan dia menerima lebih 300 mesej setiap hari di laman Instagram. Rashidi berkata, sejak peminat mengetahui dirinya kembali solo, ramai yang menghantar mesej dan memberikan kata-kata semangat kepadanya terutama daripada peminat wanita.

“Jika ada kelapangan saya akan balas mesej mereka. Saya cuba sedaya upaya membalas semua mesej itu dan saya sangat menghargai sokongan mereka,” ujar Rashidi lagi.

Untuk makluman pembaca murai.my, Rashidi mendirikan rumah tangga bersama Vanidah pada 1 Oktober 2000. Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan dua anak iaitu Mikhail Imran, 18, dan Maryam Rashika, 15. murai.my mendoakan Rashidi tabah meneruskan kehidupan solo selepas bercerai.

"Menteri Takde Nak Buat Apa-Apa Tindakan Ke?..."-Rashidi Ishak
rashidi ishak
https://lomp.at/31iod
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Fad Bocey Luah Rasa Rindu Pemergian Arwah Abam

by Naddy Joe
February 11, 2026

Pelawak, Fad Bocey mengenang kembali pemergian sahabatnya, Allahyarham Abam Bocey yang pergi mengadap Illahi pada 10 Februari 2020. Menerusi hantaran...

Read moreDetails
Foto - @shihazikir (IG)
Lokal

Shiha Zikir ‘Backup’ Noraniza Idris- “Pesan Dekat Peminat Untuk Tidak Komen Toksik”

by Nurul A.
March 13, 2026

Rasanya ramai yang tahu bahawa penyanyi irama tradisional, Noraniza Idris, atau mesra disapa sebagai Kak Ani, telah menuai kecaman segelintir...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Uyaina Arshad Berdebar Tunggu Detik Bersalin-“Adakah Nyawa Akan Terus Hidup Atau…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengakui rasa takut apabila dia bakal menjalani pembedahan Caesarean (C-Section) cahaya mata ketiganya. "Takut Yang...

Read moreDetails
Spotlight

“Jangan Bazir Duit Buat Lagu Raya!”- Eric Fuzi

by Phic ARMAN
February 27, 2026

Isu strategi artis baru keluarkan lagu raya kembali jadi perbincangan hangat selepas satu kenyataan pedas daripada Eric atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Berita

Andika Putera Kesal Sikap Netizen Kritik Pakaian Alisha, Fazura Beri Respon!-“Yang Buruk Ialah Sifat Sombong…”

by Naddy Joe
February 9, 2026

Pempengaruh media sosial, Andika Putera meluahkan rasa kesal terhadap tindakan segelintir netizen yang mempersoalkan penampilan anak perempuannya, Alisha Puteri yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  4. 4

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  5. 5

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara