• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Ratu Cantik Dituduh Jadi Punca Penceraian Engku Emran Dan Nabila, Erra Fazira Bengang Dilempar Tuduhan Biadap

by Puteri Alia
September 26, 2023
Share on Facebook

Benarkah dosa fitnah lebih besar daripada membunuh?

Ini kerana ramai yang mentafsirkan fitnah sebagai menyebarkan perkara tidak benar, sedangkan perkataan fitnah dalam konteks ayat yang disebutkan dalam al-Quran iaitu Surah al-Baqarah ayat 191 dan 217 berkenaan merujuk kepada syirik. Dalam erti kata lain, dosa syirik itu lebih besar daripada membunuh.

Menurut sumber, fitnah itu ada banyak maksud. Fitnah bermaksud ujian, mensyirikkan ALLAH, buat cerita orang dan lain-lain. Bagaimanapun, fitnah menceritakan perkara yang tidak betul juga merupakan salah satu dosa besar.

Berbahas soal ini, baru-baru ini nama penyanyi dan pelakon terkenal, Erra Fazira tidak semena-mena terkait dalam kes penceraian bekas suaminya, Engku Emran Engku Zainal Abidin dan Noor Nabila Mohd Noor.

Semuanya gara-gara hantaran biadab pengendali akaun di media sosial yang menuduh bekas ratu cantik itu menjadi punca Engku Emran dan kakak Neelofa itu bercerai.

“Jangan macam ini… Nak sensasi pun, jangan buat fitnah!

“Saya tak pernah memberi sebarang komen sebegini,” tegasnya.

Dalam hantaran yang dimuat naik menerusi Insta Story miliknya, pengendali akaun media sosial itu mendakwa Erra atau nama sebenarnya Fazira Wan Chek mendedahkan perangai sebenar Engku Emran.

Tegas pelatun lagu Pasrah itu, dia menghormati privasi bapa kepada anaknya dan pasangan serta meminta semua pihak tidak mempersendakan perjalanan hidup orang lain.

“Jangan persendakan perjalanan hidup seseorang bilamana kita sendiri tak tahu nasib dan perjalanan kita kelak,” ujarnya.

Semalam, Engku Emran, 48, melafazkan talak satu terhadap Noor Nabila, 39, di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, seminggu selepas kisah rumah tangga menjadi perhatian umum apabila Nabila mendedahkan suaminya menyatakan hasrat untuk tidak lagi meneruskan hubungan rumah tangga mereka.

[VIDEO] Reaksi Mr. E Dipuji Ibu Erra Fazira Cuit Hati Ramai- "Kemain Muka Bangga, Untunglah"

Engku Emran dan Nabila berkahwin pada 19 Mac 2021 dan tidak dikurniakan cahaya mata.

Sebelum menikahi Noor Nabila, Engku Emran mendirikan rumah tangga dengan Erra pada 25 Oktober 2007 dan mempunyai seorang anak perempuan, Engku Aleesya. Mereka kemudiannya bercerai pada 18 Februari 2014.

Selepas tiga tahun menduda, Engku Emran berkahwin dengan pelakon popular Indonesia, Laudya Cynthia Bella pada 8 September 2017, tetapi perkahwinan itu hanya bertahan selama tiga tahun.

Sementara itu, Noor Nabila pernah berkahwin dengan Sharnaaz pada 31 Mac 2017 dan berpisah pada 9 Julai 2020. Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Jebat Jayden.

Sebelum menikahi Sharnaaz, Noor Nabila pernah mendirikan rumah tangga tetapi tidak dikurniakan cahaya mata.

engku emranerra faziranoor nabila
https://lomp.at/gp3uz
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @syafiqkylez (IG)
Lokal

“Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

by Nurul A.
January 28, 2026

Perjalanan sebagai seorang pelakon dalam industri hiburan yang sangat kompetitif tidaklah mudah seperti yang disangka. Dan Pelakon Syafiq Kyle tampil...

Read moreDetails
Lokal

Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming tampil memberikan penjelasan terhadap komen salah seorang netizen yang mempersoal masalah gangguan teknikal yang berlaku...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

by Phic ARMAN
January 22, 2026

Sejak Perdana Menteri mengumumkan perubahan umur kemasukan ke pra sekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan, suasana di media sosial...

Read moreDetails
Sosial Buzz

“Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Dalam masyarakat kita, isu gelaran atau panggilan kepada individu berdasarkan rupa bentuk badan atau penampilan sering menjadi topik sensitif. Apa...

Read moreDetails
Sosial Buzz

Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Malam penuh berseri dan sarat emosi. Itulah suasana yang mengiringi Majlis Resepsi pasangan mempelai, Sara Sabrina dan Mohamed Yusuf Al...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  2. 2

    Khairul Aming Pesan- “Saya Buka Kedai Makan Je Bang, Jangan letak Expectation Macam..”

  3. 3

    Darjah Satu Seawal 6 Tahun, Fizz Fairuz Respon- “Ini Kelakar…”

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Azmin Ali Titip Ucapan Manis Buat Anak Lelaki, Kini Suami Kepada Cucu Bekas PM

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore